HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Monday, 19 November 2012

Tips Pemanduan Selamat Bagi Ibu Hamil


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua


Hari ni Mummy nak share tips pemanduan yang selamat bagi ibu hamil
Mungkin ada yang tak ambil berat dan tak kisah pun pasal perkara ni kan
Selamba je macam orang tak pregnant memandu kan? Macam Mummylah kot..hehe..
 Mungkin ada juga yang terlampau ambil berat dan berhati-hati
 sampaikan nak memandu pun tak berani dan takut..macam Mummy jugalah kot..heee ;p

Gambar Hiasan

Kadang-kadang Mummy selalu terfikir
Selamat ke memandu ketika mengandung ni? 
Husband lagilah risau, setiap hari akan call tanya Mummy dah sampai ke belum ke tempat kerja
Kalau Mummy lambat sikit hantar sms atau call
husband mulalah risau semacam, call tak berhenti pula tu..hmmm
Padahal Mummy bawa kereta macam kura-kura.. itu yang lambat tu..hahahaha
So setiap kali sampai ke destinasi, Mummy akan call Husband 
Kalau tak pun husband yang akan call...
Alhamdulillah..setakat ini pemanduan Mummy berjalan dengan lancar dan tiada masalah
walaupun kandungan Mummy dah 5 bulan lebih.. syukur
 
Sebenarnya tiada masalah kot bawa kereta ketika mengandung. 
Yalah memandu ni dah kira satu keperluan dah untuk kita bergerak sana sini
 Takkan lah sebab mengandung..terus tak nak memandu pula, kesian kat husband kita tau
  Ibu mengandung boleh memandu tapi apa yang penting sentiasa berhati-hati ketika memandu
Memandu sendiri ni banyak kelebihannya, tak perlu menyusahkan orang lain
Kalau nak pergi mana-mana pun senang, bebas pun bebas kan..hehehe 

 Gambar hiasan

Pada trimester pertama dan kedua mungkin tiada masalah nak memandu sendiri
Tapi bila dah masuk trimester ketiga..perut pun dah membesar, macam mana nak pegang stereng?
Mummy dah boleh bayangkan kalau dah masuk 7 bulan ke atas rasanya dah tak boleh memandu kot
Kalau dah sampai tahap macam tu lebih baik suruh husband atau orang lain jelah bawa kereta
Takutlah..manalah tau tiba-tiba rasa sakit nak bersalin ke apa ke siapa nak tolong kita masa tu
Ehh! taknak..taknak..takuttttttttttt ;'(


 Langkah berjaga-jaga yang perlu diambil perhatian oleh ibu mengandung :

1) Pakai tali pinggang keledar dan pastikan tali pinggang keledar dipasang dengan betul. Pastikan tali pinggang torso yang menyerong diletakkan di antara payudara dan tarik tali pinggang riba ke atas paha, dalam keadaan mendatar di bawah perut. Jangan sesekali mengenakan tali pinggang pada perut mahupun atas perut, ia perlu dipakai di bawah perut dan separas dengan tulang paha. Ini penting supaya jika berlaku hentakan, perut yang ada baby kat dalam tak ditekan oleh tali pinggang tersebut.

2) Pilih tali pinggang keledar jenis yang mudah dilaras, yang membolehkan ia mengikut gerak tubuh (elastik) semasa terjadinya sebarang hentakan dan kejutan yang tidak terduga. Ini kerana ia mampu menyentak tubuh anda ke belakang semula tanpa rasa sakit.

3) Laraskan tempat duduk sewaktu memandu dan pastikan ia berada jauh dari stereng tetapi masih lagi memberi keselesaan untuk menekan pedal minyak dan brek. Ini penting supaya jika berlaku hentakan, stereng yang keras tidak menghentak perut. Jika perlukan extra perlindungan, boleh juga letakkan bantal kecil antara perut dan stereng supaya jika berlaku perkara yang tidak diingini, hentakan stereng tidak memberi impak yang kuat kepada perut.

4) Boleh juga letakkan car sticker yang memberitahu wanita mengandung sedang memandu supaya pemandu-pemandu lain boleh berwaspada dan berhati-hati ketika memandu berhampiran anda.

5) Pastikan penyaman udara kereta dalam keadaan baik supaya anda sentiasa berasa selesa dan nyaman sepanjang perjalanan.

6) Jangan memandu seorang diri kalau perlu memandu pada jarak yang jauh. Jika terpaksa juga memandu seorang diri, pastikan seseorang tahu ke mana anda pergi dan jalan yang anda gunakan. Selalu berhubung dan memberitahu keselamatan anda dan sebagainya kepadanya. Pastikan telefon bimbit berdekatan anda dan hands free disediakan setiap masa. Lagi baik kalau sediakan speed dial untuk nombor2 panggilan kecemasan.

7) Jangan memandu dalam jarak yang jauh tanpa berhenti rehat. Berhenti seketika untuk meregangkan kaki dan otot-otot yang terlibat. Berjalan seketika untuk elakkan kekejangan kaki dan membenarkan peredaran darah yang lancar.

8) Sentiasa sediakan sebotol air atau jus berhampiran anda untuk memudahkan anda meneguknya dengan kerap bagi mengelakkan dehidrasi.

9) Sentiasa sediakan sepasang selipar atau sandal yang selesa di dalam kereta untuk anda gunakan ketika memandu berbanding kasut biasa yang digunakan yang mungkin boleh mendatangkan ketidakselesaan bila guna dalam tempoh yang lama.

