HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 11 July 2012

Suami "Anak Emak"

  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua


Susahnya kalau dapat suami jenis "anak emak' ni, hinggakan ada hal-hal tertentu dalam rumahtangga pun suami terpaksa merujuk kepada ibu demi menjaga hatinya sedangkan diri sendiri makan hati. Kalau ada isteri yang mengalami situasi macam ni mungkin setahun dua boleh lagi bersabar. Tapi kalau sudah bertahun-tahun suami masih tidak berubah dan tetap merujuk kepada ibunya dalam apa jua keputusan dalam rumahtangga, sudah pasti isteri akan kecewa berterusan.

Hidup berumahtangga membawa maksud perkongsian hidup antara suami dan isteri. Jadi dalam apa jua hal rumahtangga, isteri mahukan suamilah yang pertama tahu dan kedua-duanya juga berhak membuat keputusan. Tidak salah merujuk kepada ibu jika sekadar meminta pandangan dan nasihat untuk kebaikan rumahtangga yang dikongsi bersama isteri. Bukan pula membiarkan semuanya ibu yang membuat keputusan sehingga melukakan hati menantunya/isteri.


Apa yang penting dalam menjaga perasaan masing-masing, ketiga-tiga pihak terbabit iaitu suami, isteri dan mertua harus bijak memainkan peranan masing-masing agar suasana tidak menjadi keruh atau ada pihak yang terasa dipinggirkan. Lelaki, jika berkahwin dia harus tahu peranannya sebagai suami kepada isteri dan ketua rumahtangga. Dalam masa yang sama dia juga mempunyai tanggungjawab terhadap ibunya. Maka laksanakan peranan ini sebaik mungkin. Sebagai suami dia harus tahu bagaimana mencorakkan hubungan dengan isteri berjalan dengan baik. Segala hak, keperluan dan keistimewaan sebagai isteri terpelihara.

Dalam masa yang sama hak dengan keperluan ibu yang dipertanggungjawabkan di atas bahunya hendaklah dipikul sebagaimana sewajarnya. Ingat, sebelum dan selepas berkahwin adalah dua keadaan yang berbeza. Sudah tentulah hubungan dengan ibu juga berbeza. Jika dahulu segala-galanya ibu yang lakukan, tapi bila sudah ada isteri sebahagian apa yang dilakukan oleh ibu akan dilakukan oleh isteri. Bila sudah ada isteri, ada benda yang menjadi rahsia bersama dan tidak boleh dikongsi dengan ibu, jadi pandai-pandailah membataskan hubungan.

Jika isteri pula tahu bahawa suaminya jenis anak emak ni, dia harus pandai mengambil hati suami supaya suami tidak sentiasa merujuk kepada ibunya jika berlaku apa-apa masalah. Isteri perlu tahu bila masa yang sesuai untuk berbincang dengan suami. Jika ada rasa tidak puas hati, fahami sifat suami, jangan terlalu mendesak atau perlahan-lahan bimbingnya agar lebih yakin membuat keputusan sendiri atau sekali sekala beri cadangan atau usul yang baik untuk dirinya.

Ibu pula perlu gunakan pengalaman sebagai ibu dan kematangan untuk membezakan situasi anak yang telah berkahwin. Jadi urusan rumahtangga anak tidak perlu dicampuri. Biarkan anak dan menantu membuat keputusan sendiri. Jangan sekali-kali mencampuri urusan mereka kecuali diminta memberi pandangan. Sebagai ibu, pastikan anak lelaki menunaikan tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga terhadap anak dan isterinya. Jika ada perkara tidak betul harus ditegur dan cubalah berbaik-baik dengan menantu serta berikan tip bagaimana menawan hati suami melalui pengalaman yang sudah masak dengan perangai anak sendiri agar isteri tahu apa yang perlu dilakukan.

Berikut adalah tip yang perlu dilakukan oleh suami dan isteri agar rumahtangga lebih bahagia.

