HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Tuesday, 20 March 2012

Daniael Mieqael Genap 7 Bulan

Hari ini Daniael Mieqael dah genap 7 bulan. Syukur Alhamdulillah anak kesayangan kami membesar dengan sihat dan sentiasa ceria. Aku masih lagi terbayang-bayang wajah bersih Daniael Mieqael semasa baru dilahirkan. Terlalu sulit untuk aku gambarkan perasaan ini, ia terlalu indah..malah tiada perkataan yang tepat menggambarkan segala keindahan yang aku rasa setiap kali menatap wajah comel anak jantung hati Mummy Daddy ni. Melihat Daniael Mieqael membesar dari hari ke hari menyedarkan aku kepada kebesaran Allah. Aku rasa bersyukur sangat dengan apa yang kau kurniakan kepada kami Ya Allah, sesungguhnya kau Maha Pengasih lagi Maha penyayang. Terima kasih atas segalanya Ya Allah. 




Kami rasa bahagia melihat Daniael Mieqael membesar dengan sihat, ini mendorong aku dan suami sanggup melepaskan kepentingan diri sendiri hanya kerana mahu anak kami membesar sempurna seperti anak yang lain. Daniael Mieqael memang anak yang baik, malah sejak dalam kandungan lagi dia jarang meragam. Alhamdulillah, selepas aku melahirkan dia dan  berpantang selama 100 hari, Daniael Mieqael tidah pernah menyusahkan aku untuk menjaganya malah waktu malam pun dia jarang sangat meragam. Aku rasa senang  hati je jaga dia walaupun dalam keadaan berpantang. Selesai berpantang dan bercuti 3 bulan, aku perlu masuk kerja. Tuhan je yang tahu betapa sedihnya nak tinggalkan dia. Pernah dulu aku terfikir meninggalkan Daniael Mieqael kepada pengasuh adakah benar-benar selamat. Aku memang stress gila fikir semua tu, siang malam aku menangis mengenangkan nasib anak aku nanti. Syukur Alhamdulillah nasib anak aku memang sentiasa baik. Mama Papa (mertua) sanggup pencen dan menjaga cucu pertama kesayangan mereka. Tapi dengan syarat kami perlu tinggal bersama-sama dan duduk di rumah mama papa. Aku dan suami setuju seratus peratus memang tiada bantahan, asalkan anak kami diberi perhatian dan kasih sayang yang sepenuhnya dari mama papa dan paling penting dijaga dengan baik dan selamat oleh pengasuh.


Di tempat kerja, aku sentiasa rindukan Daniael Mieqael. Hampir setiap hari aku dan suami tak sabar nak balik rumah semata-mata nak tengok anak kesayangan kami tengah buat apa dan kalau boleh tak nak terlepas setiap detik perkembangannya. Ibu cakap muka baby akan berubah setiap hari, jadi kami tak nak terlepas peluang itu. Hampir setiap hari jugalah aku meminta pengasuh menghantar gambar terbaru Daniael Mieqael, kadang-kadang aku telefon dan bertanya khabar si comel tu, sengaja aku akan suruh pengasuh tu membiarkan Daniael Mieqael menangis hanya kerana aku mahu mendengar suaranya..hehehehe.


Daniael Mieqael semakin bijak sekarang. Ada jelah kebolehan yang dia cuba nak buktikan depan kami. Kadang-kadang dia suka sangat meniru setiap perbuatan yang kami lakukan, misalnya jika kami menjelirkan lidah, dia juga akan menjelirkan lidahnya..hahaha. Geram je tengok kalau dia jelirkan lidah, rasa macam nak gigit-gigit je..hehehehe. Kalau kami buat muka senyum dan ketawa, dia pun akan buat muka yang sama.
Tapiiiiii.. kalau kami buat muka marah..huhuhuuu..tak sampai 5 saat pasti akan menangis..heheheeh.


Daniael Mieqael juga suka sangat memasukkan objek ke dalam mulutnya. Pantang betul ada benda depan mata mesti masuk dalam mulut. Haihh..ini yang Mummy tak tahan, geram sangat tapi tak sampai hati pula nak marah..hewhewhew. Sejak ada gigi ni, semua pun dia nak gigit..habis satu rumah kena gigit. Mama, papa, adik ipar, pengasuh semua pun jadi mangsa gigitan Daniael Mieqael..huhuhuh. Selalunya yang paling teruk kena gigit Mummy Daddy lah..huwwaaaa..sakittttttnyee tuhan je yang tahu, lagi-lagi dah ada 8 batang gigi ni pasti tiada siapa yang boleh bayangkan rasa sakit tu macam mana kan, boleh keluar air mata tau memang sakit sangat-sangat. Tapi demi anak tersayang kami relakan saja..heeeee




Happy birthday yang ke 7 bulan Sayang. Semoga menjadi anak yang baik dan soleh. Kalau dah besar nanti sentiasa dengar cakap Mummy Daddy tau..Mummy Daddy Cinta dan Sayangkan Daniael Mieqael..Muahhh!



 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page