HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 23 March 2012

Merangkak dengan Pantas


22.03.2012 - Semalam mama papa (mertua) dan adik ipar berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan umrah.  Semoga mereka selamat sampai dan dapat mengerjakan ibadah dengan sempurna. Rasa sedih sangat tau sebab tak dapat hantar mereka ke airport. Sebelum ni aku dan suami memang dah plan nak hantar,tapi entah tiba-tiba je bos suami call, konon-kononnya ada meeting tergempak, tak boleh postpone pula tu menyampah betul. Rasa bersalah sangat dengan mama papa,nasib baik mama papa memahami. Kalau ikutkan hati suami, memang malas nak layan bos dia tapi disebabkan suami antara orang yang terpenting dalam meeting tu so nak tak nak kena pergi jugalah..

Petang tu kami balik awal. Risau fikirkan anak dan babysitter  sahaja yang tinggal dirumah. Kami sampai rumah dekat jam 7 malam. Sampai je rumah kami tak sabar-sabar nak jumpa anak kesayangan..alahai kecewanya anak Mummy Daddy ni tengah tidurlah pula, tidur tersenyum-senyum pula tu..hehehe comel betul. Sementara anak masih tidur kami cepat-cepat mandi sebab dah nak masuk solat maghrib. 10 minit kemudian anak terjaga dari mimpi-mimpi indah, buka je mata terus tersenyum-senyum keriangan tengok Mummy Daddy dah balik. Anak bangun je aku dan suami berebut macam budak-budak siap main tolak-tolak lagi tau semata-mata nak dukung Daniael Mieqael..hehehe. Tapi selalunya Daddy yang cepat-cepat angkat dan dukung, Mummy tak sempat pun buat apa-apa, geram je kat Daddy ni.. last-last Mummy geram sangat terus peluk kedua-duanya..hehehehe..terasa dunia ni kami yang punya bahagia sangat-sangat.

Daniael Mieqael muka baru bangun, gembira je tengok Mummy Daddy dia dah balik..hehehe

Bangun je dari tidur terus cergas dan aktif..berguling sana sini..pusing sana sini, nasib baik dalam baby cot taklah risau sangat kalau tak mesti dah lama jatuh..hehehe.

Hehe..time ni Daniael Mieqael asyik menjerit je..membebel sorang-sorang..Mummy Daddy perhatikan je perangai baru dia tu..makin besar makin bijak anak bertuah ni, ada jelah perkara-perkara baru yang dia cuba nak buat dan nak belajar.

Yang ni masa Mummy Daddy berebut nak dukung Daniael Mieqael, Daddy mesti yang dapat dulu..tapiiiiii

Tak sampai 5 minit Daddy dukung, Daniael Mieqael tiba-tiba je meragam, tak nak Daddy dukung pula, nak baring atas katil agaknyee..so Daddy pun letaklah atas katil..

Daddy letak je..amboi-amboi bukan main lagi dia, nak tunjuk teror rupanya depan Mummy Daddy yang dia dah boleh merangkak dengan pantas..hehehe. Syabas Sayang! Mummy Daddy bangga sangat. Tak sangka anak kami ni cepat je belajar merangkak, macam tak sabar pula nak tengok dia jalan dan berlari lepas ni, tak sabar nak main kejar-kejar..hehehehe.

Daniael Mieqael suka sangat main-main dengan bola ni, inilah permainan yang paling dia suka. Agaknye kalau dah besar nanti nak jadi David Beckham kot..hehehehe

Laju betul anak Mummy ni merangkak, memang tak boleh tinggal sorang-soranglah bahaya betul. Kalau kami letak atas lantai pula, macam-macam yang dia cari, risau sangat takut dia kutip benda-benda kotor masuk dalam mulut, nakal betul. "Daniael Mieqael Sayang, hadirmu benar-benar buat Mummy Daddy bahagia sangat.."





- Posted using BlogPress from my ipad




1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page