HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 28 June 2012

Putus Cinta!


  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Mummy terbaca status seorang kawan dalam facebook yang baru saja putus cinta dan tidak boleh menerima hakikat perpisahan itu lalu nak bunuh diri. Mummy rasa pelik sangat kenapalah dia nak seksa diri sendiri, macamlah tiada jalan lain nak atasi masalah tu selain nak bunuh diri. Sebenarnya putus cinta ini adalah perkara normal dalam hidup. Mungkin juga Allah putuskan hubungan cinta kita sebab dia nak temukan kita dengan orang yang lebih baik, semua itu tidak mustahil boleh berlaku. Apa pun redhalah dengan apa yang berlaku, berfikirlah secara positif, kalau boleh ambillah jalan terbaik untuk kita menjadi insan yang lebih baik. Tidak perlu sia-siakan hidup kita pada insan yang tidak hargai kita.

Mummy pun sebenarnya pernah alami situasi yang sama, tapi Mummy bukanlah bodoh sampai ambil tindakan nak bunuh diri. Apa yang Mummy buat bila dalam situasi macam tu Mummy berdoa dan minta petunjuk dariNya. Kalau masih ada jodoh syukur, tapi kalau dah tiada jodoh redha sajalah kan, jangan nak paksa-paksa diri pula nak bersama dengan orang tu, sia-sia je tak bahagia di kemudian hari. Tapi Mummy bersyukur sangat jodoh kami kuat walaupun macam-macam dugaan yang datang dan berkali-kali nak putus/berpisah, sehingga saat ini kami tetap bersama dan dah ada anak pun syukur alhamdulillah, terima kasih Allah.


Bahagianya bila suami dan anak tersayang sentiasa disisi kita..


Ok balik kepada topik asal, sebenarnya banyak lagi yang kita boleh buat bila putus cinta. Kalau ada yang baru putus cinta tu, janganlah berduka dan terlalu fikir sangat tentang masalah putus cinta tu. Lebih baik sibukkan diri dengan kerja-kerja yang kita suka. Kalau tidak pun lakukanlah aktiviti-aktiviti atau beriadahlah untuk kita lebih sihat dan yakin pada diri sendiri, dan buanglah jauh-jauh perasaan sedih, duka, kecewa, merana, terluka dan apa sahaja perasaan negatif itu yang hanya buat kita semakin tak betul dan gilak! Kalau masih tidak boleh menerima juga hakikat perpisahan tu, berdoalah dan mintalah petunjuk Allah..InsyaAllah semuanya akan Ok.




- Posted using BlogPress from my iPad




9 comments:

  1. dekat fb i,ade exskolmate i keje nyer asik nak marah laki die jer,ckp laki die curang la mcm2 la.tp yg i pelik dlm dok2 maki laki die tuh,skrg nih die peknen.hehehehehehehe.

    ReplyDelete
  2. HAHAHAHA.Boleh pula macam tu,marah2 kat suami dia sempat pula proses anak, memang lawak betullah..hehehe

    ReplyDelete
  3. Pada kakaklah wiena, mereka yg putus cinta nak bunuh diri tu tak ada pegangan hidup - bagaikan hidup ini pasangan dia yg tentukan - tak ingat semua adalah qada' dan qadar Allah..

    ReplyDelete
  4. Kakzakie :
    Betul tu kak zakie. Orang macam ni takde pegangan hiduplah tu.

    ReplyDelete
  5. Nice entry mummy!

    Jemput join giveaway contest blog Askrie Hishamuddin. Tarikh tutup penyertaan pada 7 July 2012

    ReplyDelete
  6. putus cinta sampai nk bunuh diri ibarat mcm org yg tak beriman...salam kenal juga dr wani yer :))

    ReplyDelete
  7. Askrie :
    Lain kali baru kita join yee..apa pun terima kasih..

    Wanieys :
    Terima kasih sudi singgah blog i..;D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page