HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 7 March 2012

Bahagianya bergelar seorang isteri dan Mummy

Aku bahagia bergelar sebagai seorang isteri. Menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan Mummy memberi pengalaman baru untuk aku. Apa sahaja yang aku lakukan dengan adanya insan tersayang yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan setiap kali aku berada dalam keadaan tak menentu terasa hidup ini sangat sempurna. Hala tuju kehidupan aku semakin terarah dan aku lebih bertanggungjawab menjadi isteri yang lebih baik disisi suami tercinta. Aku bersyukur kerana diberikan kasih sayang dan cinta dari seorang suami yang sangat memahami, matang, mudah dibawa berbincang, tidak cerewet, tidak mengongkong dan tidak pernah menghalang setiap apa yang aku lakukan asalkan semuanya ada batas dan tahu tanggungjawab aku sebagai seorang isteri dan Mummy. 

Biarpun kami baru bergelar suami isteri, tak sampai sebulan kahwin aku disahkan mengandung. Kami tidak pernah merancang kami terimanya dengan hati yang sangat gembira dan bersyukur kerana diberi peluang mendapat zuriat lebih awal. Saat aku disahkan mengandung, tuhan saja yang tahu betapa gembiranya suamiku. Suami menjerit keriangan dan habis pipiku dicium berkali-kali kerana terlalu gembira dan bahagia..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page