HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 16 March 2012

Hepinyeeee diaaa...

Online guna ipad atas katil ditemani Daddy and anak tersayang Daniael Mieqael. Daniael Mieqael dah nak masuk 7 bulan, sekejap je dah besar. Terasa masa cepat sangat berlalu, kadang-kadang rasa cepat sangat sampai aku tak terkejar semuanya. Daniael Mieqael sekarang dah mula faham sekeliling, dah macam-macam yang dia tahu, seronok sangat tengok perkembangan anak membesar dengan sihat. 

Ramai yang cakap susu ibu adalah yang terbaik untuk anak, dan aku akui itu memang benar. Malangnya aku tak berjaya menyusukan Daniael Mieqael sepenuhnya, aku terpaksa bagi campur-campur, separuh susu ibu dan separuh lagi susu formula. Selagi ada rezeki dan mampu aku akan terus menyusukan Daniael Mieqael. Suami tercinta memahami keadaan aku dan sentiasa memberi sokongan dan nasihat agar aku tidak terus rasa bersalah kerana gagal menyusukan anak kami sepenuhnya. Namun kami tetap memberikan susu formula yang terbaik untuk anak kesayangan kami. Syukur Alhamdulillah sehingga kini anak kami jarang sakit, sihat dan membesar dengan sempurna macam orang lain, walaupun terpaksa bagi susu campur-campur, syukur sangat-sangat.
 
Daniael Mieqael dari tadi asyik potpetpotpet je sesekali dia akan tersenyum-senyum tengok Mummy Daddy sambil memanggil-manggil ajak bermain. Daddy akan layan dan bermain dengannya sambil geletek perut dia dan buat pelbagai suara katun apalagi si comel tu akan ketawalah..hahaha. 

 
Daniael Mieqael paling suka bermain "BA-BA CAK!!!" ataupun "BATUK-BATUK BAHH!!!" (bahasa sabah bah itu..hehehe) dia akan ketawa keriangan, rasa seronok sangat.
 

Kalau kita tutup muka dia atau main sorok-sorok dan panggil nama dia " Daniael Mieqael Sayangggggg!!.".dia akan pusing sana sini cari kita sampai dapat, selagi tak jumpa dia akan terus mencari, kalau tak jumpa juga dia akan menangis..hahahahaah (penat tak jumpalah tu..hehehe)


Bila dah jumpa kita, dia akan ketawa bersungguh-sungguh gembira sangat sampai nampak habis semua gigi comel dia tu..hehehee. ( Nasib baik dah ada gigi kalau tak nampak gusi kosong jeee..hahahaha)
 
 Daniael Mieqael dah start makan solid food. Aku sendiri masih tak faham nak bagi dia makan apa sebenarnya nasib baik ada babysitter kat rumah tu yang tahu segala pasal baby lagipun dia dah ada anak, so senanglah sikit..Syukur Alhamdulillah anak kami dijaga dengan baik sekali. Tapi aku kena banyak belajar juga tak boleh bergantung harap semuanya kat babysitter..nasib baik aku dah hebat jaga anak sendiri..(tiba-tiba bangga dengan diri sendirilah pula..hehehehehe)
Comotnyeeee diaaa..Sayang Mummy Daddy dah boleh makan yee..lepasni bolehlah join Daddy makan Nandos pula..heheheheh.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page