HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Tuesday, 11 September 2012

Pregnancy Checkup - Minggu Ke-13

Assalamualaikum semua! 


Semalam Mummy pergi buat pregnancy checkup untuk minggu ke-13
di klinik kesihatan putrajaya presint 9, ditemani Husband tercinta.
Ini bererti kandungan Mummy dah 3 bulan 1 minggu,
rasa berdebar pun ada tunggu 6 bulan je lagi..huhuhhu
Macam biasa, macam-macam prosedur perlu di lalui check air kencing,
tekanan darah, berat badan (oh tidakkk! berat Mummy naik 2kg lagi..)
Dan yang paling menakutkan ambil darah..sob..sob..sob..
Hampir-hampir nak pitam jugalah semalam sebab Mummy sangat takut dengan jarum..;(
Selepas prosedur biasa selesai barulah jumpa doktor pula untuk check itu ini
dan yang paling best dan tak sabar-sabar masa nak scan baby..hehehe
Setiap kali nak pergi buat pregnancy checkup Mummy paling excited nak scan baby
Rasa macam tak sabar je nak tengok baby dalam perut ni..
Selepas doktor scan dan tengok perkembangan baby,
Doktor cakap semuanya okay, baby pula semakin aktif, Syukur Alhamdulillah...

Patutlah Mummy selalu rasa macam ada je yang bergerak lembut dalam perut ni
Rupanya adik Daniael Mieqael semakin aktif, dah pandai tendang-tendang Mummy..bahagianya!

Minggu ke-12
Akhir trimester pertama, organ-organ tubuh bayi sudah terbentuk. Ukuran fetus sekarang lebih kurang sekitar 8cm. Semua organ vital byi sudah terbentuk. Otak juga sudah dapat berfungsi. Dengan signal dari otak, otot akan memberi respons dan tindak balas. Bayi sekarang boleh menendang!

Minggu ke-13
Pada minggu ini, panjang bayi adalah sekitar 7.5cm. Trakea, paru-paru, perut, hati, pankreas, dan usus sudah berkembang ke fungsi terakhir. Pita suara juga mulai terbentuk. Tunas gigi muncul sebanyak 20 batang gigi bayi. Pada minggu ke-13 ini juga jari tangan dan tapak kaki bayi sudah mula kelihatan dengan jelas!

Masa Mummy post gambar ni dalam facebook
Ramai kawan-kawan Mummy yang terkejut dan tertanya-tanya
Kandungan Mummy baru je 3 bulan tapi perut dah nampak besar..
Entahlah Mummy rasa macam biasa-biasa je, Mungkin Mummy kuat makan kot
Itu yang perut nampak besar tu..hehehe







17 comments:

  1. Berseri² muka mummy ☺☺. Peyot dah nampak, beso gak tu.

    ReplyDelete
  2. samela kite penakut jarum hehe...
    muka mummy berseri2 je... suke tgk.. moga sehat2 slalu ok..:)

    ReplyDelete
  3. kalau duduk mmg nampak besar kan.. klu berdiri rasanya x sebesar itu..yg penting bby & mummy sihat :)

    ReplyDelete
  4. berseri je muka mummy yek..besar jgk perutnya.mgkn psl duduk kot..

    ReplyDelete
  5. Mengandung memanglah perut besar. Tapi ada yg jenis tak nampak kan. Kalau kakak lagilah sebab jenis badan kecik mengandung 7-8 bulan dah susah nak drive. Tolak seat ke belakang kaki tak sampai, tolak ke depan perut kena stering...

    Moga sihat itu yg penting wieyna.

    ReplyDelete
  6. dear.......perut sgt cute.tak sabar nyer nak tngu adik mata bowlat.

    ReplyDelete
  7. Wah bestnyer.. Kejap je nnt dh 9bln.. Shery jenis kurus kot tu yg perut besar..xpun yg 2nd ni gegirl :) hihihi

    ReplyDelete
  8. MummyDaniasha :
    Betullah kawan2 Mummy cakap tu, perut Mummy nampak besar,takpe2 yang penting baby sihat..;D

    Fiza :
    Terima kasih. Tak lama lagi tambah besarlah ni..heheh

    Ieedaz :
    Awak pun takut jarum ke,comel je kita ni kan..hehe

    CikpuanHalia :
    Aah nampak besar sebab duduk kot..
    Terima kasih..;D

    Chekgu :
    Terima kasih. aah nampak besar sebab duduklah kot..;D

    Kakzakie:
    hahahaha..comel je kak zakie tau.
    Terima kasih kakzakie!

    Nazirah:
    Terima kasih. Mummy pun tak sabar nak tengok adik si mata bulat tu..hehe

    Ros :
    Aminnnn..aminnnnnn..

    ReplyDelete
  9. preggy no. 2 mmg perut nmpk besar sbb org kata dah ada ruang =)
    daniel tau tak dia bakal dpt adik?

    ReplyDelete
  10. ooo kalau mengandung mcm tu pulak yer gosip kawan2 opis..hehehe

    saya tengok pon biasa u..hehe tapi ok la mereka prihatin terhadap kita kan...

    btw, memang berseri2 wajah kamu... ;)

    ReplyDelete
  11. Salam, 3 bulan dah nampak ek perot dia... hehehe.. cute.. n u pun tgk cantik je.. anak perempuan kot, berseri2 je muka.. hehehe...

    ReplyDelete
  12. comei je ... mesti beby gegirl nih.. take care..

    http://hazlinashahrel.blogspot.com/2012/08/promosi-hebat-photoshoot-hari-raya.html

    ReplyDelete
  13. alahai kenapa la mummy ni kawaii sgt...geram tgk ngeee...
    moga virus preggy tue melekat kat ai plak IA

    ReplyDelete
  14. sebab mummy die kecik molek kot tu sbb bile perut berisi cpt nmpak..hehehehe..nway, saya pon sukeeee sgt part scan baby..teruja sgt tgk baby dlm kandungan kan..=p

    ReplyDelete
  15. aah mmg nampak besar kalau baru 3 bulan=)tapi seri ttp ado=)mummy g p9 ramai tak org?selalu sampai tgharikan?tak tgk lagilah ek jantina baby..moga dapat bby gurl=)

    ReplyDelete
  16. Wan Nurul Hezrina :
    InsyaAllah aminnnn..

    aah setiap kali checkup kat klinik p9 memang ramai sangat orang. kadang2 sampai 3 jam baru settle semua..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page