10) Patuhi undang-undang jalan raya. Pandu dengan selamat. Samada anda mengandung ataupun tidak, undang-undang jalan raya tetap sama.

11) Sebelum memulakan perjalanan, dapatkan maklumat mengenai hospital yang terdapat di sepanjang perjalanan yang ditempuhi terutama bagi perjalanan jauh. Sedikit sebanyak maklumat ini dapat membantu sekiranya tiba-tiba anda mengalami kontraksi dan bersalin tanpa dijangka. Jangan lupa sentiasa membawa bersama rekod antenatal anda ke mana jua anda pergi.

 12) Sebagai seorang Islam, sebelum memulakan perjalanan, sebaik-baiknya bacalah doa naik kenderaan dan juga Ayat Kursi agar perjalanan mendapat perlindungan daripada Yang Maha Pelindung.


Semoga tips ni memberi keyakinan kepada ibu-ibu diluar sana untuk terus memandu dengan lebih selamat dan berhati-hati. Tips ni untuk peringatan diri sendiri juga ..;)



26 comments:

  1. apa pun hati2 ye mummy cantik...
    asal daniel tak duk atas kerus mcm bwk kete tu... xsmpai ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih naniey..insyaAllah Mummy akan sentiasa berhati2..

      Abang daniael taknak duduk kat kerusi tu sebab tak sampailah tu..
      nak juga pegang stereng..hehehe

      Delete
  2. Good tips mummy. Masa pegnant aroti saya masih memandu even dah sarat ☺☺. Take care dear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.

      wah hebatnya fiza, dah sarat2 pun masih memandu..tahniahhhh!
      Mummy nanti tak taulah, kalau larat lagi boleh memandu lah kot. tapi kalau dah tak larat mungkin suruh asben jelah hantar..takuttttt!

      Delete
  3. good sharing :) dlu2 time peknen susah sigh nak buckle up..hhrrmmm..mmg tawakkal jela :( dhla smpai ke hari nk trberanak tu pun still drive sari,ehehe!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah dah nak bersalin pun sempat lagi nak drive,tahniahhhhh!..hehe

      Delete
  4. tips yg bgs utk di kongsi, disebabkan masa peknen dulu edy keje jauh mmg akak kene drive sndiri pg keje.. mungkin agak mencbr tp sbb bwk kete auto, kire ok je... apa pun bg akak walau apa pun kite bt kene berhati2.. kene berdikari jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul tu kak, selagi kita boleh drive dan berdikari kita akan cuba.tapi kalau dah tak boleh drive tu jangan cari pasal pula, kang terberanak dalam kereta pula..huhhhu

      Delete
  5. ibu ibu mengandung nie kenalah berhati hati tika memandu,laju sikit baby tendang bagi warning hi hi kelakarkan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHA..betul..betul..comel je adik ni tau..;)

      Delete
  6. wina 1st time preggy memang x drive langsung..2nd time bru yakin nak drive tp sentiasa berjaga²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang penting sentiasa berhati-hati..;)

      Delete
  7. bagus tips mummy nie,hmm org preg mmg kene berjaga2 tambah2 kalo kndungan 7bulan ke atas.
    btw moga mummy n baby slmat n sihat shnga melahirkan

    ReplyDelete
  8. bgs mummy share tips ni..memang x pernah amik tau pon sblm ni..taram memandu cam biasa jek smpai 9 bln..huhu..kebetulan dua kali peknen pon perut x sebesar mane so leh jela memandu dgn selesa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untungnya awak dah 9 bulan pun perut masih kecil. macam i ni dah 5 bulan macam nak masuk 8 bulan je..hahahaha.

      Delete
  9. Bagus Wieyna bagi tips ini. Kakak dulu sebab dah biasa memandu dari anak dara so walau dah 9 bulan masih tak kisah lagi. Cuma masalah sebab kakak kecik kaki tak sampai bila seat ke belakang, tapi nak depankan perut cecah stering. Tapi tak ada masalah sampai akhir.

    Memandu sendiri lagi senang sebab kita dah bersedia contohnya kalau nak break dan mengelak lubang contohnya..

    ReplyDelete
  10. bagus gak der tipsni yerk..
    akakni ni dah terbiasa memandu sendiri jd memang takder masalahler..
    yang tergelaknyer masa akak gi sepital sebab bleeding masa 27 minggu kena tahan wad leh mintak kat doktor boleh tak saya hantar balik kereta dulu lepastu saya datang balik hospital.. doktor kata dah balik tak payah datang (ayat dia!!!)... so pahamler maksudnyer...

    ReplyDelete
  11. tapi akak smpi saat nk dekar bersalin masih lg driving sndiri..

    ReplyDelete
  12. salam sir
    Menulis berdasarkn pengalaman sis.thanks .

    *terima kasih sudi luangkan masa di blog tirana aduka.thanks juga atas nasihat sis,

    ReplyDelete
  13. salam..
    saya dulu masa preganat yang 2nd tue pergi kerja still naik motor lagi sampai kandungan 8 bulan.. pastue barulah drive sendiri sampai lah cuti nak bersalin.. alhamdulillah selamat.. hubby pon camtue gak.. mesti sms tanya dah sampai ke belum sampailah sekarang nie..

    ReplyDelete
  14. berhati2 yer dear...selamat jek janji hati cekal dan positif ;)

    ReplyDelete
  15. aahlah papepun beware semasa memandu n everity u do laling=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page