HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Saturday, 31 March 2012

Panduan Menggunakan Bedak Asas

Hari ini aku nak share tentang cara menggunakan bedak asas dengan betul. Tips ini aku dapat dalam majalah. Mungkin masih ramai yang belum tahu cara-cara menggunakan bedak asas ini, jadi kalau nak tahu teruskan membaca..
Kita tidak dilahirkan dengan kulit wajah yang tidak akan berubah sampai bila-bila. Kulit wajah dijadikan dengan kelembutan. Solekan hanya untuk membantu melindungi kulit daripada segala masalah dan perubahan yang berlaku pada wajah kita. Mungkin ramai yang tidak sedar solekan memerlukan asas yang penting. Kulit wajah seseorang umpama kanvas bersih yang apabila diwarnai dengan solekan pada bibir, mata dan pipi akan menyerlahkan kecantikan sebenar yang kita miliki. Punca asas solekan yang baik adalah bedak asas. Bedak asas mampu menyeimbangkan tona kulit tidak sekata serta menutup cela-cela kecil seperti parut jerawat dan jeragat.

Panduan menyapu bedak asas
- Sebelum menyapu bedak asas, bersihkan wajah dengan tiga langkah utama. Beri sedikit masa untuk pelembab menyerap dan mengering sebelum menyapu bedak asas.

- bagi solekan sederhana, sapu bedak asas menggunakan berus bedak asas di bahagian yang diperlukan terutamanya di zon T iaitu hidung, dahi dan dagu atau kawasan yang bermasalah. Sapu sedikit bedak asas di bahagian sebelah pangkal dalam mata agar kelihatan segar dan lebih besar. Jika bedak berona cerah, sapu sedikit di kelopak mata agar dapat membangkitkan lagi warna pembayang mata yang akan disapu.

- Gunakan span bersih bagi meratakan bedak asas agar nampak semulajadi. Ini juga akan membantu bedak asas yang bersifat bebas minyak daripada mengering.

- Sapu sedikit bedak debu untuk meratakan lagi bedak asas serta bagi mengelakkan sapuan bedak asas nampak terlalu berkilat apabila terdedah kepada sinaran matahari.

Teknik sebenar menyapu bedak asas
- Titikkan bedak asas dibahagian dahi, pipi dan dagu dengan hanya sekali titik dalam satu masa. Elakkan menitik secara berulang di satu tempat yang sama.

- Kemudian ratakan bedak asas yang dititik di beberapa bahagian wajah dengan sapuan keluar dan keatas mengikut bulu roma wajah sehingga ke bahagian bawah dagu dan rahang. Jangan sapu menentang arus kerana ia membuatkan kulit nampak tidak licin.

- Setelah meratakan dengan menggunakan jari atau span, ulang sekali lagi terutama pada bulu roma serta kawasan antara leher dan rahang. Seeloknya sehingga ke leher kerana ia menjadikan warna kulit muka dan leher sekata.

Tips Jurusolek
- Menyapu bedak asas menggunakan jari adalah teknik paling berkesan untuk mendapatkan hasil sapuan yang seimbang dan rata. Namun jika anda bukan pakar, seeloknya jangan mencuba.

- Sebaiknya bedak asas disapu ke wajah menggunakan span bersegi yang boleh didapati dikedai menjual alat solek serta perhiasan.

- Bagi yang bukan jurusolek profesional, elakkan membuat sendiri teknik membentuk tulang pipi kerana ia satu kemahiran berseni.

- Elak menyolek wajah untuk menaikkan tulang pipi untuk solekan siang kerana teknik ini hanya dipraktikkan untuk solekan malam sahaja.

- Jika berkeinginan untuk membentuk tulang pipi, pastikan anda hanya menggunakan pemerah pipi membawa kebahagian telinga dengan sapuan menegak. Ini dapat membantu menampakkan tulang pipi naik.

- Sebaiknya bagi mereka yang mempunyai kulit bermasalah sapu concealer dahulu bagi menutup parut. Ini kerana sapuan bedak asas akan kelihatan lebih rata dan kemas.




- Posted using BlogPress from my iPad



Friday, 30 March 2012

Kelas Asas Solekan Mary Kay

Hari ini aku menyertai kelas solekan asas yang di anjurkan oleh pihak Puspanita, Ukas. Pada mulanya aku join kelas ni saja untuk suka-suka, lagipun bolehlah belajar serba sedikit tentang cara-cara nak pakai mekap ni. Yuran penyertaan pun murah je RM 5.00 setiap seorang, kalau kat luar susah tau nak dapat harga macam ni. Aku pernah masuk kelas mekap BodyShop sebelum ni, yuran penyertaan  dalam RM 120.00 untuk 3 jam, macam tak berbaloi je. Tapi yang pihak Puspanita anjurkan ni memang berbaloi-baloi, menang pula tu..hehehehe.

 Tak sangka boleh menang, dapat no.2 pun jadilah..hehehe

 Dapat hadiah daripada wakil produk Mary Kay

Bersama Datin, wakil pihak Puspanita untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang.

