HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 14 September 2012

Rindunyaaa Abang Daniael Mieqael!

Assalamualaikum dan Salam Jumaat Semua..

Adoiiii rindunyaaaaa! Tiba-tiba rindu sangat dengan si mata bulat tu..
Waktu rehat hari jumaat pula sangat panjang, bosannya duduk kat ofis ni
Kawan-kawan yang lain semua dah balik, ada yang keluar jalan-jalan kat alamanda,
ada yang ambil anak kat sekolah, ada juga yang balik rumah semata-mata nak tidurrr..hehehe
Tinggallah Mummy yang tak tau nak buat apa nih..;(

Bila dah bosan-bosan macam ni Mummy nak update perkembangan si mata bulatlah
Sekurang-kurangnya taklah Mummy stress memanjang memikirkan itu ini 
Lagipun tak baik untuk kesihatan Mummy, tengok gambar anak bujang Mummy lagi best!
Tengok je gambar si mata bulat ni Mummy boleh tersenyum-senyum sendiri tau
Rasa macam happy je tengok gelagat anak bertuah ni
Tak sangka tahun depan Daniael Mieqael dah ada adik, bolehlah main bersama
Mummy dah terbayang-bayang apa yang akan berlaku tahun depan
 Mesti kecohlah rumah mama papa lepas ni. Daniael Mieqael yang seorang ni pun dah kecoh 
kalau dah ada dua cucu esok habislah..hehehe

Daniael Mieqael dah setahun, macam-macam gaya dah budak bertuah ni
Apa yang orang dewasa buat itu jugalah yang dia nak buat..comel je!

 Dan yang lagi comel kalau Mummy Daddy panggil je nama dia "Abangggggg!.."
Cepat je budak bertuah ni datang kat arah kitaorang, macam tau-tau je dia dah jadi abang..hahahaha
Alhamdulillah Daniael Mieqael dah mula menapak perlahan-lahan tanpa bantuan apa-apa
cuma masih tak yakin nak bergerak lebih, takut jatuh..hehehe

Daniael Mieqael sangat-sangat suka dengan surat khabar..
Dalam rumah tu tak kisahlah Daddy ke, mama papa ke atau 
siapa-siapa saja yang baca atau pegang surat khabar
Daniael Mieqael pasti nak join sekali, konon-kononnya nak baca jugalah tu..
Kadang-kadang kitaorang layan jelah.. -__-"



Buah hati Mummy Daddy yang semakin membesar bagai juara!

" Mummy Daddy Sayang Muhammad Daniael Mieqael
Lepasni kena jadi abang yang baik untuk adik tau..;D "



11 comments:

  1. comey sgt2.. waah.. da pandai jalan da..
    akak tak keluar lunch ke?

    ReplyDelete
  2. same goes with me. kdg2 tetiba je rindu kt anak2 kan. rase nk balik time tu jugak. huhuhu

    ReplyDelete
  3. Chekgu Azrine:
    Takdelah putih sangat, biasa2 je. Daniael Mieqael ikut warna kulit Mummy je.

    Naniey :
    Terima kasih. Akak malas nak keluar lunch sebab dah kenyang asyik makan je kat ofis ni..hehehe

    SueRya qistina:
    Betul tu, perasaan yang tiba-tiba datang dengan sendirinya, kalau layan sangat perasaan tu boleh buat Mummy rasa macam nak nangis je,sebab rindu sangatt kat anak..;p

    ReplyDelete
  4. comelnye lahai.. geram tgk.. nak picit pipi leh.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. Hi... Cutenya.. selamat berkenalan.. Jemput jenguk2 blog saya k.. Kalau sudi follow juga.. thank u..

    ReplyDelete
  6. Baru belajar jalan agak takut Wina. Nanti dah ligat tak terkejar mummy & daddy. Masa tu bila shopping kena masuk trolley, kalau tak letih nak mengejar tau:)

    ReplyDelete
  7. Julia :
    Terima kasih sudi singgah sini. i pun dah follow blog awak..;D

    Kakzakie:
    HAHAHAAH..comelnya! tak sabar nak tunggu saat itu..;D

    ReplyDelete
  8. makin nakal dia skang ye kak..hehe~ :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page