HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Tuesday, 14 August 2012

Zakat Fitrah


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua
 


Alhamdulillah minggu lepas Husband dah bayar Zakat Fitrah untuk kami sekeluarga.
Kawan-kawan Mummy pula macam mana dah bayar zakat fitrah tak? Kalau dah bayar awal-awal tu Alhamdulillah. Tapi yang tak bayar lagi tu jangan risau masih ada masa lagi, 
yang penting kena jalankan tanggungjawab masing-masing okay. 
Sebagai panduan bersama Mummy share tentang Zakat Fitrah dan
Jadual Zakat Fitrah untuk tahun 2012.

Kadar Zakat Fitrah 2012


MAKNA
Zakat Fitrah ialah zakat badan yang diwajibkan ke atas semua orang Islam tanpa mengira umur dan di mana sahaja mereka berada untuk menyempurnakan ibadat puasa bulan Ramadhan dan ianya dikeluarkan mengikut kaedah dan peraturan tertentu .

Benda yang dijadikan zakat fitrah ialah makanan utama sesebuah negara seperti beras di Asia , gandum di Eropah dan sebagainya .

Kadar yang diwajibkan bagi setiap orang ialah satu gantang Baghdad menyamai kira-kira 3 1/ 8 cupak malaysia atau 3 ¼ liter atau 2.56 kilogram .

DALIL WAJIB ZAKAT FITRAH
Diriwayatkan oleh As-syaikhani dari Ibnu Umar r.a beliau berkata yang bermaksud : " Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat fitrah bulan Ramadhan sebanyak satu sa' kurma atau satu sa' gandum keatas setiap orang yang merdeka , hamba lelaki atau perempuan, besar atau kecil dari kaum muslimin" .

HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT FITRAH
Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Ibnu Abbas r.a beliau berkata yang bermaksud : " Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat fitrah untuk membersihkan orang yang berpuasa dari perkara ( percakapan / perbuatan ) yang lagha dan tidak ada manfaat .

Untuk memenuhi keperluan orang -orang miskin dan mengelakkan mereka daripada meminta-minta yang boleh menjatuhkan maruah dan air muka mereka berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang dikeluarkan oleh Al-Hakim yang bermaksud : " Hindarkanlah mereka daripada meminta-minta pada hari ini" .

Menimbulkan rasa kasihan dan kasih sayang terhadap orang-orang miskin yang merupakan saudara kita semua sebagai umat Islam yang berkasihan kerana Allah .

Memberi peluang kepada orang-orang miskin untuk menikmati dan berkongsi kegembiraan Syawal .

SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH
Orang yang mengeluarkannya mestilah Islam dan merdeka .

Mempunyai kemampuan harta yang lebih daripada keperluan utama seperti makan minum, pakaian dan tempat tinggal bagi dirinya sendiri dan orang lain yang dalam tanggungannya termasuklah binatang ternakannya pada malam dan siang hari raya .

Wajib zakat setelah tenggelam matahari akhir bulan Ramadhan. Ianya tidak wajib keatas :
1- orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramadhan .
2- kanak-kanak yang dilahirkan selepas terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramadhan .
3- orang yang baru memeluk Islam selepas terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramadhan .

Juga tidak wajib keatas seseorang suami membayar zakat fitrah Isteri yang dikahwininya selepas terbenam matahari pada hari Akhir bulan Ramadhan .

WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH
Waktu harus - awal Ramadhan sehingga hari akhir Ramadhan
Waktu wajib - terbenam matahari pada hari akhir Ramadhan
Waktu afdal - selepas solat subuh hari raya sehingga sebelum Didirikan solat hari raya .

Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah dari Ibnu Abbas r.a yang bermaksud : " Rasulullah S.A.W mewajibkan zakat fitrah kerana membersihkan dosa orang-orang yang berpuasa dan memberi makan kepada orang-orang yang miskin . Sesiapa yang menunaikannya sebelum solat hari raya maka zakatnya diterima dan sesiapa yang menunaikannya selepas solat maka zakatnya itu merupakan sedeqah" .
Waktu makruh - selepas solat hari raya tetapi sebelum terbenam matahari pada hari raya pertama .
Waktu haram - selepas terbenam matahari pada hari raya tanpa sebarang halangan dan keuzuran .

