HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 29 February 2012

Hujung Minggu Yang Indah..

Setiap hujung minggu kami suami isteri suka bawa Daniael Mieqael keluar  jalan-jalan.  Inilah masa yang terbaik untuk kami bertiga dapat bersama. Baru-baru ni Hubby ajak pergi KLCC, seronoknyeee!!!..;D


Setiap kali keluar aku akan pastikan Daniael Mieqael cukup tidur,rehat dan kenyang sekenyang kenyangnya..hee. Ini bagi mengelakkan dia meragam semasa keluar nanti. Syukur Alhamdulillah setakat ni Daniael Mieqael tak pernah meragam lagi setiap kali keluar memang anak yang baik betul lah Sayang Mummy ni tak menyusahkan Mummy Daddy.



 
 Daniael Mieqael memang tak banyak ragam. Setiap kali keluar, tak sampai 15 minit jalan-jalan, Daniael Mieqael akan tidur, lena pula tu padahal suasana sekeliling memang bising gilak. Hubby cakap anak kami ni pantang masuk tempat sejuk, terus je tertidur..hehehe. Sementara Daniael Mieqael tidur, sempatlah kami shopping..;D


 HEHEHE. Comel je Daddy ni  bawa anak dia jalan-jalan. Mummy pula sibuk shopping..huhuhu


 
Setiap kali nak makan, aku akan pastikan Daniael Mieqael minum susu terlebih dahulu sementara Hubby buat pesanan makanan. Sebab tak lama kemudian Daniael Mieqael akan tidur kekenyangan..hehehe. Bila dah tidur senang sikit nak makan, tiada gangguan dari si comel.



Sempat jalan-jalan kat taman KLCC. Daniael Mieqael masih lagi tidur. Aku bab-bab posing ni memang nombor satu, suka sangat posing..heeee. Tak sangka anak sendiri ikut jejak Mummy, kecil-kecil lagi dah pandai posing..hahaha.
Yang paling best sekali, Hubby bawa jalan-jalan kat Aquaria KLCC. Rasa macam tak percaya je, ingatkan Hubby bergurau, rupa-rupanya betul. Bukan apa risau Daniael Mieqael tak biasa, lagipun tempat tu rasa macam tak sesuai je untuk dia, takut tak selesa pula nanti. Yang kelakarnya tak sempat lagi masuk Daniael Mieqael dah melompat-lompat suka, macam tak sabar je nak masuk dalam Aquaria tu..hahahahaah. 











 

 Betul-betul tak sangka Daniael Mieqael tak takut pun malah seronok sangat tengok macam-macam binatang dalam tu. Tengok muka Daniael Mieqael pun kita dah tahu excited sangat..hahahah.














 

Memang seronok sangat jalan-jalan dalam ni, macam-macam jenis ikan. Rasa macam dalam dasar laut je.. Nasib baik Daniael Mieqael tak menangis, senang hati Mummy Daddy..masuk dalam ni pun berbaloi-baloi..hehehe

 

 Akhirnya Daniael Mieqael tertidur sekali lagi, penat agaknya Mummy Daddy bawa jalan-jalan tadi. Sayang Daniael Mieqael!.. (^ ^,)




3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page