HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 2 March 2012

SuperBaby Mummy Daddy

Setiap kali ada peluang bersama anak, aku dan hubby lagi suka keluar jalan-jalan. Saja nak bawa si comel Mummy tu tengok dunia luar sebab hari-hari biasa asyik duduk dalam rumah je, kesian pula. Seperti biasa Alamanda putrajaya lah tempat kami selalu lepak. Sebab hubby cakap senang nak cari parking dan kat alamanda ni pun semua kemudahan dah ada senang nak cari makan ataupun beli barang keperluan anak kami. 


Daniael Mieqael muka mengantuk, sebab masa bawa dia keluar tengah tidur. Sampai je alamanda Daniael Mieqael sambung tidur, malas nak layan Mummy Daddy dia masa ni itu yang muka masam je..hehehe. Sementara anak kami tidur, kami cari restoran yang paling selesa untuk anak kami dan senang nak makan. Mula-mula kami plan nak makan kat restoran Nando's alahai kecewanya semua restoran pula penuh, nasib baik restoran chicken rice shop masih ada tempat kosong so kami makan tengahari kat situ je..Tak sampai setengah jam, Daniael Mieqael dah bangun. Nasib baik kami dah makan walaupun tak habis.. tak sedap kot..:(


Bangun je dari tidur, Daniael Mieqael terus cari Daddy. Kesian Mummy, Mummy jeles tau..;( Tapi takpelah asalkan anak kami tu happy dan tak meragam.


Selepas makan kami singgah kat  butik Mothercare nak cari barang Daniael Mieqael. Geram sangat tengok baju-baju baby ni, rasa macam nak borong je semua tapi kesian pula tengok Daddy yang terpaksa bayar semuanya..hehehe. Sempatlah beli 4 pasang untuk kesayangan Mummy ni. Selesai beli barang anak, hubby belanja makan  ice cream pula...



 HEHEHE. Daniael Mieqael pula yang excited nak makan ice cream.. 

" Nak makan ice cream ke Sayang"..amboi sukanyeee...


"Sorry Sayang ini untuk Mummy Daddy je tau..kalau nak tunggu besar nanti.."

Merajuk lah pula..HAHAHA..


Daddy jelah yang boleh buat dia happy..hehehe





1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page