HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 6 July 2012

Daniael Mieqael Mengamuk

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua

Kawan-kawan Mummy semua hari ini apa khabar? Harap semuanya sihat dan sentiasa ceria.
Semoga apa jua urusan kita hari ini semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan..InsyaAllah.
Ok 2 hari lepas Mummy sangat-sangat sibuk dengan exam.
Kali ini Mummy exam untuk kenaikan pangkat pula, insyaAllah dengan izinNya boleh lulus.
Sepanjang Mummy exam Husband pula pergi outstation ke Pangkor
So tinggallah Mummy dengan Daniael Mieqael tanpa gurau senda Husband tercinta.

Kalau kawan-kawan nak tahu, setiap pagi kalau kami tengah bersiap-siap nak pergi kerja
Daniael Mieqael pun sibuk nak bersiap tau, dialah antara orang yang paling sibuk sangat pagi tu
mengalahkan Mummy Daddy pergi kerja pula..hehehe. Macam-macam yang dia nak kita buat untuk dia,
minta dukunglah, nak minta kita bawa dia keluar jalan-jalan kat luarlah, nak kena layan dia potpetpotpetlah, nak ajak bermainlah, nak minta itulah nak minta inilah macam-macam lagilah.
Kalau banyak masa takpe juga bolehlah layan dia sekejap tapi kalau dah lambat macam mana..
Adoiii sabar jelah. -___-".

Tapi dalam hal ni, selalunya Daddylah yang paling rajin layan Daniael Mieqael,
Tak sampai hati pula dia tengok anak kesayangan dia tu mengamuk sorang-sorang
biasalah anak Daddylah katakan..hehe. Takpe Daddykan lelaki kalau nak bersiap pun sekejap je,
Mummy lainlah macam-macam nak kena buat so faham-faham jelah kan..hee. Kalau Mummy dah selesai,
Mummy pula yang kena layan dia sementara Daddy bersiap-siap.
 Tapi kali ni tiada siapa nak layan dia. Daddy pula takde.
Apa lagi mengamuk sakanlah si mata bulat ni..HAHAHA


Mula-mula ok je buat muka comel-comel je dengan Mummy
Sebab time ni Mummy masih rajin nak layan..hehehe

" Mummy nampak cantiklah hari ini..hehehe "
" Daniael Mieqael nak keluar jalan-jalan boleh tak Mummy? "

Time ni Mummy dah malas nak layan sebab Mummy perlu bersiap secepat yang mungkin
Daniael Mieqael pula dah mula bosan sebab tiada orang nak layan dia
 
Bila Mummy taknak layan apa yang dia nak, mulalah nak buat hal
nak gigit sana sini, sengajalah tu nak dapatkan perhatian Mummy
Tapi Mummy tetap tak layan..kejam tak hehehe

  " Alah Mummy ni sombonglah, kita nak keluar jalan-jalan pun tak boleh "
 "Mummy bolehlah Mummy.."

" Mummy dengar tak Daniael Mieqael cakap ni? "
" Mummy tak Sayang kita lagi ke? "
( Hahaha Daniael Mieqael dah start meragam..huhhuhu )

" Mummy ni sampai hati tau.."

" Mummmmmyyyyyyy!!!!..."
" Daniael Mieqael nak keluar jalan-jalannnnnn..."

Ahhhhhhh!...nak keluar! nak keluarrrr!

( Hahahaha...time ni Daniael Mieqael memang mengamuk sakan
Mummy pujuk pun tak nak dah, menangis terussssss..hahahaha ;D )







16 comments:

  1. haih...ngamuk aje die tauu

    ReplyDelete
  2. mummy kene g keje la baby,nnt nak beli toys daniel bebyk

    ReplyDelete
  3. Maryam :
    Manja sangat, macam tulah jadinya..hehe

    Nazirah :
    Kalau dia faham takpe jugak. Masak Mummy layan perangai dia manja sangat2..

    ReplyDelete
  4. alolo.. siannye.. sampai da mengigit geram sgt.. :)

    ReplyDelete
  5. amik exam kpsl jugak ka? sama la kita... tapi anis amik bahagian 2 ja... hehehe... sian mikael.... nagis sorang2 mummy dia x layan...huhu

    ReplyDelete
  6. Kena kurung tu dia tak boleh tahan Wiena. Kalau turunkan mesti dia enjoy...

    ReplyDelete
  7. alahaii comelnye diaa...mata bolat ehehe..sian dia takde sape nk layan..
    sama la sy amik exam kpsl gak.. ^_^

    ReplyDelete
  8. Alo..lo..lo...tomeinya. Sian dia mommy tak layan yer.

    ReplyDelete
  9. comelnyeeeeeee budak ni ngamuk... hehehe

    ReplyDelete
  10. heheheehe..sungguh comel dia merajuk. my bam bam klau letak dlm katil dia tu, ngamok terus2an. fuhh..puas nak pujuk..

    ReplyDelete
  11. ya allah..mata dia!!

    geramnye dgn budak nieeee

    ReplyDelete
  12. hahahahhaa cute jek...mummy ni ambik gambo jek tau...tak dokkong ponnn! hahahahaha

    ReplyDelete
  13. Hi, thats one real cut boy you have there. Looks like he has his lovely mummy's eyes too.
    Have fun, kids grow very fast.
    Keep a song in your heart and have a great week.
    Lee.

    ReplyDelete
  14. haha..kesian dia~ :p

    kadang2 tak leh ikutkan sangat kan? hehe~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page