HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 5 April 2012

Bawa Macho Boy Jalan-Jalan di Mid Valley

Alamak dah masuk bulan April..
Cepatnya masa berlalu, hutang puasa aku belum habis bayar lagi..huhuhuh.
Tak boleh..tak boleh! lepasni tak boleh malas-malas lagi
Aku kena ganti cepat-cepat nanti tak sempat pula nak ganti..
Dahlah bulan puasa dah nak dekat hutang puasa masih banyak lagi..
aduhhhh..stressssnyeeee!
Ok..ok cukup-cukup aku tak boleh stress-stress
kalau stress sangat tak boleh ganti puasa pula..hehehehe.

********************
Hari ini aku nak share hujung minggu aku dengan family baru-baru ni.
Ahad lepas iaitu 01 April 2012 Husband ajak pergi Mid Valley, kali ni kami bukan dating berdua je tau tapi bawa anak sekali.
Lagipun dah lama rasanya tak bawa anak keluar jalan-jalan sejak demam hari tu.
Bukan apa, sejak anak demam hari tu, kami jadi takut sangat nak bawa anak keluar.
Tapi sekarang anak dah ok, so kami enjoyyyyyy!!!! ;D

Daddylah orang paling semangat nak bawa anak keluar jalan-jalan, Daddy jugalah yang sibuk siapkan segala keperluan Daniael Mieqael..hehehe. Selalunya Mummylah orang paling sibuk siapkan keperluan anak, tapi kali ni Daddy buat semuanya..Sayang Daddy!..

Geramnya tengok anak Mummy ni buat muka manis-manis lah pula..Mummy gigit karang baru tau..hee!

Iskk isskkk.. macam gaya bos gitu. Daniael Mieqael seronok and relax je duduk dalam car seat baru dia. Goodboy je tak meragam pun. Mummy pula yang risau tengok sebab Daniael Mieqael kali pertama duduk dalam car seat, takut dia tak selesa je. Tapi Daniael Mieqael ok je sebenarnya, Mummy je yang lebih-lebih..heee.;P

Mummy terharu sangat Daddy hadiahkan car seat baru untuk anak kesayangan kami. Mummy sebenarnya dah lama idam-idamkan car seat ni, time Mummy mengandung lagi. Tak sangka Daddy betul-betul tunaikan.  Patutlah Daddy excited je nak bawa keluar, rupa-rupanya ada kejutan untuk Mummy..Tak pasal-pasal petang tu habis semua mekap Mummy luntur.."Daddy ni saja tau nak bagi Mummy menangis" -__-  .
Mummy Sayang Daddy sangat-sangat!..

Daniael Mieqael muka baru bangun tidur. Sempat Daddy rakam muka comel anak kesayangan Mummy..hehehe




Nak ke Sayang? Sabar ye Sayang, nanti Daddy belikan ye. (Daddy berkenan yang color putih tu..tapi Daniael Mieqael lebih tertarik tengok kuda tu..hehehe)

Daniael Mieqael pantang nampak barang mainan, begitu juga dengan Daddy. Kedua-dua anak beranak ni sama je perangai, setiap kali keluar jalan-jalan, Daddy pasti singgah kedai mainan, dapat beli satu pun jadilah untuk anak kesayangan dia tu..(Esok jangan jadi macam anakku Sazali sudahhh.. -__-")



Petang tu kami makan kat restoran madam kwans, pada mulanya Daddy nak ajak makan kat Nandos, tapi tiada tempat kosong, restoran lain pun semuanya penuh, kecuali restoran madam kwans. Makanan kat sini best-best juga, boleh tahan..sedaaapppppp!

Jangan terkejut makanan Daniael Mieqael pun ada tau..heee

Macam biasa Daniael Mieqael kena minum susu dulu sebelum Mummy Daddy makan, ini bagi mengelakkan dia meragam..





Alalaaa..kesianya dia, lepas je minum susu, terus tertidur, penat kot Mummy Daddy bawa jalan-jalan. Sepanjang perjalanan balik rumah Daniael Mieqael tidur dengan lena..

Walaupun Daniael Mieqael dah ada car seat sendiri dan selamat duduk dalam tu Mummy tak berani tinggal dia sorang-sorang tau, sekejap-sekejap Mummy tengok dan check keadaan dia ok ke tidak..Daddy cakap Mummy ni risau tidak bertempat..hehehe. (Mummy tidak peduli, Mummy nak duduk sebelah Daniael Mieqael sampai bila-bila, tak nak sekali-kali biarkan dia duduk sendiri kat belakang, tak sampai hati tau..lantaklah Daddy nak cakap apa, janji anak dekat dengan Mummy..hewhewhew..)


- Posted using BlogPress from my iPad




2 comments:

  1. kak wien, cuba kasi husband kak wien baca ayat yg last tu.. . hehehehehe, kelakar... hahaaha..

    ReplyDelete
  2. Hehehe..kalau husband akak baca habislah..hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page