HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 13 April 2012

Pilih Kawan Atau Memilih Kawan

Perlu ke kita pilih kawan atau kita memilih untuk berkawan?
Aku akan pilih kawan tapi aku tak memilih untuk berkawan..
hehehe macam tak faham je..:P
Ok sebenarnya macam ni, aku tak kisah nak berkawan dengan sesiapa pun.
Baik ke, buruk ke, warak ke dajal ke aku tak kisah nak berkawan.
Itu membuktikan aku bukan jenis memilih untuk berkawan.
Memilih untuk berkawan tu maksudnya dia akan tengok dulu,
perhati, kaji orang tu macam mana, baru akan berkawan.
Contohnya, dia hanya pilih kawan yang kaya-kaya, cantik-cantik dan pandai je.
Kita yang kurang ni, tak layak la jadi kawan dia..sob..sob..siapalah kita kan..:(
Masa sekolah dulu selalu ada jumpa kawan-kawan macam ni,
rasanya golongan orang-orang macam ni masih wujud lagi kot..
sangat-sangat tak suka orang macam ni..
Aku pula sekarang ni, kalau nak jadi kawan aku, aku agak memilih jugalah.
Tapi bukan bermakna aku tengok dia dari segi harta, muka dan status ke apa.
Aku hanya akan terima dia jadi kawan aku bila perangai dan akhlak dia ok.
Aku tak kisah dia nak jahat ke apa ke..memang tak kisah!
Yang penting hati dia baik dengan aku. Tiada cakap bukan-bukan.
Cuma jangan buat perangai entah apa-apa macam dengki ke apa ke.
Sebab aku pantang orang macam tu. Rasa rimas sangat-sangat.
Aku memang suka berkawan dengan sesiapa pun,
janji orang tu pun ikhlas berkawan dengan aku.
Jadi marilah berkawan dengan aku dan jangan malu-malu follow blog aku ye.heee.:D

Gambar hiasan

3 comments:

  1. yups..dlm hdup kita harus memilih kerana hidup adalah belajar membuat pilihan..org2 tua kata berkawan biar seribu berkasih biar satu..tapi dalam seribu kwn kita belum pasti semua ikhlas pada kita kan..so tepuk akal tanya minda..

    ReplyDelete
  2. sis, keja kat mna? rina kat putrajaya..gomen gak..

    bg rina wajar utk memilih tp tak perlu la terlalu memilih,,sbg contoh rina skrg jenis memilih kawan sbb rina xnk kawan yg tikam belakang...

    ReplyDelete
  3. hai, salam kenal..
    i suka entry ni.kena pandai memeilih kwn sbb takut dapat kwn yg tikam dari belakang..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page