HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 19 July 2012

40 Minggu Yang Indah ;D

  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Entry ini sekadar berkongsi rasa gembira di atas rezeki yang diberikan.  Alhamdulillah kami sekeluarga diberi peluang untuk merasai pengalaman indah buat kali kedua. Terima kasih Ya Allah kerana melimpahkan rezeki buat kami sekeluarga. Syukur sangat-sangat Ya Allah.. 


Tak sangka sekali lagi Mummy akan melalui 40 minggu yang indah dalam hidup Mummy buat kali kedua. Tiba-tiba rasa teruja dan berdebar pula kerana akan melalui sekali lagi semua pengalaman indah semasa mengandung, melahirkan, menyusukan anak, berpantang, dan ohh semestinya berjaga malam!
Hewhewhew ;D


Saat doktor sahkan Mummy mengandung 5 minggu, macam-macam perasaan yang bermain
difikiran Mummy ketika itu rasa teruja, gembira, sebak, nak menangis dan tak percaya pun ada.
 " Ya Allah betul ke aku mengandung, Syukur Alhamdulillah " hanya itu yang mampu Mummy katakan saat itu dengan rasa penuh bersyukur sangat. Sebelum ini, Mummy dan husband sebenarnya dah buat perancangan keluarga, kalau nak baby lagi biarlah anak kesayangan kami genap 2 tahun. Tapi Allah dah bagi rezeki awal, so kami suami isteri terima seadanya dengan perasaan sangat-sangat bersyukur dan gembira. Perasaan kami suami isteri hanya Tuhan saja yang tahu..Terima kasih atas segalanya Ya Allah..


Tiada tanda-tanda seperti kehamilan pertama 2011, rupa-rupanya kandungan Mummy dah pun masuk 5 minggu dan insyaAllah bakal dilahirkan pada tahun hadapan 2013. Semasa kehamilan pertama sebelum ni Mummy rasa pening-pening dan demam selama seminggu dan bila jumpa doktor rupa-rupanya Mummy dah mengandung 2 minggu. Tapi kali ini Mummy langsung tak rasa apa-apa, sebab itulah Mummy macam tak percaya je mengandung..hehehe.


Nampaknya Mummy kena study kembali buku-buku tentang kehamilan. Walau pun Mummy dah pernah mengandung sebelum ni, tapi banyak benda juga yang Mummy langgar tentang pantang larang untuk ibu-ibu mengandung ni, jadi untuk kehamilan kali kedua ni Mummy kena pantang betul-betul, tak boleh ikut perasaan sangat terutamanya bab-bab pasal makanan. Iyelah bila dah jadi mak boyong ni macam-macam yang kita rasa nak makan, tak fikirpun apa yang kita makan tu sesuai ke tidak untuk bayi dalam kandungan kita. Husband pun terlibat sama tak boleh makan suka hati..hehehe




 Gambar-gambar kat atas ni gambar kenangan terindah semasa mengandungkan si mata bulat Mummy Muhammad Daniael Mieqael yang kini dah nak masuk 11 bulan ;D

Hai kawan-kawan semua, doakan Mummy agar dapat menjalani 40 minggu yang indah ini dengan baik dan dipermudahkan ye. Kepada kawan-kawan yang sedang mengandung, jalanilah saat-saat indah ini dengan penuh rasa bersyukur dan sabar. Kepada yang masih ternanti-nanti kehadiran si kecil, janganlah pula terlalu emosi, kerana dia lebih tahu bila saat yang sesuai untuk saat bahagia itu. Percayalah Allah maha adil, semua wanita pasti akan melaluinya. Dan last sekali Mummy nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa semua. Tata! ;D


19 comments:

  1. momen indah apabila bergelar seorg isteri adalah apabila disahkan mengandung. syukur alhamdulillah. 2x pengalaman mengandung dan melahirkan adalah pengalaman yg manis bg saya juga. semoga dipermudahkan segalanya ye dear :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..tahniah mummy.

    Jaga diri & jaga makan betul2..

