HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 8 March 2012

Outstation Lagi!

Bosannye setiap kali hubby outstation!!! Semua pun rasa serba tak kena. Nak makan pun tak lalu, rasa segan-segan pula makan depan mertua..huhuhu. Entahlah kenapa aku selalu berkeadaan macam ni setiap kali hubby takde, bosan sangat-sangat! Malam ni tinggallah aku berdua saja dengan Daniael Mieqael. Nasib baik hubby dah beli baby cot untuk anak tersayang so aku tak perlulah risau sangat.


Hubby pergi Tioman selama 3 hari. Seksanya nak pergi balik kerja kalau hubby takde. Rasa bersalah dan menyusahkan pula mama papa (mertua) yang terpaksa hantar pergi dan balik kerja setiap kali hubby takde. 'Itulah dari dulu taknak bawa kereta manja sangat mentang2lah hubby ada, hah sekarang dah menyusahkan mama papa padan muka aku kan kan!'..;(

Syukur Alhamdulillah mertua aku baik orangnya dan tak pernah berkira. Bukan saja hantar aku pergi kerja malah sanggup jaga cucu kesayangan mama papa tu..hehehe.(^^,)







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page