HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 27 July 2012

Pregnancy Checkup - Minggu Ke-6

Assalamualaikum dan salam jumaat semua

Semalam Mummy checkup kat hospital putrajaya ditemani husband tercinta. 
Macam biasa banyak prosedur yang perlu dibuat, check tekanan darah, air kencing, berat badan dan akhir sekali scan perut. Tekanan darah Mummy ok, air kencing pun ok tapi berat badan Mummy naik sedikit. Sebelum ni 49Kg bila timbang semalam dah naik sebanyak 50.30kg..huhuhu tak lama lagi Mummy akan gemuk semula tapi takpelah asalkan baby Mummy sihat. Selepas semuanya ok, doktor scan perut pula. Mula-mula scan tu memang tak nampak apa sebab doktor cakap baby kecil sangat susah nak tengok. Mummy dan husband dah mula cemas. Doktor terus scan dan cuba cari sampai dapat di mana kedudukan jantung baby, hampir setengah jam jugalah akhirnya jumpa juga..Syukur Alhamdulillah..;D

  Alhamdulillah Kandungan Mummy dah genap 6 minggu 4 hari. Nampak kecil je kan..hehehe
 Doktor jangkakan Mummy akan bersalin 17 Mac 2013..InsyaALLAH.

" Pada Minggu ke-6 Embrio kelihatan seperti berudu. Pada minggu ini kita sudah dapat mengenali kepala, ekor, tangan dan anggota badan yang lain yang masih berbentuk seperti tunas. Pembentukan awal hati, pankreas, paru-paru, kelenjar tiroid dan jantung juga terjadi pada saat ini "


Sementara menunggu nama kena panggil Mummy nak posing dululah..hehehe

 Setiap kali nak buat pemeriksaan kesihatan kat hospital / klinik putrajaya perlu bawa buku kuning ni.
Kandungan Mummy baru genap 6 minggu so buku khas warna pink untuk ibu-ibu mengandung Mummy tak dapat lagi. Sebab syaratnya kena tunggu minggu ke-10 barulah boleh buka buku pink tu.


 Semalam kami datang awal, jam 8.00 pagi macam tu dah sampai. Keadaan dalam hospital tu memang aman je rasanya, tak ramai orang, tak sibuk. Tunggu giliran kena panggil pun tak lama, cepat je. Mummy suka suasana macam ni. Mummy cepat pening kepala kalau tengok terlalu ramai orang tak tau kenapa.
Mungkin pembawaan budak kot -____-"

Selepas semuanya settle. Doktor bagi beberapa jenis vitamin yang perlu Mummy makan setiap hari. Obimin, folik asid, ubat deman dan kalsium. Obimin, folik asid dan kalsium Mummy wajib makan setiap hari kecuali ubat demam, makan bila perlu sahaja. Mummy tak faham kenapa doktor bagi ubat demam sedangkan Mummy tak demam pun. Tapi doktor cakap suhu badan Mummy panas dan perlu banyak berehat. Bila doktor dah cakap macam tu, Mummy ikut jelah sebab doktor lebih tau apa yang terbaik untuk kita. Selain itu doktor juga sarankan Mummy minum susu 2 kali sehari untuk kebaikan ibu dan anak.

 So petang tu balik je dari kerja kami singgah Alamanda untuk cari susu Anmum. Susu Anmum Materna ada 2 jenis perisa, perisa original dan coklat. Mummy lagi suka minum susu Anmum Materna berperisa original sesuai dengan tekak Mummy. Time pregnantkan Daniael Mieqael pun Mummy minum susu ni, Alhamdulillah semuanya okay..;D
 
 Buat ibu yang mengandung, sistem penghadapan yang baik adalah penting. Anmum Materna ni sangat sesuai buat ibu-ibu yang mengandung. Sebab nutrisi yang terkandung dalam susu ni cukup lengkap buat anak yang dikandung. Probio DR10 dan Prebiotik kini dilengkapi. Lebih berkhasiat dan semakin menjadi pilihan ibu-ibu di malaysia begitu juga dengan Mummy. Setiap kali Mummy minum susu Anmum Materna ni Mummy rasa bertenaga je setiap hari..;D

 Kawan-kawan semua doakan Mummy terus kekal sihat sepanjang mengandung ni ye. 
Selamat berpuasa dan selamat berhujung minggu semua..Tata ;')


24 comments:

  1. SYOKNYA MUMMY CUTE NI.. MAMA DULU TAKLEH MINUM ANMUM SEBAB KENCING MANIS.. :)

    ReplyDelete
  2. i love anmum materna.hehehehehhehe.
    enjoy your pregnancy moment fren

    ReplyDelete
  3. awk ni berseri2 je wpun preggy. xde simptom2 morning sickness ke?

    ReplyDelete
  4. semoga dikurniakan kesihatan yg baik ye supercutemummy.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. Salam wina, tahniah! moga dilindungi Allah..take care,
    hurm.. i akan selalu mengunjungi Hospital Putrajaya... u direct check up Hospital Putrajaya ke? tak kene ke Klinik ke?

