HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 25 October 2012

Selamat Hari Raya AidilAdha


 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua


Tak sangka begitu cepat masa berlalu..
Hari tu baru sahaja kita berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri
 Esok kita semua akan menyambut Hari Raya Aidiladha pula..best kan!
Okaylah Entry Hari raya Mummy ni sambil layan gambar Si Abanglah boleh kan.. ;')
 
Mungkin Mummy boleh ceritakan secara ringkas untuk kita memperingati
 Asal usul Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban.
Dimana Nabi Ibrahim telah mengikut perintah Allah untuk menyembelih anaknya sendiri.
Disebabkan taat dan bersedia mengikut perintah Allah, telah dia menyembelih anaknnya
Alangkah terperanjatnya yang disembelih oleh beliau adalah seekor kibas.
Hari Raya Aidiladha ini adalah untuk kita memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim
dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah.
Mesti korang semua pun dah tau cerita ni kan, so jangan lupa renung-renungkan tau..;)

 Semalam mesti dah ramai yang bercuti kan
Tapi Mummy masih bekerja dan tak cuti pun padahal esok dah nak raya..sob..sob ;'(
Tapi kat ofis ni ramai juga yang tak cuti so Mummy taklah stress sangat
sekurang-kurangnya ada kawan bergosip dan teman makan..hehehe
Raya Aidiladha tahun ni macam biasa, Mummy sekeluarga beraya kat rumah mertua je (Subang)
Dan InsyaAllah berkunjung ke rumah saudara mara Husband


Mummy tengok kat sini Hari Raya Aidiladha ni semua orang sambut macam biasa-biasa je
Kalau kat kampung Mummy (Sabah) Hari Raya Haji pasti disambut meriah seperti Hari Raya Aidilfitri.
 Kami adik beradik akan berkumpul macam biasa dan bersalaman
Dan paling penting kami akan ambil gambar sebagai kenangan di masa akan datang.
 Sebelah petang pula kami akan terjah rumah saudara mara yang lain untuk makan dan makan..hehe
Mummy rindu suasana macam tu walaupun nampak macam biasa je tapi best!


Tapi tahun ni Mummy tak dapat balik kampung
Mummy wajib beraya kat rumah mertua pula baru adil namanya
Kalau tak Husband merajuk pula asyik beraya kat kampung Mummy je..hehehe
Raya kat sini pun best juga boleh makan kambing bakar puas-puas..heee ;p


Mummy sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha
 kepada semua kawan-kawan alam maya Mummy
Semoga kita semua dapat beraya dengan gembira bersama family tersayang
Kepada kawan-kawan yang balik kampung dengan memandu, berhati-hatilah di jalan raya ye..
Mummy doakan semoga korang semua selamat pulang ke kampung halaman masing-masing.
Sebelum tu jom kita layan lagi gambar-gambar budak bertuah ni
Tata semua..;')






11 comments:

  1. salam aidiladha buat mummy sekeluarga juga ye. abg dah semakin besar dan encem la. hehehe

    ReplyDelete
  2. salam aidil adha buat mummy & family..moga ceria2 di hari raye yer..:)

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Aidiladha,mummy n famili..

    ReplyDelete
  4. Selamat Eid Adha. Semoga aidiladha kali ni memberi erti dan makna! Terbang dari sabahan hehe :')

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya u..
    alamak abang comel p tengok lembu tak? ehehe

    ReplyDelete
  6. Nak balik kampung wieyna jauh kan mana boleh sehari cuti. Tak apalah beraya di rumah mertua pun sama kan..

    Abang main songkok siapa tu sayang:)

    ReplyDelete
  7. Selamat hari raya AidilAdha buat akak sekeluarga. Taatnya Nabi Ibrahim A.S kepada Allah. Sanggup buat apa sahaja untuk sukakan Allah. Semoga ketaatan baginda menjadi contoh untuk kita dan semua umat..

    ReplyDelete
  8. salam aidiladha, salam perkenalan juga..sudah follow kamu...

    ReplyDelete
  9. cumilnyer dia..ni malam raya ker bilanie?hehe pakai baju tido..tak g tgk lembuker mikail?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page