SUAMI.
  1. Rendahkanlah ego sebagai lelaki untuk lebih berkompromi dengan isteri
  2. Isteri adalah rakan kongsi dalam perkahwinan. Oleh itu segala keputusan dalam hubungan suami isteri dan rumahtangga adalah atas persetujuan bersama.
  3. Tidak salah untuk terus rapat dengan ibu dan mendapatkan pandangannya tetapi biarlah dalam pengetahuan isteri juga.
  4. Jangan membandingkan isteri dengan ibu kerana keduanya adalah dua insan yang berbeza personaliti dan latar belakang.
  5. Menerima isteri sedanya termasuk kelebihan dan kekurangannya.
ISTERI
  1. Terima hakikat bahawa suami seorang yang rapat dengan ibunya dan fahami situasi tersebut
  2. Ambillah hati ibu mertua melalui suami dan kenali suami melalui ibu mertua. Dengan cara ini hubungan dengan suami dan mertua tidak ada masalah.
  3. Jika ada sesuatu tidak sepatutnya diceritakan kepada ibu dan jangan cepat kecil hati
  4. Luahkan rasa tidak puas hati atau cadangan dengan hati terbuka dan di kesempatan waktu yang sesuai.
  5. Sentiasalah mengambil hati suami. Terimalah suami seadanya termasuk kelebihan dan kekurangannya.

Alhamdulillah setakat ini Mummy tiada masalah dengan ibu mertua, semuanya baik-baik saja.
 Terima kasih Allah kerana menemukan saya dengan Suami dan mertua yang sangat baik dan penyayang, semoga  kami terus kekal bahagia bersama. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan
lagi Maha Penyayang..Aminnn.


18 comments:

  1. Agak susah kalau suami 'anak emak' apa lagi dlm membuat keputusan. Itulah macam tips yg Wiena bagi kakak rasa kalau tulis mudah tapi yg nak ikut rasanya agak susah.

    Kakak dah tak ada dua-dua mak so tak dapatlah tahu...

    ReplyDelete
  2. harap2 bakal suami bkn anak mak huhu =)

    ReplyDelete
  3. KakZakie :
    akak cakap tu memang ada betulnya. mungkin kita senang je nak tulis tapi nak ikut tu memang susah, lagi2 kalau dapat mertua yang tak berapa nak memahami anak dan menantunya.

    ReplyDelete
  4. Nn Lylyn :
    haaa kena doa banyak2 tu..hehehe

    ReplyDelete
  5. husband i anak emak.sudah semakin sherashi bershame kalu g memane MIL n SIL follow.ehem

    ReplyDelete
  6. akak ada tengok tak rancangan semanis kurma tajuk 'suami anak emak'...memang best.. respcet kat suami yang bergelar anak emak :)

    ReplyDelete
  7. Kalau dpt somi yang 'anak emak' ni, si isteri kenalah terima dgn hati yg terbuka. Lagi pon tanggungjawab lelaki kat ibu takkan terputus even dah berumahtangga.

    Alhamdulillah...si dia saya bukan 'anak emak'..hehehehe...

    ReplyDelete
  8. mak mertua dah xde tapi bile arwah ade dulu, hubby rapat juga dengan arwah tapi sebab dua² duduk jauh, tak selalu jumpa

    ReplyDelete
  9. Nazirah Azeman :
    Hehe. takpe asalkan husband awak tak lupakan awak..hehe

    Adylia :
    Alah akak tak tengok pula. Tapi rancangan semanis kurma tu kawan2 akak cakap best.

    Fiza :
    Betul. tanggungjawab tetap tanggungjawab. baguslah si dia awak tak anak emak..hee

    ReplyDelete
  10. tah la..kdg2 suami yg bukan anak mak pun jenis nak dgr je ckp mak dia..mcm semua benda mak dia je yg betul...

