HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 23 March 2012

Rahsia Pemerah Pipi

Pemerah pipi atau blusher yang disapu rata di tulang pipi manpu menyerlahkan kecantikan dan keanggunan seseorang wanita. Jika memakai pemerah pipi, jangan terlalu terang sehingga wajah kelihatan seperti badut..hehehe. Mengaplikasikan pemerah pipi yang betul akan lebih mencantikkan wajah dan kita akan kelihatan cantik semulajadi. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, saya kongsi beberapa tip yang selalu saya praktikkan...

1) Semasa menyapu pemerah pipi, ia tidak boleh dioles terlalu rendah dari bahagian tulang pipi dan penghujung hidung. Sapuannya jangan melebihi bahagian pelipis hingga sekitar telinga dan sisi dahi.


2) Sapuan pemerah pipi berlebihan akan menyebabkan wajah kita hilang keasliannya. Sapuan hendaklah pada sekitar tulang pipi sahaja dan tidak melebihi atau terlalu dekat dengan bahagian tengah muka atau sudut sisi mata.


3) Warna-warna pekat adalah sesuai untuk solekan malam. Jangan gunakan ketika siang hari. Sebaliknya pilihlah warna-warna yang lembut seperti merah jambu dan oren muda untuk ke mana-mana saja pada waktu siang.

4) Warna-warna merah hangat pula lebih sesuai untuk kulit jenis kuning langsat. Bagi yang berkulit gelap, jangan cuba-cuba berani menggunakan warna ini, tak pasal-pasal jadi macam rupa hantu pula..hahaha. Oren muda dan merah ros lebih sesuai untuk yang berkulit pucat. 

Saya harap tips ni boleh membantu. Saya gemar memakai blusher warna-warna lembut seperti merah jambu dan oren muda. Ke mana saja saya pergi saya pasti akan  pakai blusher, kalau tak pakai hari tu rasa lain macam je, keluar pun macam tak best je..hehehehe.  

 Gambar-gambar kat atas tu takde kena mengena dengan topik, saja nak share ( perasan cantiklah tu..hehehe )



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page