    ReplyDelete
  6. :) HAPPY HAPPY HAPPY....

    semoga mummy n baby sihat...

    slm 7 ramadhan :)

    ReplyDelete
  7. Berseri-seri muka mak yung nih.

    Take care yer mummy.

    ReplyDelete
  8. kandungan kite lebih kureng je kn..

    wina susu anmum tu ok ye?ana nk try la..masa aryan dulu xleh telan la susu tepung..last mnum susu fresh milk dutch lady je..tu pun kena sejuk..klu x, xleh telan gak..hihih
    igat nk try anmum perisa coklat..ok x?

    ReplyDelete
  9. kurusnya mummy 49kg je,, mama isha ni yg gemokss tak kurus..hehe
    seronok kan bile scan perut tu..mama isha like!

    ReplyDelete
  10. syok pulak tgk win gi check up semua...

    eh, nampak macam dah berisi jek muka tu? hihihihii

    ReplyDelete
  11. saya tak suka minum susu tepung. walaupun perisa coklat. sian kat baby saya dl mama nya tak suka minum susu.

    ReplyDelete
  12. btol la mummy daniel yg lia nmpk smlm kat hosp... nk tegur segan he3... tp mmg la cute sgt orangnyer....

    ReplyDelete
  13. Mama Aleen :
    Doktor yang tak bagi ke apa? kakak Mummy masa pregnant dulu boleh je minum, dia pun ada kencing manis juga.Takpelah mama asalkan anak mama sihat..;D

    Nazirah :
    Comel je awak ni kan..hehehee
    Thank you..;D

    Suerye qistina :
    Alhamdulillah Mummy tak pernah alami morning sickness tu. masa pregnantkan si mata bulat tu pun Mummy tak kena.

    Chekgu :
    Terima kasih..;D

    eMME :
    Wsalam. awak pregnant juga ke? Mummy checkup kat klinik presint 9 masa minggu ke 10 nanti time buka buku pink tu.

    Naniey :
    Terima kasih. salam ramadhan juga..;D

    Fiza :
    Opsss! nampak berseri2 ke? Terima kasih..hee

    Tengku :
    Aah bulan yang sama..hehe

    Susu anmum memang bagus untuk ibu dan anak. Nanti awak trylah perisa coklat tu ok kot. Belajar minum perlahan2 insyaAllah boleh.Susu fresh milk dutch lady tu ok juga tapi kalau dapat minum susu anmum lagi bagus sebab khasiatnya banyak tau..Nanti awak try ye..;D

    Ieedaz :
    Masa takde isi bolehlah kurus2 sekarang ni dah tak boleh dah..;(
    Mummy tak berapa sukalah nak scan2, Mummy geli sebenarnya benda tu gerak2 kat atas perut kita..hehehe

    Wina :
    HAHAHAHA. Wina sorang je yang perasan kan..memang dah gemuk pun..hehehe

    Mummy Danisha :
    Rindu ye, sabar2 insyaALLAH Rezeki awak ada..;D

    ReplyDelete
  14. Asfaliza :
    Takpelah mama. kadang-kadang ada orang macam tu tak boleh nak minum susu tepung. Tapi anak mama sihat kan. itu yang paling penting, jangan sedih2 pula tau..;D

    Lia :
    Alamak malunyaaaaa! kenapa lia tak tegur je.Lia duduk kat mana,sebelah kita ke? Lia checkup kat hospital putrajaya juga ye. Macam mana baby ok tak?

    Lain kali tak perlu malu2 tegur je tau..hehehe..;D

    ReplyDelete
  15. akak...akak duk putrajaya ke?? ehheheee..ingat akak keje kat sabah sebab orang sabah cantik2 :)

    ReplyDelete
  16. Adylia :
    Akak memang orang sabah tapi kerja kat putrajaya.akak kahwin dengan orang kl so terpaksa ikut husband datang sini..;D

    ReplyDelete
  17. salam..

    huhu,,lepas gugur hari tu takut dah nk mengandung lagi..sob sob sob

    ReplyDelete
  18. dari aku semoga mummy sehat selalu dan dilindung Allah beserta keluarganya dari segala penyakit.. aamiin..

    ReplyDelete
  19. Kakak doakan Wina terus sihat hingga baby lahir. Kakak dulu semua di hospital swasta so tak ada kad-kad macam tu. Just pergi sana nanti ada file kita. Cuma bila scan negetif tu dia print dan bagi kita..

    ReplyDelete
  20. win....nape gi checkup kat hospital?

    ReplyDelete
  21. kat pjaya??nurulpun kat pjaya jugak..eh nape kena checkup kat sepital?bukan klinik jer ke?ada prob??

    ReplyDelete
  22. dr cabot fatty liver diet dr cabot fatty liver diet dr cabot fatty liver diet

    my page - can silymarin cure fatty liver

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page