    ReplyDelete
  3. hope for the girl plak kali ye mommy..hehehe..saya doakan..:-)

    ReplyDelete
  4. tahniah dear =)))

    semoga dipermudahkan segalanya..

    ReplyDelete
  5. enjoy the moment.serius i rindu giler time pregnant.

    ReplyDelete
  6. tahniah kak..

    mummy cun ni :)

    moga semuanya berjalan lancar...

    ReplyDelete
  7. walaupun mak buyong, tapi tetap comel la kamu nie bile preggy ;-)

    wina doakan semuanya baik² sahaja, semoga mummy & baby berjaya lalui 40 minggu nan indah itu ye & last but not the least, salam ramadhan & selamat menjalani ibadah puasa!

    ReplyDelete
  8. Kita hanya merancang, tapi DIA adalah perancang terbaik. Macam kes saya lah. Tak expect dpt anak ke 3 secepat tu ☺☺.

    Tak care dear. Smoga semuanya dipermudahkan olehNYA.

    ReplyDelete
  9. bestnye... hope mummy n baby sihat...
    dah dekat nak bersalin ye?
    selamat bersalin n berpantang...
    take care !

    ReplyDelete
  10. saat preggy adalah saat yg paling seronok..mama pun rindu saat itu tp belom ade rezki lagi setakat ni... moga dipermudahkan segalanya buat mummy ya!! yeaayy mikhael dah nak dapat adik..:)

    ReplyDelete
  11. Moga dipermudahkan. InsyaAllah..
    *yg first tu bersalin normal ke?

    ReplyDelete
  12. omedetou/congrats mummy
    doakan kat ai plak na for second dok tunggu almost 7 yrs ni x dapat gak...semoga di permudahkan segalanyer IA

    ReplyDelete
  13. Oklah juga reach the target. Masa baby keluar Daniel dah 20 bulan lagi 4 bulan je 2 tahun...

    Tahniah wina:)

    ReplyDelete
  14. menten comel je time preggy...take a gud care of urself =)

    ReplyDelete
  15. wina u taun depan brp hb due?entah2 lebih kureng je ni kot..

    ReplyDelete
  16. tahniah akak... rezeki anak tu.. mintak2 dapat gegel lak yea :)

    ReplyDelete
  17. Sue-Rya Qistina :
    Terima kasih sue. Alhamdulillah kita masih diberi peluang kali kedua untuk merasai semua kebahagiaan ini.

    Mama Aleen :
    Terima kasih mama!

    CikPuanHaLia :
    Terima kasih.InsyaALLAH Mummy jaga makan minum dan kalau boleh taknak makan benda bukan2..hehehe

    Chekgu Azrine :
    Terima kasih. InsyaAllah kali ni dapat baby girl pula..;D

    Rina AVAIL a.k.a Cik Betty :
    Terima kasih..;D

    Nazirah Azeman :
    Baby awak baru seorang kan. cepat2 sempat lagi nak kejar Mummy ni..hehehe

    ros_reeza :
    Terima kasih.awak pun sentiasa comel!

    Wina :
    Terima kasih! doakan Mummy sentiasa baik2 ye..;D

    Fiza :
    Betul.kita hanya merancang tuhan yang menentukan segalanya. Takpe fiza inilah rezeki yang tak ternilai Allah bagi kita, kita kena hargai dan bersyukur.

    Emme :
    Haahahaha kita tak bersalin lagilah.Mummy baru 6 minggu..hehe

    ieedaz @ mama_isha :
    InsyaALLAH Tak lama lagi mesti ada rezeki,jangan sedih2 tau sebab allah sentiasa adil.

    Asmara :
    Terima kasih..;D

    Lady :
    Sabar my fren. usaha dan doa banyak2 insyaALLAH satu hari nanti rezeki awak ada..;D

    Kakzakie :
    Terima kasih..;D

    Mummy Danisha :
    Terima kasih Mummy!

    Tengku :
    Ohyeke. Mummy tahun depan awal bulan 4 kot..sebab nak kena scan balik minggu depan. Tengku brp hb due?Bestnya kita melalui semua ni bersama. tahniah!

    Adylia :
    Terima kasih si comel!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page