HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Tuesday, 26 June 2012

Tabung Masa Depan Anak Tersayang

  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua



Syukur Alhamdulillah..lega rasanya tabung masa depan anak siap juga akhirnya. Mummy dan husband sebenarnya dah lama plan nak buka tabung persendirian untuk anak tersayang. Perancangan awal masa depan anak seawal usia 6 bulan adalah paling sesuai. Tapi Daniael Mieqael dah masuk 7 bulan barulah kami sempat buka akaun bank dia. Awal-awal lagi kami dah fikir dan rancang masa depan Daniael Mieqael terutamanya untuk pendidikan. Kalau nak buka akaun bank untuk anak, mana-mana bank pun boleh sebenarnya. Tapi kami lagi suka buka akaun anak dalam pelaburan ASNB (Amanah Saham Nasional Berhad), lagipun pulangan yang akan kita terima setiap tahun berbaloi-baloi berbanding bank lain. Apa yang penting kita mesti bijak menentukan akaun apa yang sesuai untuk anak kita. Ingat kena bijak! bukan main suka-suka je tau..


Lepasni senanglah nak buat simpanan untuk anak kesayangan Mummy Daddy ni. Lagipun duit yang Daniael Mieqael dapat sebelum ni banyak juga, duit hasil pemberian keluarga, saudara mara, kawan-kawan, orang kampung dan peminat-peminat setia Daniael Mieqael..hehehe. Sejak anak dah ada akaun sendiri, kami suami isteri semangat pula nak buat simpanan untuk anak, rasa macam best je tengok simpanan anak dah banyak..hehehe. Duit Daniael Mieqael sebelum ni kami tak pernah guna walaupun satu sen, kami simpan sebaik yang mungkin sebab duit itulah yang akan anak kami guna bila dia sudah besar nanti, lagipun tak elok tau guna atau ambil duit anak, nanti hidup kita makin susah..

Husband juga nak ambil insurans untuk perlindungan keluarga dan anak. Cuma sekarang ni kami masih tercari-cari insurans apa yang paling sesuai untuk kami bertiga. Sebab husband plan nak ambil 3 jenis insurans iaitu insurans perlindungan keluarga, insurans pendidikan anak dan insurans kesihatan anak. Ketiga-tiga insurans ni sangat penting sebab kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada kita di masa akan datang. Kami pun sebenarnya tak reti sangat pasal insurans-insurans ni, tapi hasil perbincangan dengan family, 3 jenis insurans inilah yang sesuai untuk kami.

 Tak sangka sejak kahwin, husband semakin matang dalam bab-bab merancang masa depan keluarga..hehehe. Mummy bersyukur sangat, husband tak pernah kedekut dan tak pernah berkira hal-hal kebajikan isteri dan anak, selagi termampu selagi itulah husband akan tunaikan.
 "Sayang Daddy Sangat-sangat"..;D


Apa pendapat korang tentang menabung ni? Kawan-kawan Mummy dah start menabung tak?
Bagi Mummy walaupun gaji kita kecil kita tetap kena menabung juga
Bukan apa, ini untuk masa depan kita juga, esok-esok kalau kita susah boleh guna duit tu
Takkan kita nak harap dan minta kat orang lain kan, belum tentu lagi orang tu nak tolong kita.
Kita menabung sikit-sikit pun takpe, lama-lama jadi bukitlah tu..InsyaAllah.
" Orang tua-tua cakap sediakan payung sebelum hujan betul tak kawan-kawan..heee ;D



- Posted using BlogPress from my iPad




12 comments:

  1. dah ada anak ni semuanya untuk dia kan.. :)

    p/s: senang tak blogging guna ipad??
    kena install blogpress dulu ke?
    tq

    ReplyDelete
  2. true.....lame2 jadik bukit.at least nnt bile anak kite dah besar,bile dah start sekolah,kite tak de la rase sakit sangat nak byr fees n lain2

    ReplyDelete
  3. Mama Aleen :
    Betul. bila dah anak ni semua benda yg kita fikir hanya untuk dia je.

    Aah senang sangat blogging guna ipad ni. kalau awak nak kena install dululah blogpress tu. handphone pun boleh tau.

    ReplyDelete
  4. Nazirah Azeman :
    Aah.sekarang ni macam2 yang kena bayar, semuapun perlukan duit kalau kita takde simpanan macam mana nak buat semua tu.kan senang kalau kita menabung..hee..;D

    ReplyDelete
  5. eh dari jauh husband u ade iras2 azhar sulaiman la . hehe .

    ReplyDelete
  6. good! bagus menabung dan kalau mereka dah besar pon kena ajar menabung jugakkan :)

    ReplyDelete
  7. lepas ni leh la simpan duit raya lak..hihih

    ReplyDelete
  8. bagus! nanti senang Daniel Miqael nak jadi doktor ke, lawyer ke..insyallah ;-)

    ReplyDelete
  9. hai already follow. comey sgt2 ank awak. nice blog

    ReplyDelete
  10. SInggah sini..happy family!!suka tengok all pics..

    **Kalo still tercari-cari insurans untuk family/ anak boleh hubungi 012-3816041..ade promosi hujung tahun dan plan terbaik utk keluarga kita..

    Prudential~PruBsn Takaful

    MommyAida

    ReplyDelete
  11. untuk insurans pendidikan/kesihatan/saving prudential terbaik...sy pun amik utk anak sy...kalu berminat bule cube call kazen sy..011-29235889 siti aisyah

    ReplyDelete
  12. bagus pengkongsian... singgah2 cari maklumat dulu ni untuk anak...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page