HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Monday, 10 December 2012

Abang Seronok Jalan Sendiri


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua


Hai kawan-kawan semua, apa khabar hari ini? Sihat tak? Dah makan? 
Amboi banyak soalan pula.hehe. Oklah Mummy harap korang semua sihat dan ceria je ye.
Hari ni mesti ada yang malas nak masuk kerja kan, alah biasalah tu hari isninlah katakan
Semua pun memang malas nak masuk kerja, terutamanya macam Mummy nilah
Asal je hari isnin Mummylah orang paling malas nak bangun pagi, kenapa malas? Entahlah..hehehehe


Hujung minggu baru-baru ni Mummy sekeluarga jalan-jalan di Mid Valley. 
Sejak dah jadi Mummy buyung ni, lama sungguh tak singgah sini. Suasana tempat dia pun dah banyak berubah dan semakin cantik. Masa hidup berdua, inilah tempat Mummy dan Husband selalu dating sambil jalan-jalan cari makan. Tapi sejak dah ada anak ni tempat yang selalu kitaorang pergi Alamanda je, sebab dekat je dengan rumah, kat Alamanda pun macam-macam ada. Paling penting senang nak parking :')


 Tapi hujung minggu lepas Mummy teringin sangat nak pergi Mid Valley, sebab Mummy dah tak sabar nak shopping baju baby..hehehe. Kebetulan pula kat Mid Valley ada jualan murah, memang seronok gila!
Alahai bila dah masuk tempat ni, ingatkan senang nak cari barang baby, Adoi! rupa-rupanya sakit kepala! ramai sangat orang, susah pula tu nak pilih barang baby. Masa nak bayar lagilah pening, kena beratur panjang, Mummy dah mula pening kepala, nak termuntah pun ada sebab ramai sangat orang..huhuhuh. Dah alang-alang sampai sini kalau tak beli rasa macam rugilah pula, Alhamdulillah dapatlah beli sikit-sikit :')

 Mummy sibuk shopping, Daddy pula sibuk layan si mata bulat ni..
Tengoklah Abang ni, mentang-mentanglah dah dapat kaki, dah boleh jalan sendiri, 
Daddy nak pegang pun tak nak tau! 
Kesian Daddy terpaksa kejar anak kesayangan dia tu jalan sana sini..hehehehe.

Hah lepas je shopping barang Adik, Mummy terus ajak Abang ni dengan Daddy pergi makan. 
Lapar sangat. Penat berjuang cari barang Adik. 
Time ni Abang dah mengantuk sebenarnya, kesian pula tengok.


Yang peliknya, muka dah macam mengantuk..tapi tak tidur-tidur juga.
Tak nak kena dukung, nak bebas, nak jalan sendiri..sabar jelah ;')
 Abang kesayangan Mummy ni suka tengok lampu tau
Kalau kita pasang lampu kat rumah pun dia dah happy semacam..


 Lepas makan masa untuk bermain!!!

Aik macam mana Abang ni boleh tukar baju pula..
HEHEHE..Kalau kawan-kawan nak tau, masa makan tu abang ni banyak sangat makan,
Baju pun dah kotor. Nasib baiklah Mummy selalu bawa baju dan seluar lebih.
Senang kan, tak payah pening-pening..hehehe


Yeayyy!! Inilah saat yang di tunggu-tunggu. Setiap kali jalan, tak sah kalau tak singgah kat tempat permainan. Kalau tak dapat main jangan harap nak balik..kehkeh!
   

 Bukan main seronok lagi dia, hampir semua permainan tu dia main..
Daddy pula jenis yang manjakan anak sangat, apa yang Abang tu nak, Daddy pun ikut jeeeee ;')
Takpe bukan selalu ada masa macam ni dengan anak, sekali sekala oklah. 
Janji anak gembira, Mummy Daddy pun senang hati ;')


Bila dah puas bermain, masa untuk main kejar-kejar pula..huhuhuhu
Bab main kejar-kejar ni Mummy memang penat gila nak kejar si  Abang ni, Daddy lagilah penat.
Adoi! Abang ni pula yang tak penat-penat, lagi seronok adalah -__-"