    ReplyDelete
  11. ok je laki anak mak ni. tapi kalau dh sampai tahap semua pun nak suruh mak tlg decide, susah la. lelaki sebagai pemimpin. kena la pandai buat keputusan sendiri. kalau takat nk mntk pandangan mak tu tak ada salahnya. tapi jangan la sampai mak yang tolong decide. Itu yang buatkan si isteri susah ati

    ReplyDelete
  12. "Anak mak" rapat dengan mak, kan tapi cm mane pulak dengan mak yang rapat dengan anak nie... tapi x kisah dengan anak menantu... sikit-sikit minta bantuan anak yang sorang nie.. padahal anak yang lain bukannya x de...

    ReplyDelete
  13. Suami saya anak mak.. semua keputusan di tangan ibu mertua.. sehinggakan pandangan saya ditolak tepi & tidak diendahkan.. nafkah zahir sejak berkahwin lagi langsung suami tak beri malahan ibu mertua yg memberi nasihat kepada suami, meminta saya yg memberi duit kepadanya.. walhal saya tidak mempunyai ibu bapa & terpaksa menanggung adik2 saya yg masih bersekolah.. apabila saya membeli baju utk diri sendiri & anak dgn menggunakan duit saya sendiri, ibu mertua kata saya boros & menghabiskan duit anaknya.. saya terlalu lama jauh hati.. hubungan kami pun kini hampir retak, ibu mertua sgt gembira dgn keratakan hubungan ini..

    ReplyDelete
  14. usia perkahwinan saya da setahun lebih....sy tinggal di rumah mertua kerana mak suami tinggal seorang diri.. tambahan pula suami bekerja dgn emaknya yg menjalankan perniagaan sarapan pagi....dari awal perkahwinan hingga sekarang.. keputusan dan hal umah tangga kami emaknya suka masuk campur...dan suami pula mmg suka nak merujuk pada maknye…kdg2 ape yg sy buat mak nya nak kontrol.. warna perabot dlm bilik kami pun emaknya yg nak tentukan.. yg paling sy x tahan setiap kali kami nak keluar berjalan pasti mak nya mcm marah2.. seolah2 x bg kami keluar.. ataupun balik dari berjalan.. maknye akan membebel pasal hal2 lain.. yg x kena mengena x semena2 diungkit semula..seakan menunjukkan protesnya kerana kami keluar berjalan...bkn kami x mengajak.. bila diajak.. maknya xnak ikut.. beri pelbagai alasan. pernah kami merancang untuk bercuti berdua tidur bermalam diluar..plan ni da diberitahu kpd maknya 2 hari sblmnya...pada tarikh tersebut pun suami da ingatkan mak berkali2…..tp maknye buat2 terlupa dan x tahu.. dia sibuk suruh suami saya buat itu ini.. pergi sana pergi sini.. seolah sengaja mahu mencuri masa kami. sehingga ke malam...akhirnya plan kami x jd...dan kami bergado kerana hal itu....

    ReplyDelete
  15. sbenarnye da byk kali plan kami gagal kerana menguruskan urusan mak dia... dan maknye jugak sbenarnye tahu kdg2 kami bergado dek krana sikap mak sendiri, tp mak buat2 xtahu. suami juga tahu kdg2 sikap maknye salah tapi suami berdiam diri..sehingga sekarang perkahwinan kami da berusia setahun 3 bln.. kami lum pernah bercuti berdua2an...alasan krn xda masa...suami hanya ikutkan saje kerenah mak dia.. luangkan masa utk belah saya pun suami bg alasan kite ade kerja..suami x adil. Sudah hampir setahun saya tidak tidur dirumah ibu ayah sy… Suami juga bersikap berat sbelah...suami sentiasa mengutamakan maknya berbanding saya.. suami lebih senang bercerita kpd mak..sedangkan sy slalu terpinga2 xtahu kisah. kdg2 sy rase kami tiada komunikasi.. sy seperti xtahu ape2 tentang suami.. sedangkan sy bgtahu segala tentang diri sy pd suami. da byk kali sy bgtahu pd suami.. sy isterinya.. berkongsilah ape saja dgn sy.. termasuk dlm berbincang dan membuat kputusan.. bersepakatlah dgn saya. tp suami seperti x sedar2.. dia pasti akn pergi pada maknya dulu.. baru pd sy..itupun biasanya stelah perbincangan atau kputusan tlah dibuat...sy sgt kcik hati krn peranan sy sbg isteri spt tiada fungsi dlm rmhtangga kami. kami kerap gado kerana hal ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Situasi yg sama, semua yg ada dlm rumah pn mngharapkn mak, sy jd xexcited dgn rumah sendiri, mak dia selalu dtg rumah, and selalunya dah xada privacy utk keluar sama sebb suami akn ikut mana mak dia nk keluar, skrg lg nmpak taring, suami berat sebelah, raya pn dah decide tnpa berbincang dgn sy, hamya beraya sebelah dia, berbuka puasa sebelah dia, sy masih ada mak ayah dan ini buat kami bertengkar teruk, saya da byk kali terasa, sy yg byk bertolak ansur dgn dia, suami sgt pntingkn diri dan keluarga dia..

