HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 5 October 2012

Nak Berdikari

Assalamualaikum dan Salam Jumaat Semua

Mummy sebenarnya dah lama nak update pasal pindah rumah ni
Tapi sebab sibuk sangat dengan hal lain maka tak sempatlah nak update.
2 Minggu lepas Mummy baru je pindah rumah kat putrajaya
Kemas rumah pun tak selesai lagi, banyak sangat barang kot
 itu yang tak settle-settle lagi..hehehe
 Mummy sekeluarga tak tinggal lagi di rumah mertua (Subang Jaya)
Mummy memang pindah terus, sedih juga sebenarnya
Nak dekat setahun jugalah Mummy tinggal kat Subang
Macam-macam kenangan indah dalam rumah tu
Tapi nak buat macam mana kan, takkan nak tinggal di rumah mertua lama-lama
Bila dah ada family sendiri lagi elok tinggal kat rumah sendiri kot
Susah senang biar kami suami isteri yang tanggung
Tak perlu menyusahkan orang lain, kan senang macam tu..
Lagi pun Mummy sebenarnya segan tinggal lama-lama kat rumah mama papa
Banyak benda yang Mummy terpaksa control, tak boleh buat suka hati je, malu tau!

Time ni Daniael Mieqael 4 bulan

Sepanjang Mummy tinggal dengan mertua
Alhamdulillah semuanya ok, Mummy dilayan seperti seorang puteri..hahahaha
Takdelah..Mummy dilayan macam anak sendiri
Tak perlu buat kerja pun, semuanya bibik yang uruskan 
Makan minum dan segala-galanya yang ada dalam rumah tu pun free
Malah barang keperluan Daniael Mieqael seperti 
Susu, diapers, makanan harian, pakaian, permainan, dan apa saja
semuanya mama papa yang belikan, kadang-kadang segan sangat tau.. 
Tapi bila fikir-fikir balik Mummy sebenarnya antara orang yang paling bertuah
Bukan senang tau dapat mertua yang baik macam ni
Kat luar sana macam-macam yang Mummy dengar pasal kes 
menantu dan mertua yang selalu bergaduh dan bermasam muka
Alhamdulillah  setakat ni tak pernah terjadi dengan Mummy..Syukur sangat-sangat


Mula-mula nak pindah rumah memang susah jugalah
Mertua tak nak bagi kitaorang pindah, sebab utama kesian kat si mata sepet ni
Siapa yang nak jaga?
 Makan minum dia terjaga ke?
 Selamat ke hantar kat rumah pengasuh?
Dan macam-macam soalan lagilah yang buatkan kami suami isteri 
tak sampai hati nak pindah sebab risaukan keselamatan anak tersayang..
Tapi sekarang okay sikit kot, walaupun mama papa berat hati nak lepaskan
tapi kami terpaksa juga berpindah, kalau boleh nak hidup berdikari
 Bukan apa, husband kan dah dapat kerja baru, so masing-masing kena pergi kerja sendirilah
Kalau sebelum ni Mummy boleh manja-manja lagi sebab husband hantar pergi dan balik.
Tapi sekarang ni tak boleh dah..;(  Mummy pula jenis yang tak suka menyusahkan mama papa
iyelah selalunya kalau husband outstation je, mama papa lah yang hantar pergi dan balik.
Kesian tau kat mama papa. kalau dekat takpe juga..ni jauh tau! (Subang - Putrajaya)
Sebelum ni Mummy dah pernah meroyan pasal hal ni Outstation lagi! sampai husband pening kepala..haha
So kesudahannya Mummy tak perlu menyusahkan mama papa lagi
Husband tercinta dah belikan kereta baru untuk Mummy..yahuuuuuuu!

Happy sangat dapat hadiah ni, Terima kasih Daddy!..;')

Tapi kan..tapi kann..hehehe
Mummy kena belajar memandu semula..hahahahaha
Dah 3 tahun tak bawa kereta kot, so Mummy kena belajar baliklah dengan husband..;p
Alhamdulillah sebulan belajar memandu akhirnya Mummy berjaya juga.. happy sangat!
Mummy start bawa kereta sendiri 24.09.2012 hari tu, berdebar jugalah pergi kerja..hehehe
Alhamdulillah pemanduan Mummy berjalan dengan lancar, husband pun bangga..hee ;p
Tapi bila dah bawa kereta sendiri macam tak bestlah pula
rasa macam sunyi sepi je, selalunya boleh ketawa sana sini dengan husband
tapi sekarang ni dah sendirian berhad pula dalam kereta..sob..sob..;(
Ahh! taknak sedih-sedih..Okeylah. tak mahu cerita panjang lagi. Nanti Mummy menangis pula.
Sekarang ni Mummy agak sensitif, mudah sangat nak menangis. hairan sungguh!
 Nanti cerita rumah baru Mummy update pada entri akan datang ya. Tata semua! ;D


