HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Monday, 14 May 2012

Happy Mother's Day


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua


Setiap tahun tanggal 13 Mei adalah sambutan hari ibu di seluruh dunia
So setiap kali 13 Mei, kami adik beradik akan berkumpul di rumah inah (ibu)
Dan sama-sama menyambut hari istimewa ini
Tak kisahlah yang dah berkahwin ke ataupun yang masih single
yang pasti kami wajib berkumpul pada hari tersebut
Malangnya sudah 3 tahun berturut-turut aku tak dapat bersama
Nak kata sedih memang sedih sangat-sangat
Tapi nak buat macam mana kan..akupun bukannya duduk dekat sangat
Sejak dah pindah Putrajaya ni dan mempunyai keluarga sendiri
Memang susah untuk aku pergi dan balik ke Sabah


Alhamdulillah inah tak pernah berkecil hati
Sebab hampir setiap hari aku akan call
dan bertanya khabar inah dan adik beradik yang lain
Setiap kali aku call inah tersayang, inah suka sangat tanya soalan ni..hehehe

"Keluarga di sana layan winn ok ke?"
"Winn tak bosan ke selalu call inah ni?"
"Tak payahlah call selalu nanti kredit habis..dan blablablaaaa.."

HEHE. aku memang degil. Inah tak suruh call aku tetap call juga
aku suka dengar inah membebel macam tu..comel je..hehe
 Walaupun aku tak dapat bersama meraihkan hari ibu
Tapi tanggungjawab aku sebagai anak aku tetap tunaikan
Sebab bagi aku setiap hari adalah hari ibu
Setiap hari kita kena berbuat baik dengan ibu kita
Setiap hari kita kena mendoakan ibu kita
Setiap hari kita kena dan wajib bagi segala-galanya untuk ibu kita
Bukan time Mother's Day baru sibuk nak bagi hadiah
Nak beli kek, nak bagi macam-macam kononnya kita nak sambut hari ibu
Bila hari-hari lain buat macam biasa je
Benda-benda macam ni boleh di beri bila-bila masa yang kita rasa nak bagi
terpulang pada kita sebenarnya yang penting kita ikhlas
Tak payahlah nak tunjuk-tunjuk
Sekalipun kita tak mampu bagi hadiah
Kita masih boleh doakan kesejahteraan mereka
Kita masih boleh doakan kebahagiaan mereka dunia dan akhirat
Mungkin itulah yang ibu bapa kita harapkan dan terbaik untuk mereka

*****************

Ya Allah betapa bodohnya aku, tahun ni aku baru tahu dan sedar yang 
Mother's Day itu adalah sambutan mother church kristian
Selama ni aku memang tak pernah tau langsung..kuikuikui ;P
Bak kata Ustaz Azhar Idrus

" Hari ibu ialah hari mother church / ibu gereja kristian
Siapa nak sambut silakan
Siapa takut rosak akidah jangan sambut "

Kawan-kawan jangan lupa renung-renungkan ye..;D

15 comments:

  1. betul ke kak wien? hari ibu tu hari mother church?

    ReplyDelete
  2. A'ah. kak winn pun baru tau. husband yang cakap semalam..tapi selama ni kak winn memang sambut hari ibu setiap tahun..huhhuhuhu

    ReplyDelete
  3. Kalau kita tak pernah buat sambutan/beri hadiah pada ibu dan memberi pada hari tersebut rasanya tak elok tapi kalau dah selalu tapi menjadikan ianya lebih istimewa terpulang pada iktikad dan nawaitu di hati...

    ReplyDelete
  4. Emm..pada saya, selagi niat kita tak bercanggah dgn syariat Islam,
    rasanya tak salah nak wish selamat hari ibu but not over celebrate ;) :)

    ReplyDelete
  5. Mummy org sabah ke..org cakap org sabah cantek2..no wonder lah mummy cantek n daniel pon comel

    ReplyDelete
  6. Happy mother's day to u too..actually, terpulang pd nawaitu kita..x perlu la celebrate bagai..cukup dgn ucapan pd ibu kita dh memadai..klau mcm tu, ade juga pertikaian ttg birthday celebration di mana ade upacara meniup lilin (hapusan nur/cahaya)..

    Apepun yg kita buat, kita kaji semula dari Al-Quran dan As-Sunnah..kdgkala manusia terlalu taksub dgn ustaz/ustazah..mereka pun manusia biasa mcm kita..yg penting, Allah tau apa niat kita..mmg kita patut ada hari istimewa utk ibu kita..sekadar pandangan..ayg plg penting, berpegang pd Kitab Allah dan Sunnah RasulNya.. :)

    ReplyDelete
  7. apepun bergantung pd niat kan... hari-hari pun leh jadi hari ibu kan mummy mieqael.. semoga jadi mummy yg terbaek buat mieqael.. :)

    ReplyDelete
  8. Kakzakie :
    Alah kakzakie takutnya dengar..

    Syima :
    Yup betul tu..kalau nak sambut takyah terlebih-lebih sangat..;D

    Princessrayha :
    A'ah. Mummy orang sabah. Mummy kembanglah pula u puji macam tu..hehe.apapun terima kasih ye..;D

    Sue-rya Qistina :
    Betul.yang penting niat kita. Memang tak salah rasanya kalau nak wish kat ibu kita kan..hari hari pun takpe..heheh

    Ieedaz @ mama-isha :
    HEHE.Comel je u ni.InsyaAllah demi anak tersayang mummy akan sentiasa jadi yang terbaik!

    ReplyDelete
  9. salam ziarah kembali..

    hari2 hari ibu, cuma sekadar mengingati, dan niat yng baik2 buat ibu kita.. insyallah.. takkan tpesong akidah kita..

    mungkin y tabsud, yang menyambut bermegah2 itu y dlm golongan org2 berkenaan...

    patutlah kamu cantik, inah (ibu) kamu sangat jelita

    ReplyDelete
  10. salam kenal

    segala perbuatan kita bermula ngan niat. setuju ngan kak zakie : )

    ReplyDelete
  11. setiap hari adalah hari ibu....
    dan yg penting niat di dalam hati...

    :D

    ReplyDelete
  12. tak pernah lupa mendoakan kesejahteraan ibuayah setiap hari kerana hari2 adalahh hari ibu & ayah..

    ReplyDelete
  13. jasa ibu mmg tak boleh kita lupakan....selamat berkenalan Mummycute

    ReplyDelete
  14. kak org sabah ye..ptt cantik.. =)

    --zaza pun xlupa mdoakan mak ayh di kg =)

    ReplyDelete
  15. yang penting appreciate mak kita semasa ada hayatnya kan.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page