Lari bukan main laju lagi, sampai Mummy Daddy tak larat nak kejar..hihihihi

"Abang Sayang, sudah-sudahlah tu, Jom kita balik Sayang"

Puas Mummy pujuk, tak nak berhenti juga.. Sabar jelah..hahahaha


38 comments:

  1. Seronok abang dah dpt kaki yer ☺☺. Penat lah mummy & daddy lpas nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni memang penat sangat nak layan dia asyik main kejar2 je tapi best tau :)

      Delete
  2. cantiknya deco kat mv ni...

    comel la aqil ni...dah dpt kaki jln mcm org dah besar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah cantikkan. Ambil gambar pun best! Daniael mieqael sejak dah dapat kaki ni tak berhenti langsung berjalan, comel je tengok dia ;')

      Delete
  3. shomell btol abg tu!..pasni dah ade adik lagi la mummy kena main kejar2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih!
      Kalau adik dah besar sikit, abanglah pula yang kena kejar adik..hehe

      Delete
  4. Amboi.. seronoknya abg ye.. suka tengok pic mummy. Haoy family :-)

    ReplyDelete
  5. Abang baru tahu berjalan tu, sabar je lah. Hehe

    ReplyDelete
  6. sweet sangat mummy n mikael sedondon merah...suke3x..mummy pon nmpak makin berseri2..=)..nway, budak2 baru dpt kaki mcm tuhlah..boboy plak tu..kompem aktif n lasak..mmg jenuh nk mengejar bila kuar berjalan..wuwuwuwu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Mummy memang suka sangat color merah, baju anak pun hampir semuanya color merah..hehe.
      Aah betullah kot anak lelaki pula tu..fuh penat jugalah nak kejar :')

      Delete
  7. yang penting..abang mmg hensem.geram sangat.. eh mummy dok putrajaya??????? serius ni?? teringin nak kenal..

    (mamaelly http://putryellymarrisya.blogspot.com/)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih :')

      Aah kita duduk putrajaya. Teringin nk kenal ke? Alamak malunya..hehe

      Delete
  8. seronoknyer dapat bergambar ngan pokok krismastu.. nampak cantik..
    mid valley memang best tapi parking tak best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bab parking ni memang stress sgt nak cari. Kalau nak dtg mv kena dtg awal, kalau lambat sikit memang teruklah nk cari parking. Nasib baik hari tu kitaorang dtg awal ;')

      Delete
  9. ala... da pandai jalan biasanya tak mau mummy pegang

    ReplyDelete
  10. DA DPT KAKI MEMANG LA XNK BERDUKUNG.. PANDAI POSE2 DA :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sekarang ni memang dah jarang berdukung, lagipun mummy memang dh tak larat nak dukung pun..hee ;')

      Delete
  11. haha..ciannya nak kena main kejar2 ngan abang..get ready wieyna,nnti abg dpt geng..lagiiii ler fenattt nak main kejar2..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini baru satu. Bila dah berdua nanti habislah..hehe

      Delete
  12. lepas ni blh main kejar2 ngan abang la.. abang dh dpt kaki:)

    ReplyDelete
  13. Singgah sini lagi tengok keletah abg :)

    ReplyDelete
  14. heheheh apa lg sume tmpt dia nk explore lah tu... tp pg midvalley kalu hari minggu mmg sesak yg amat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah asal je cuti mesti sesak. Nak cari parking pun susah.

      Delete
  15. cute giler family ni
    berseri betul uols pakai red color ni mummy

    ReplyDelete
  16. Selalu g alamanda ek?
    Tah2 penah berlaga bahu, hehe...

    Cantek baju abg kler biru tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye kot mesti pernah berlaga bahu ni kan..hehehe

      Baju ni mama (ibu mertua) hadiahkan utk abang. Baju putera katak..hehe

      Delete
  17. hi mummy...! moga mummy sehat2 ajer la..
    wah anak bujang mummy ni dah dpt kaki yer..mmg makin lasak la tu..pasni nk jadi abang plak..be good boy yer sayang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi mama! Alhamdulillah mummy sihat je. Harap2 abang kita ni jadi abang yg baik untuk adik dia ;')

      Delete
  18. kalu budak baru dapat kaki mmglah mengak omak nak kejar..tp nak tak nak kenalah jugak excersice

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page