HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 14 March 2012

Facebook Aaron Aziz Cecah 1 Juta Peminat, Bakal Jadi Dr. Love Dalam Radio Era


Fuh, 1 juta. Kalau tahun lepas Facebook Lisa Surihani berjaya mencapai angka keramat ini, kali ini Facebook Aaron Aziz telah join the millionaire list. Setakat entri ini ditulis, sudah 1,101,740 LIKE yang diterima. Mantap kan?


 
Dan ada berita baik untuk mereka yang menggilai Aaron Aziz, termasuk diri sendiri..heheheeh. Menurut Kosmo, Aaron Aziz bakal mengendalikan segmen Dr. Love di radio Era tidak lama lagi. 

Kata Aaron:-   Saya ditugaskan mengendalikan slot bersama peminat itu setiap hari minggu dari pukul 9 hingga 10 malam. Melalui slot itu peminat boleh telefon dan berkongsi mengenai masalah hubungan cinta mereka kepada saya. Saya akan cuba menjawab apa yang ditanya mereka sebaik mungkin.
Oh tidak tentu ramai yang akan call dan jadi gila bayang kat Dr. Love ni aku dapat bayangkan macam-macam masalah cinta yang bakal dikongsi oleh pendengar segmen Aaron Aziz ni. Kemungkinan besar contoh perbualan seperti di bawah:-


Pemanggil (aku) : Abang Aaron Aziz, saya ada masalah la.
Aaron Aziz : Iye sila luahkan masalah anda. Dr. Love sedia membantu.
Pemanggil (aku) : Masalahnya saya dari dulu lagi dah jatuh cinta dengan Abang Aaron la. Camner nie bang?
Aaron Aziz : Oh itu bukan masalah. Itu namanya mencari masalah dengan bini saya.
HAHAHAHA..kalau hubby tahu, memang jeles habislah..heeeee.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page