30 comments:

  1. wah, mummy dapat kereta baru ye :) bestnya.. tahniah mummy.. drive carefully ye :)

    ReplyDelete
  2. wina pun pernah duduk dgn mertua jugak masa bru kahwin..mmg dilayan dgn baik tapi kite nak ade privacy jugak kan? ngeeeee

    wah tahniah ye mummy dapat kereta baru & tahniah jugak sbb dh belajar bawak keta balik ehehehhh

    hati² di jalan raya ye ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul..kalau boleh nak ada privacy juga..hehe

      Terima kasih.Mummy happy sangat berjaya bawa kereta..hehe

      Delete
  3. wah..bestnya dpt present keta dari husband..hehe..

    ReplyDelete
  4. bestnya keta baru, drive safely yea cute mummy...

    ReplyDelete
  5. sis,kene amik aura nih.sy pun takut nak drive huhuhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHA..hah cepat2 ambil aura kita, lepasni confirm pandai bawa kete..hehehe

      Delete
  6. Bau kereta baru sampai kat sini lah...hehehe...tahniah mummy, dapat keta baru..bestnya. Saya dulu hampir 7 tahun gantung lesen. Tapi sejak pindah office kat cyberjaya nih, nak tak nak kena drive juga. Memula memang takut, tapi lama2 dah expert..haha..

    Si mata bulat hantar mana? Ok tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mummy dah 5 tahun dapat lesen tapi takut nak bawa kete..hehe
      Alhamdulillah sekarang Mummy dah confident sikit tak perlu menyusahkan orang lagi..;D

      Delete
  7. Yeay! rezeki anak tu dapat kereta baru.drive carefully ye dear...

    ReplyDelete
  8. wah! untung la dpt keta baru...pape pon hati2 memandu kak!

    ReplyDelete
  9. Alhmdulillah..rezki bb..dpr rumah n kereta baru...syukur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki allah buat kami sekeluarga..

      Delete
  10. Pada kakaklah wieyna kalau kita tahu ambil hati pasti dgn MIL tak ada masalah. Sebagai anak kena menalah pun tak apa. Tak rugi.

    Duduk sendiri pun baik juga sebab keluarga pun dah nak bertambah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul tu kakzakie. lagipun keluarga kita dah bertambah, segan duduk lama2 kat rumah mertua..

      Delete
  11. tahniah sis!
    last year pun hubby saya hadiahkan kereta jugak sempena kelahiran bambam. alhamdulillah

    actually, tinggal di rumah sendiri lg bagus.
    sebelum ni, saya dah pernah merasa tggl serumah dgn bekas mertua.
    mcm2 kejadian berlaku wpun pd zahirnya nmpk seperti dilayan mcm tuan puteri.
    but, deep inside hanya Allah je yg tau. sob sob. huhuhu

    semoga dgn bakal kelahiran baby baru menceriakan lg kehidupan awk sekeluarga ye.
    rezeki anak namanye ni. hehehe :)

    ReplyDelete
  12. Yeke..mesti awak pun happy kan..

    Terima kasih..;D

    ReplyDelete
  13. keta autoker manual?hehehe kalu auto senangjer bawak.hehe hati2 memandu taw..

    ReplyDelete
  14. Mummy sebenarnya biasa bawa kete manual, tapi husband belikan yang auto pula..
    Mummy tak biasa bawa auto..hehehe

    tapi alhamdulillah mummy dah okay sikit..auto lagi senang nak bawa dari kete manual..

    ReplyDelete
  15. wah..bestnye..suami dpt keje baru, pastu dpt rumah baru, dapat kete baru lagi..hehe..

    kak, rumah kat putrajaya semua mahal2 kan? saya tgh cari rumah sewa area sana ni..huhu~

    ReplyDelete
  16. Alahai sayang, rumah baru tak beli lagilah, yang tu rumah lama masa Mummy bujang..hehe
    sori mungkin dalam entry Mummy salah tulis kot..

    Aah rumah kat putrajaya memang mahal2..

    InsyaAllah kalau Mummy n husband ada rezeki beli rumahlah kot, tapi buat masa ni tak fikir lagi..sebab rumah sekarang semuanya mahal2 tau..

    ReplyDelete
  17. putrajaya? anis pon dok putrajaya... nanti leh la kita jumpa kn??? hehehe

    wah bestnya dapat kereta baru... tarikh 24.09 tu pon sama ngan tarikh anniversary anis... ^_^

    ReplyDelete
  18. kita pun dapat keta gak waktu ngandung.. wah tiap2x ngandung pun best...

    ReplyDelete
  19. Nanti kalau awak perlukan tayar baru, cuba website http://mytayar.com

    Ada >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    ReplyDelete
  20. Nanti kalau awak perlukan tayar baru, cuba website http://mytayar.com

    Ada >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page