HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Sunday, 25 March 2012

Kisah Sepasang Suami Isteri

Kesian dan rasa simpati pula bila aku melihat sebahagian kawan-kawan yang masih hidup solo, bujang, single dan belum berpunya. Usia yang semakin meningkat akan dipanggil "anak dara tua". Selalunya alasan yang diberikan bila ditanya belum bertemu jodoh, sibuk bekerja, belum bersedia, cinta belum berputik, tidak puas enjoy lagi, sakit putus bercinta masih terasa dan macam-macam alasan lagi.
Hakikat sebenar bukan senang atau mudah mencari pasangan yang betul-betul serasi dan sesuai dengan kita sebenarnya.

Aku tersentuh dengan kisah ini dalam facebook. Selepas beberapa bulan memori bahagia mereka tercipta berlakunya perang dingin setelah hidup bersama sebagai pasangan suami isteri. Pada suatu hari bila berakhirnya sebuah pertengkaran, isteri lari dari rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "kamu tidak cintakan aku lagi!!!". Si suami pula membenci ketidak dewasaan si isteri dan secara spontan si suami juga berteriak "aku menyesal perkahwinan ini!!!".

Tiba-tiba si isteri tadi terdiam dan berdiri kaku untuk beberapa saat. Si suami pula menyesali dengan apa yang sudah dia lafazkan tadi. Tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin diceduk kembali. Dengan berlinang air mata si isteri, dia bertekad untuk berpisah. Si isteri berkata "kalau kau menyesal berkahwin dengan aku, biarkan aku pergi dan tolong bebaskan aku..biarlah kita berpisah dan mencari haluan masing-masing". Si suami rasa sedih dan terdiam tidak tahu bagaimana nak pujuk si isteri tadi. Si isteri tetap dengan pendiriannya nak berpisah kerana hati dan perasaannya terluka dengan kata-kata si suami tadi. Alangkah indahnya kalau si suami memujuk si isteri supaya jangan pergi, dan si isteri pula sedar akan kesilapannya sudah tentu mahligai yang dibina bersama tidak runtuh.

Perkahwinan bukan sahaja mengetemukan kita dengan pasangan tetapi juga menuntut kita untuk berkongsi seluruh kehidupan, kepercayaan dan ketabahan hati untuk menghadapi segala rintangan bersama. Mungkin semua ni mengambil masa untuk mengenali antara satu sama lain dan mungkin sebab itulah orang-orang tua kita suruh bertunang dahulu sebelum berkahwin, agar lebih saling memahami. Namun tidak dinafikan ada yang bercinta selepas kahwin. Apapun komunikasi dalam rumahtangga perlu ada untuk mempertahankan kebahagiaan rumah tangga, insyaAllah akan kekal hingga ke hujung nyawa.



- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page