HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Tuesday, 28 February 2012

Yeaayyy!!! Akhirnya siap juga..(^ ^,)


Assalamualaikum dan Salam satu Malaysia..
Yeaayyy!!!..Akhirnya blog comel aku ni siap juga memang happy sangat-sangat. Before this, aku memang dah lama sangat teringin ada blog sendiri. Teruja sangat tengok blog kawan-kawan yang lain dan baca kisah hidup mereka. Akibat selalu baca blog kawan-kawan, terdetik juga lah hati ini ber-blogging. Tapi keadaan tak mengizinkan untuk aku bergiat aktif dalam ber-blogging ni, orang pentinglah katakan macam-macam perlu disettlekan sejak ada keluarga ni..hehehe. Alhamdulillah, tahun ni aku berjaya juga, sebab salah satu azam baru aku tahun ni mesti ada blog sendiri. (hehehe..kelakarlah pula ;D).

Tiada apa yang special sangat pun dalam blog aku ni tujuan asal aku pun sekadar suka-suka, hanya nak jadikan ianya sebagai catatan nukilan harianku. Nak kata aku ni hebat sangat dari segi penulisan TAK MUNGKIN!. Sorrylah kalau penulisan aku ni tunggang langgang, sorry sangat-sangat apa yang penting korang faham hehehe. ;P


Gambar kat atas ni small sweet family aku.. Inilah Hero aku siang malam, tanpa kedua-duanya hidup aku tak bermakna. Jejaka hensem yang tengah dukung baby tu “ Hubby Tercinta ( Daddy )”. Baby comel yang tengah posing pula tu “ Daniael Mieqael “ kesayangan Mummy yang kini berumur 6 bulan lebih. 

Ok, this is my first entry..aku lagi suka bercerita pasal satu satunya anak bujang aku yang sorang ni. Sejak akhir-akhir ni makin aktif, lasak dan susah dikawal. Mungkin juga disebabkan anak bujang aku ni dah pandai meniarap dan merangkak itu yang aktif sangat kot. Tak kisahlah asalkan anak aku membesar dengan sihat. Aku dan hubby tercinta happy sangat tengok perkembangan anak kami depan mata yang kadang-kadang mencuit hati, geram je tengok..
 
Sekarang aku nak share macam mana rupa dan perkembangan anak kesayangan aku ni membesar dari mula dilahirkan sampailah hari ini..(HEHE. Semangatnya Mummy ni..)



Hari pertama (20 Ogos 2011) - Baby Daniael Mieqael masa ni baru dilahirkan dan belum dibersihkan lagi. Sebaik je keluar dari perut Mummy, Daniael Mieqael dah mula buka mata, tak sabar nak tengok Mummy Daddylah kot..hehehe memang comel sangat. Masa ni Daddylah orang paling excited sangat nak tengok baby. Daddy tak sabar nak azankan anak sendiri. Sementara aku masih dalam wad dan tak bermaya. Kali pertama Daddy dukung dan menatap wajah bersih Daniael Mieqael, Daddy rasa sebak sehingga tak sedar menitiskan air mata kerana gembira yang teramat sangat sewaktu mengazankan anak kesayangannya. Syukur Alhamdulillah Daniael Mieqael lahir sihat sempurna..


 Daniael Mieqael selepas dibersihkan.










Hari pertama bersama Mummy. Tuhan je yang tahu betapa aku gembira yang teramat sangat saat menatap wajah Daniael Mieqael..rasa bahagia sangat. (Alamak gemuknya Mummy..heee)

  Hari ke-2 – Daniael Mieqael tidur sepanjang masa

  Hari ke-3 – Daniael Mieqael dah mula tersenyum-senyum dalam tidur

Hari ke-5 – Hari pertama kena bedung. Tidur lena je selepas kena bedung.

Hari ke-6 – Daniael Mieqael dah mula buka mata dan melihat sekeliling walaupun tak berapa jelas lagi.

Hari ke-6 - Dah pandai tersenyum ketika mendengar suara Mummy.. 

Hari ke-8 – Daniael Mieqael dah mula aktif

Hari ke-11 - Daniael Mieqael paling suka tidur posisi macam ni. Pasti akan tidur lena.

Hari ke-28 – Rambut Daniael Mieqael semakin panjang.

1 Bulan  – Kening Daniael Mieqael dah mula terbentuk. (kesiannya kecik2 lagi dah pakai bedak sejuk..hehe)

1 bulan 10 hari – Daniael Mieqael dah pandai posing.

1 bulan 20 hari – Daniael Mieqael seronok sangat dapat hadiah dari Daddy. Masa ni Daniael Mieqael dah mula aktif bermain.

1 Bulan 22 hari – Daniael Mieqael dah mula membebel dalam bahasa sendiri, comel je dengar suara dia membebel sorang2..hehe

1 Bulan 25 hari - Dah pandai meniru dan membuat mimik muka.

1 Bulan 28 hari - Daniael Mieqael and Daddy support Manchester United!

2 Bulan 9 hari - Dah mula hensem macam Daddy..hee

3 Bulan 8 hari - Pantang tengok kamera, terus posing..

3 bulan 14 hari - Semakin manja asyik nak kena dukung je.




3 bulan 15 hari - Kali pertama Daniael Mieqael berjaya meniarap. 


 4 bulan 2 hari – Semakin galak..happy boy betul.

4 bulan 14 hari – Semakin aktif meniarap, dalam rumah suara dia je yang paling bising..hehe.

Alamak laparlah pula..nak makan nak makan.hehe. Ok cukup setakat ni, perkembangan seterusnya aku akan cuba update lagi...babai!..




4 comments:

  1. gud job k.wien...best sgt bca blog k.wien ney.....congrate coz da berjaya menulis blog.....:-)

    ReplyDelete
  2. cutenya anak mummy..matanya bahhh bulat ! :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page