NIAT MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH
i.Bagi diri sendiri - " Inilah wang harga beras fitrah bagi menunaikan zakat fitrah yang wajib bagi diriku pada tahun ini kerana Allah Taala" .
ii. Bagi diri sendiri dan tanggungan - " Inilah wang harga beras fitrah bagi menunaikan zakat fitrah yang wajib bagi diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Taala" .
iii. Sebagai wakil - " Inilah wang harga beras fitrah bagi menunaikan zakat fitrah yang wajib keatas ( sebut nama orang yang mewakilkannya ) yang mewakilkan kepadaku menunaikannya pada tahun ini kerana Allah Taala" .

GOLONGAN YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT
Berdasarkan firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 60, dapat disimpulkan bahawa golongan yang berhak menerima zakat sebanyak lapan golongan ( asnaf ) :
· Faqir
· Miskin
· Amil
· Muallaf
· Hamba yang hendak merdeka dengan bayaran
· Orang yang berhutang
· Orang yang berjuang pada jalan Allah
· Ibnu sabil ( orang yang sedang musafir bukan untuk maksiat dan mengalami kesengsaraan atau putus perbelanjaan )

GOLONGAN YANG TIDAK BERHAK MENERIMA ZAKAT
· Orang kaya - harta , tenaga dan penghasilannya .
· Hamba yang mendapat nafkah, upah dan tanggungan tuannya ( majikan ) .
· Keturunan Rasulullah S.A.W ( keturunan Bani Hashim dan Bani Abdul Muttalib
· Orang kafir · Orang yang dalam tanggungan penjaganya .

HIKMAH MENGELUARKAN ZAKAT
i. Dapat mensucikan diri dan jiwa dari sifat-sifat mazmuzah ( tercela ) seperti kedekut, hasad dengki, sombong, takabbur, pentingkan diri sendiri, cintakan dunia dan sebagainya .
ii.Membentuk akhlak mahmudah ( mulia ) seperti infaq, sedeqah, cintakan akhirat, kasih dan simpati terhadap orang yang tidak bernasib baik dan miskin dan sebagainya .
iii Mengembangkan harta dan mensucikannya .
iii.Merupakan manifestasi terbesar syukur diatas nikmat Allah Yang Maha Kaya .





19 comments:

  1. saya sudah~~awal ramadhan da bayar~keh keh~

    ReplyDelete
  2. we ouls pun dah settle bab zakat fitrah ni..yg wajib patut buat dulu kan..:)

    ReplyDelete
  3. hubby saya dh setel last week..hehe..almdulillah..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Settle sudah..
    Siap ada penerangan.. :) nice sharing MC

    ReplyDelete
  5. kami da settle lps Mr Fallah baca n3 lia ptg smlm ha3

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...
    Mummy pon dah byr gak awal ramadhan.setel tanggungjawab.he he he

    ReplyDelete
  7. alhamdulilah...dkna pon dah bayar :)

    ReplyDelete
  8. Abang bayar awal-awal lagi wina. Kami 5 beranak. Wina baru 3 dan tahun depan dah 4 kan insya-allah:)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, en.hubby dh tunaikn minggu prtama ramadhan.

    ReplyDelete
  10. saya sebelum kawen, abang yg tolong settlekan satu family.sejak kawen, husbnd plak la kan yg take over..alhamdulillah, dah selesai dah pon utk tahun ni..=)

    ReplyDelete
  11. Alhamdullillah.. hubby akak dah bayarkan utk weols sekeluarga..

    ReplyDelete
  12. Family ros belum... Ekekek... :) tahun depan nak btambhla bilangan yer :p hihihi

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah..dah selesai semuanya kan.. Ros pun, asbend dah bayarkan dah...

    ReplyDelete
  14. hubby nurulpun dah bayar=)hehe..salam lebaran buat mummy sekeluarga

    ReplyDelete
  15. Terima kasih semua! Alhamdulillah kita semua sudah menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk membayar zakat fitrah tahun ni..

    Ros :
    Takpe ros ada masa lagi.kalau sempat bayarlah, kalau tak sempat bertambahlah untuk tahun depan pula..hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page