      Delete
  16. plan nak beli kereta pun mak dia yg nak tentukan kereta ape yg nak pakai...sedangkan kami x mampu nk pkai keta semahal tu..tp akhirnya x jd kerana sy berdegil dan kami bergado pasal hal ni. kdg2 sy dapat rasekan mak nye seolah2 mahu berebut anak lelakinya dgn sy..benda yg sy biase buat dgn suami sy tiba2 mak dia nak amik alih buat...sy sgt stress dgn situasi ni...brape kali sy berfikir utk keluar dari kluarga ni...lg pun kami belum ade anak. lg satu...suami kerap habiskan masa nya di bilik maknye dan membiarkan sy seorang diri.. ini membuat komunikasi kami seakan tersekat.. dan ofkos sbgai seorang isteri pastilah mahu berada sentiasa dekat disamping suami terutama bila hari x bekerja atau masa lapang.. x kisah suami tgh buat ape yg penting dia ade dekat dgn kita..jadi ini membuat sy bertambah tertekan.. pernah sy minta cerai kerana xtahan... suami menampar dan meludah muka sy. sy xkisah dia nak duduk dibilik maknye selama mane semasa sy sedang bekerja.. suami berniaga balik tgahri.. dan sy balik ptg ikut ofis hour.. jd msa siangnye byk dihabiskan bersama maknye...tapi jgn lar bila saya ade dirumah pun dia masih nak bekepit dgn maknye...sy slalu tercari2 suami.. tahu2 ilang.. rupanya berbaring dibilik maknya tgk tv....sy pun perlukan dia.. kan isteri tempatnya disisi suami..sy rasa keintiman suami isteri tu smakin pudar kerana sikapnye yg x endahkan sy. suami slalu menempelak sy.. klu da tahu kcik hati.. masuk lar blik maknya skali tgk tv same2.. hbis xkan tiap masa nk menempel kat blik maknye.. sy pun ade hidup dan dunia sendiri.. kami pun ade dunia rumah tangga kami sendiri... hati sy kuat nak berpisah... tp sy takut dia mengamuk kerana dia klu mengamuk sgt dasyat...semua benda terbalik...dgn saya2 jd mangsa...sy da cuba pelabagai cara utk sabar dan kuatkan hati ni...tapi bila ia berlaku lg... sy seakan x boleh menanggungnye lg..............................

    ReplyDelete
    Replies
    1. redha je la dpt ank mak ni...sy ingt lagi masa balik raya puasa kg suami...kami ada bertengkar sedikit..npehhhh tup2 entah apa hasutan mk bpknya suruh ceraikan sy...patut sebagai org tua bg nasihat kpd ank menantu..ini tak jadi batu api....bila dah gaduh2 aku ckp kasar skit ngan ank dia..ckp aku berdosalah apa lah bg khutbh...ank sendiri pun x reti nk bentuk..adik ipar umur dah 30 lebih dok berkurung dlm bilik..makn tido3 je..keja tak.mau apa pun tak mau..aku tgok pun rimass.....yg aku peliknya laki aku ni pun bia bergaduh boleh suruh mak n bapak dia masuk bilik sekali...camne nak berbincang laki bini..??

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page