HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Monday, 12 March 2012

Cinta Itu Indah

Indahnya waktu bercinta. Apa tidaknya, diri dilayan seperti menatang minyak yang penuh, malah apa sahaja yang diinginkan pasti tertunai dengan mudah. Bukan setakat itu sahaja, sikap pasangan yang romantik dan bijak mengambil hati membuatkan cinta semakin kuat. Bila dah kahwin dan sehidup semati, semuanya masih sama..bestnyee!

1) Setiap hari hadiahkan ciuman
Pastikan kita menghadiahkan ciuman setiap hari kepada pasangan kita. Tak kiralah sewaktu berangkat ke tempat kerja, menyambut kepulangannya atau waktu tidur malam. Ciuman penuh makna itu tentunya meninggalkan kesan yang mendalam pada pasangan. Jadi tidak hairanlah jika dirinya makin bersemangat untuk melaksanakan tugasan hariannya.


2) 'I LOVE YOU' jadi amalan
Pastikan 'I LOVE YOU' menjadi ucapan wajib dalam hidup anda. Sebaiknya maksudkan apa yang dikatakan dengan perbuatan. Barulah nampak bersungguh-sungguh. Tentunya pasangan merasa diri benar-benar disayangi apabila kita selalu mengucapkan perkataan tersebut kepadanya. Secara tidak langsung hilang segala curiga walaupun kita pulang lewat ke rumah kerana sebab tertentu.

3) Peluk pasangan saat berduaan.
Cuba berikan pelukan paling istimewa saat kita berdua-duaan dengan pasangan. Mungkin secara mengejut lebih mengharukan. Dalam masa yang sama selang selikan dengan ungkapab cinta dan luahan rasa betapa kita sayangkannya. Hakikatnya, inilah waktu yang paling sesuai untuk kita bercinta dan yang pasti ia lebih manis berbanding zaman sebelum berkahwin kerana pada ketika itu banyak perkara jadi halangan. Seronok bukan kerana tiads tarikh luput untuk bermesra dengan pasangan. Satu hari suntuk pun tidak mengapa kerana kita dan pasangan sudah halal di sisi agama.


4) Rancang aktiviti bersama
Seronoknya bila dapat lakukan aktiviti bersama-sama. Mungkin memasak, mengemas rumah atau cuci bilik air. Secara tidak langsung memperlihatkan bahawa masing-masing prihatin pada tanggungjawab. Gurauan serta usikan manja pada pasangan seperti mencalitkan sabun di hidungnya ketika mencuci bilik air atau memeluk pasangan dari belakang ketika memasak di dapur memang sangat menyeronokkan.



5) Berjenakalah agar rumah tangga lebih ceria
Kata orang gurau senda suami isteri kunci bahagia. Jadi tunggu apa lagi, praktikkanlah. Senangnya hati melihat pasangan tersenyum gembira dengan jenaka sendiri. Di samping merapatkan hubungan yang sedia terjalin dan secara langsung membuka peluang untuk kita saling mengenali antara satu sama lain. Sudah pasti hilang segala masalah yang membebankan apabila tawa pasangan kedengaran.


6) Sentuhan kasih sayang setiap hari
Mudahnya memberitahu pasangan bahawa kita seorang yang romantik. Caranya usah sekali-kali terlepas menyentuh pasangan kita sama ada berpegangan tangan, berpelukan atau mungkin menari bersama. Pasti banyak mata yang cemburu melihat kita berpimpin tangan biarpun memiliki cahaya mata. Ingat romantik tiada tarikh luput jadi serlahkanlah.


7) Sedia berkongsi segala perkara bersama
Istilah perkahwinan adalah perkongsian. Perkongsian yang melibatkan dua jiwa menjadi satu untuk saling lengkap melengkapi. Jadi selain perasaan sayang dan cinta, kita juga perlu menjadikan pasangan kita sebagai sahabat yang setia. Saling berkongsi perkara rahsia dan berbincang mengenai sesuatu yang peribadi. Semestinya pasangan kitalah tempat terbaik untuk menceritakan segala-galanya kerana pada saat susah senang, pasangan kitalah yang menjadi tulang belakang. Tentu menjadi sesuatu yang romantik,apabila pasangan menunjukkan sikap yang prihatin dan bertanggungjawab!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page