HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Monday, 23 July 2012

Panduan Ibu Hamil Berpuasa


BAGI wanita yang mengandung tentu mempunyai banyak persoalan sama ada kehamilan dan berpuasa mempunyai kesan sampingan terhadap bayi mereka. Umum mengetahui bahawa Islam memperuntukkan pengecualian berpuasa semasa bulan Ramadan ini kepada golongan tertentu, antaranya:
1. Wanita yang kandungan mereka mencapai trimester ketiga (tiga bulan terakhir) dan akan melahirkan anak pada bila-bila masa atau mana-mana minggu di mana mengandung dan berpuasa membahayakan kesihatan, mengikut doktor yang merawat mereka.

2. Wanita yang menyusukan anak

3. Wanita yang sedang haid

4. Wanita yang mengalami nifas (dalam pantang bersalin)

KEHAMILAN merupakan suatu perubahan fisiologi wanita yang berlaku untuk tempoh sembilan bulan dan disusuli dengan tempoh berpantang. Kebetulan masuk bulan Ramadan, wanita yang hamil juga ada kalanya ingin menjalani ibadah tersebut. Namun, terdapat beberapa aspek perlu difahami mengenai amalan berpuasa di kalangan wanita yang sedang hamil. Jika berpuasa dikhuatiri akan menjejaskan kehamilan, maka seseorang bolehlah untuk tidak berpuasa. Ada beberapa panduan untuk ibu hamil yang ingin berpuasa

1. Sebaik-baiknya sebelum ibu hamil mengambil keputusan untuk berpuasa, mereka perlu mendapatkan nasihat doktor masing-masing sama ada boleh berpuasa atau sebaliknya. Kesihatan janin semasa ibu mengandung boleh dilihat dari dua segi iaitu pemakanan ibu dan gangguan metabolisme badan ibu. Sebelum melaksanakan ibadah puasa, berbincanglah terlebih dahulu dengan doktor peribadi antenatal anda kerana beliau lebih mengetahui akan sejarah kandungan dan juga sejarah kesihatan anda. Berkemungkinan doktor menasihati agar anda tidak berpuasa sekiranya menghidapi penyakit kencing manis yang memerlukan rawatan insulin, darah tinggi dan juga mengalami permasalahan dengan sistem pencernaan terutamanya loya dan muntah semasa awal mengandung. Sama ada berpuasa atau tidak, pemakanan sihat sangat mempengaruhi perkembangan janin dan bayi yang bakal dilahirkan.

2. Wanita yang mempunyai masalah seperti kencing manis kronik, darah tinggi, masalah ulser, sistem pencernaan dan sebagainya, mungkin dinasihatkan doktor agar tidak berpuasa.

 3. Ibu hamil memerlukan air yang mencukupi, sekurang-kurangnya dua liter setiap hari (bersaiz empat botol kecil air mineral atau lapan hingga 10 gelas) bagi membantu mengurangkan dehidrasi atau kekeringan.

4. Ibu hamil juga disyorkan melambatkan waktu bersahur kepada jam terakhir sebelum imsak serta tidak melambat-lambatkan berbuka apabila sampai waktunya bagi membantu mengurangkan tempoh berpuasa kepada hanya perlu sahaja.

5. Sesetengah ibu hamil yang berpuasa mengalami ketosis iaitu masalah yang berlaku dalam keadaan kelaparan yang lazimnya terjadi apabila berpuasa melebihi 16 jam terutamanya bagi wanita yang mempunyai penyakit kencing manis ataupun penyakit kurang zat makanan. Situasi tersebut akan menghasilkan bahan ketone yang mungkin boleh memberi kesan negatif kepada wanita dan perkembangan janin dikandungnya.

 6. Jika ibu yang hamil sedar, mereka sememangnya tidak mengambil keperluan pemakanan yang mencukupi dan tidak bermaya, atau mengalami simptom-simptom hipoglisemia iaitu kekurangan gula dalam darah dan pening kepala, berpeluh-peluh dan sebagainya, mereka dinasihatkan berbuka puasa.

Perubahan kehamilan untuk menyesuaikan diri ketika berpuasa.
* Trimester pertama (tiga bulan pertama kehamilan).
Petanda-petanda morning sickness seperti tekak loya, pening kepala dan tidak berselera makan.
Pilih makanan bersesuaian dan kurang mengambil makanan berminyak serta gandakan meminum banyak air.
Pengambilan pil asid folik pula pada sebelah malam dan bukannya sewaktu bersahur supaya kesan sampingan seperti berasa loya dan bau ketika sendawa.

* Trimester kedua (bulan ke-4, 5 dan 6 kehamilan)
Pada waktu ini morning sickness dijangka telahpun reda, namun berlaku penurunan tekanan darah dari paras biasa menyebabkan ada yang mudah pitam terutamanya jika berdiri untuk tempoh yang lama. Minum air yang mencukupi selepas berbuka puasa serta tidak berdiri lama dapat mengurangkan masalah ini.

* Trimester ketiga (bulan ke -7 hingga kelahiran)
Wanita lebih mudah penat apabila bergerak akibat saiz kandungan yang semakin besar. Banyakkan berehat dapat membantu.

