HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Monday, 12 March 2012

Daniael Mieqael dan permainan

Daniael Mieqael Pantang betul tengok barang mainan. Dia akan teruja, geram, seronok dan macam-macam perasaan lagilah, kami sendiri susah nak bayangkan reaksi dia setiap kali tengok barang mainan, nampak excited semacam je dan yang kelakarnya dia tidak sabar-sabar nak pegang dan bermain..hehehe. Daniael Mieqael paling suka alat mainan yang mengeluarkan macam-macam bunyi yang kuat dan comel apabila digoncang, dipusing atau dipicit dia akan ketawa keriangan dan seronok sangat..

Sekarang ni  Daniael Mieqael dah pandai tau goncang-goncang, pusing-pusing dan picit-picit sendiri alat mainan dia, comel je tengok dia bermain, kadang-kadang ketawa sendiri-sendiri pula tu geram je tengok..hehehe. Sejak dah besar ni terpaksa pula lah kami cari mainan yang baru dan sesuai dengan dia, sebab mainan lama dia dah bosan tengok, kalau kami bagi mainan yang lama tu dia tak nak tau, dah pandai pula pilih-pilih sekarang kesayangan Mummy Daddy ni, manja betul.. "Sabar ya sayang, nanti Mummy Daddy belikan mainan baru..Sayang anak Mummy..muahhh!"
















 
 
 








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page