HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 18 May 2012

Si Mata Bulat Yang Tak Duduk Diam



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua



Ok cerita yang Mummy nak share ni sebenarnya cerita minggu lepas, hari ni baru sempat post.
Hehe..Mummy tengok je gambar kat atas ni, Mummy dah rasa geli hati
Nak tahu kenapa? Sebab cara kami bertiga kalau tidur betul-betul sebijik macam nilah..hehe
Anak bujang Mummy kalau tidur tak payah cakaplah memang lasak sangat-sangat
Habis satu katil dia nak pusing sana sini..Siapa jadi mangsa Mummy Daddy jugalah..kuikuikui
Tapi takpelah kami sanggup berkorban asalkan anak tersayang selesa dan tidur lena..hee ;')

Nasib baiklah Daddy dah beli baby cot untuk anak tersayang
So kalau waktu tidur Daniael Mieqael akan tidur dalam tu
Dia berpusing-pusing dalam tu pun takpe, kami tak perlu risau..
Mummy Daddy pula boleh tidur macam biasa
Daddy nak peluk Mummy pun takpe..hehehehe

Daniael Mieqael muka baru bangun tidur. Awal betul kesayangan Mummy ni bangun
Mummy Daddy masih tak larat nak bangun mengantuk sangat
Sebab malam tu tidur lewat, Mummy teman Daddy tengok bola
Tapi sia-sia je Mummy teman sampai pagi, last-last MU kalah..buat sakit hati je tau!
Tapi si mata bulat ni semangat betul, pagi-pagi lagi dah ajak bermain..
Nak tak nak Mummy bangun jugalah teman dia bermain
Daddy masih lagi tidur, penat layan kekalahan MU :'(

Ok ini gambar-gambar yang Mummy sempat rakam
Pagi-pagi lagi Daniael Mieqael dah buat bising..heheheh

Daniael Mieqael memang tak duduk diam
kerja dia asyik nak memanjat je
Bila dah puas memanjat, merangkak sana sini pula
Alahai kalau dah start merangkak bukan main laju lagi
Mummy pun memang tak duduk diam
 terpaksa main kejar-kejar dengan dia..hehehe







- Daniael Mieqael 8 bulan 22 hari -





7 comments:

  1. sgt senang hati kalau anak aktif... biler dia melepek lembik, alahaiiiii susahnyer hati ni kan...

    ReplyDelete
  2. comel nye anak mummyyyy! :)

    ReplyDelete
  3. comelnya baby uols..!
    geram - mata bulat!

    ReplyDelete
  4. hehehe... suke katun tue...

    ReplyDelete
  5. Nanti dia dah dapat kaki, bersiap sedia laa...masa tu mmg rindu gile time tgh baby.hikhikhik...

    ReplyDelete
  6. Yg no.2 tu plg tk thn...
    Boys CiM 2-2 mmg lasak, tp papa lg lasak. So dr baby smpi skang mmg tk penah ajk tido skatil ngan kami

    ReplyDelete
  7. Lia :
    Kalau anak membesar dengan sihat dan aktif kita memang senang hati sangat2 tapi kalau tak sihat tuhan je yang tahu..kita rasa macam nak mati pun ada sebab tak sanggup tengok dia macam tu.

    Haney :
    Thanx..;D

    Miloais Milo :
    Hehe..tq..;D

    Meo188 :
    comel kan katun tu..hehe

    Mummy Chubby :
    hehe. Mummy memang tak sabar tengok dia berlari..hehehe

    Cinta Misteri :
    HAHAHAHA..papa pula yang ganas memang kelakar sangatlah..hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page