Gambar kenangan semasa mengandungkan Daniael Mieqael 7 bulan

Panduan ibu hamil berpuasa ni Mummy copypaste je daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Mungkin di luar sana ramai yang masih ragu-ragu sama ada nak berpuasa atau sebaliknya. Panduan ini juga sebenarnya untuk Mummy sendiri. Senang tak payahlah orang lain nak paksa-paksa sebab kita bukan suka-suka hati tak nak berpuasa. Kalau boleh dan seboleh-bolehnya Mummy nak berpuasa juga macam orang lain sebab Mummy jenis yang malas nak ganti-ganti puasa. Tapi nak buat macam mana, lagi-lagi dalam keadaan trimester pertama ni Mummy perlu jaga betul-betul kandungan Mummy. Sebab kandungan Mummy masih tak cukup kuat lagi, baru je 6 Minggu macam-macam boleh berlaku. Doktor pun ada nasihatkan supaya Mummy perlu berhati-hati dan buat masa ni jangan berpuasa takut membahayakan kesihatan ibu dan anak. Tapi orang ni tak faham-faham, biarlah orang ni nak cakap apa pun lantaklah! Mummy bukan sengaja pun atau malas nak berpuasa. Bukan dia yang mengandung pun, kalau cakap je memanglah senang. Tapi dia tak rasa apa yang kita rasa dan tanggung semasa mengandung ni. Biarlah, suka hati kaulah nak cakap apa pun. Apa saja amalan yang Mummy buat sama ada baik mahupun yang kurang baik biarlah Mummy dan Allah saja yang tau itu lagi penting. Tak payah nak kecoh-kecoh nak paksa-paksa pula, dalam islam pun tiada paksaan. Oopsssss! Mummy terlebih marahlah pula. Minta maaf kawan-kawan, Mummy tiada niat nak marah-marah di bulan mulia ni.
Sekadar berkongsi rasa je. Alhamdulillah Mummy dah ok. Selamat berpuasa semua..TATA! ;D





16 comments:

  1. selamat berpuase.last year sy puase ms tu perut tgh boyot.heheheheheheh

    ReplyDelete
  2. sabar je la.. mmg ada yang tak faham situasi kita... hope mummy n baby sihat2 eh puasa ni

    ReplyDelete
  3. Dulu masa preggy my son thn 2005 Mmg x poser sbb ms tu dh 9 bln...perut Mmg x thn...lepas tu Kena ganti poser sbln juga la....but ms bf tu alhamdulliah ok...ganbare be mummy

    ReplyDelete
  4. So cane ngan mummy cute nih? agak-agak dapat pose penuh ke? tak tahan, jgn dipaksa takot mudarat plak.hehee... Selamat berpuasa!

    ReplyDelete
  5. Wina mcm ne? setakat ni penuh k?
    ana 1st puasa ok..tp lepas berbuka ambik ko sakit kepala..suda nyer terbaring dr kul 8 - 11 mlm..tahan tak nak muntah gak la..

    2nd posa, xleh..xtahan dh masuk angin sume..so takut memudaratkan, buka posa kul 12 tu..

    Hari ni hrap dpt bertahan..

    ReplyDelete
  6. kalau memudaratkan mmg kene berbuka. yg penting kesihatan perlu dijaga. Islam itu mudahkan!

    ReplyDelete
  7. marah betui mummy nie..tak elok2 marah2 tau

    ReplyDelete
  8. Harapnya Wina ok dibulan puasa ini. Kakak doakan yg terbaik buat mereka yg mengandung dan harapnya boleh bertahan...

    ReplyDelete
  9. comel je mummy preggy..sama cam saya dulu preggy kyra time posa..seb penuh posa..
    pssttt dulu mummy nk beli barbie doll ek..skali kuar bb boy..ekekeke

    ReplyDelete
  10. Nazirah :
    selamat berpuasa juga!
    awak dapat puasa penuh tak? harap2 ramadhan kali ni Mummy kuat..;D

    Asfaliza :
    Terima kasih. semoga semuanya selamat..;D

    Lady ;
    samalah masa first baby tu Mummy tengah sarat mengandung 9 bulan lebih juga memang tak terdaya nak berpuasa. dekat sebulan jugalah nak ganti..hehehehe

    Mummy chubby :
    Tengah cuba bertahan..insyaALLAH boleh..;D

    Tengku :
    Ya Allah apa yang awak rasa sama je macam yang saya rasa. harap2 kita boleh bertahan ye..hehehe

    ReplyDelete
  11. Asmara :
    Betul. Terima kasih my fren..;D

    Salmie :
    Tak marah geram je..heheheeh

    Kak zakie :
    Terima kasih kakzakie..;D

    Syima :
    wah bestnya awak dapat berpuasa penuh..tahniah!
    ahah masa kali pertama mengandung memang nak sangat baby girl..hehehe

    ReplyDelete
  12. berhubung aku laki2,jadi mensupport saja kepada smua wanita hamil, agar selalu sehat,,, ^_^

    ReplyDelete
  13. Slamat berpuasa yer mummy! Moga sehat2 aje k

    ReplyDelete
  14. Lukman Hakim :
    Rajin awak follow blog Mummy ni kan, terima kasih Mummy sangat hargai. selamat berpuasa!

    Ieedaz@mama isha:
    Terima kasih mama. selamat berpuasa juga..;D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page