HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 29 February 2012

Nando's Oh Nando's

Setiap kali Hubby ajak keluar makan, akulah isteri paling seronok sekali sebab tak perlu susah-susah nak masak..hehehe.  Sebenarnya aku jarang masak pun sebab kami lagi suka makan kat luar. Sejak kahwin sampai hari ni aku memang jarang sangat masak. Lagipun hubby tak sampai hati tengok aku masak dan membebel sorang-sorang macam mana nak masak makanan melayu..hahaha. Dahsyattt betul sampai hari ni aku masih tak reti nak masak makanan melayu. Nasib baik Hubby jenis yang memahami..:P

Favourite restaurant Hubby tak lain dan tak bukan mesti restaurant Nando's. Hampir setiap minggu mesti  singgah kat restaurant yang sama tak pernah bosan pun. Lokasi kami kat Alamanda Putrajaya. Dekat je dengan kawasan rumah, tak jauh pun lebih kurang 5 minit je naik kereta..








 HEHEHE..Daniael Mieqael pun dah macam Daddy, tengoklah gaya dia geram je tengok ayam tu macam dah pandai makan..hehee.


 
Selepas makan kami bawa si mata bulat ni jalan-jalan. Dan akhirnya macam biasa Daniael Mieqael akan tidur. Kali ni dia tidur lena dengan kipas baru..




Yeayyy!! Daniael Mieqael ada kipas baru, terima kasih Daddy..;D


1 comment:

  1. Ayuuuiii... sukanya ba tgk muka c mika bila keriangan! sangat la bikin geram....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page