HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Saturday, 14 April 2012

Ujian Pap Smear

Hari ni aku nak share pasal ujian pap smear. Info ni aku dapat dalam majalah. Sebab baru-baru ni aku baru je selesai buat ujian ni, Alhamdulillah semuanya ok. Mungkin masih ramai yang belum tahu kepentingan ujian pap smear ni kan, kalau nak tahu lebih lanjut teruskan membaca info ini ok. Bilakah masa yang sesuai untuk membuat ujian Pap Smear? Adakah perlu untuk semua wanita melakukannya dan apakah kepentingannya? Soalan-soalan macam inilah yang selalu bermain di fikiran setiap wanita. Ujian ini boleh dilakukan bila-bila masa sebenarnya kecuali ketika datang haid atau masih keluar darah nifas dan sebaik-baiknya telah dicuci sepenuhnya. Setiap wanita yang telah melakukan hubungan seks perlu menjalani ujian ini dan wajib sangat-sangat untuk mengesan perubahan kejadian kanser pangkal rahim. Ujian ini mudah, murah dan tidak menyakitkan. Pengesanan sel-sel barah di peringkat awal dapat menjamin kesan rawatan yang hampir 100% pulih. Bagi wanita yang berumur 60 tahun ke atas, mereka tidak perlu menjalani ujian ini. Begitu juga bagi wanita yang telah membuang rahim mereka keseluruhanya. Bagi wanita yang masih mempunyai servik akibat pembedahan pula masih perlu menjalani ujian ini sehinggalah mereka mencapai umur melebihi 60 tahun ke atas. Jadi tunggu apa lagi, pergilah check cepat-cepat sebelum terlambat..ingat sebelum terlambat!..




- Posted using BlogPress from my iPad

6 comments:

  1. Buat medical check up sebelom t'lambat ... =)

    ReplyDelete
  2. terjumpa info ni, juga pasal ujian pap smear… sharing is caring :) - Ujian Pap Smear Elak Kanser Serviks

    ReplyDelete
  3. masa buat ujian pap smear pakaiannya camne?

    ReplyDelete
  4. oh yes.. sangat penting.. (tapi this year belum buat.. ouucchh lupa)

    tqs for dropping by..

    ReplyDelete
  5. Traditional navy suits might work if the Student Loan People strategies and
    skill to obtain is search engine optimization. Allow people to go to the the Internet only as Wasp.
    For example a certain broker may have a much easier process.
    The company will submit to a" seems to good to be considered. Using the Video Surveillance System to protect your financial future.

    Also visit my blog post Student Loans People

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page