 4 peserta yang terpilih dan memberi saingan hebat..huhuhuh

Yeayyyy..kami pemenang kelas solekan tercantik produk Mary Kay

  3 peserta sahaja yang terpilih dan menang..posing terusssssss!




















- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, 29 March 2012

Kenny Rogers

Semalam tepat jam 5.05 petang, husband datang ofis jemput balik. Dalam kereta aku memberitahu husband tentang keinginan hasrat di hati..hehehe.

Aku : Sayang, hari ni kita nak makan kat mana? Nak makan kat rumah ke kat luar?
Husband : Sekarang jam berapa Yang?
Aku : Sekarang jam 5.07 pm..
Husband : Jom Sayang kita jalan-jalan kat Alamanda
Aku : Alah..Sayang nak cari apa?
Husband : Cari barang mainan untuk anak kita..
Aku : Yeke..bestnyeee! (tiba-tiba aku hepi semacam..hehe)
Husband : Hari ni kita makan kat Alamanda je, boleh ke Yang?
Aku : Boleh boleh! tapi Sayang nak makan apa?
Husband : Hari ni Sayang kena pilih, Daddy ikut je
Aku : Wah bestnyee! hari ni Mummy nak makan lamb boleh?
Husband : Suka hati, hari ni Daddy belanja..
Aku : HEHE..Sayang memang wajib belanja pun..
Husband : Memang pun. So Sayang confirm nak makan lamb ke?
Aku : A'ah. Tapi kat Alamanda ada ke?
Husband : Ada kot..

Sampai je Alamanda kami terus cari restoran yang ada menyediakan menu kambing. Restoran pertama yang dituju adalah Kenny Rogers. Mungkin dah rezeki aku petang itu, Kenny Rogers ada menyediakan menu terbaru mereka iaitu "Kenny Roast Lamb". Aku happy sangat-sangat makanan yang diidam-idamkan ada depan mata.heee. Lalu aku terus memujuk husband tak nak cari tempat lain lagi..berliur oh tengok gambar kenny roast lamb tu..tehehehe. Tanpa membuang masa kami terus masuk ke restoran tu. Aku tidak sabar-sabar nak order, husband hanya tersenyum tengok perangai aku macam budak kecil kelaparan..hahahaha.


 Sementara tunggu makanan sampai, kami sempat main facebook..hehehe




Yeayyyy!!!..Makanan dah sampai, masa untuk nyummm..nyummmm..hehehe. Terima kasih untuk husband tercinta..tertunai juga keinginan nak makan lamb..Alhamdulillah..

Selepas makan husband ajak pergi kedai Toys Rus tempat barang mainan kanak-kanak, tapi kedai tu tutup pula, husband kecewa sangat-sangat, baru je excited nak beli mainan untuk anak kesayanganya. Takpelah Sayang, lain kali kita datang lagi yee.. (Pantang betul pergi mana-mana mesti sibuk cari mainan anak dia..haihhh Daddy Daddy manjakan anak betul..)
Memandangkan kedai Toysrus tutup, kami terus pergi Carrefour cari barang keperluan anak.


Hehe..Mummy sempat posing walaupun sibuk cari susu formula untuk anak tersayang..



Sejak ada anak, keperluan anak adalah sangat penting bagi kami. Keperluan sendiri tak beli tak apa, tapi untuk anak MESTI dan WAJIB beli..hehehe


- Posted using BlogPress from my iPad




Wednesday, 28 March 2012

Tips Pilih Bingkai Cermin Mata Yang Sesuai

Untuk mendapatkan gaya cermin mata yang sesuai, anda sendiri haruslah mengenal pasti fesyen anda setiap hari. Jika anda sukakan sesuatu yang moden, anda mungkin boleh memilih cermin mata yang berbingkai halus dan nipis. Jika anda sukakan gaya ala-ala "Model" pilihlah cermin yang bersaiz besar dengan bingkai yang tebal. Kalau mahu retro, pilihlah cermin yang berbentuk seakan mata kucing..hehehe. Bingkai ini yang boleh dikenakan oleh hampir semua orang, sebab anda akan kelihatan comel je. Sebaik sahaja anda sudah menemui gaya yang anda suka dengan fesyen yang anda kenakan, cuba jadikan ia sebagai "fashion". Sebagai contoh, belilah cermin mata berbingkai ungu gelap atau merah dan pakailah persalinan serba hitam. Jangan terkejut, orang sekeliling pasti tertarik dengan penampilan anda..Selamat mencuba!


 Bagi aku, aku sukakan bingkai cermin mata yang besar, ala-ala model gitu..hehehe. Dan yang paling penting sesuai dengan semua gaya harianku. Macam mana comel tak pic kat atas tu..hehehe (syok sendiri lah pula..huhuhhu)

Tuesday, 27 March 2012

Lawatan Hari Kraf Kebangsaan Pada 23 Mac 2012

Ok hari ni aku nak share serba sedikit tentang lawatan aku ke Hari Kraf Kebangsaan baru-baru ni. Di tempat kerja aku ada satu lawatan ke Hari Kraf Kebangsaan yang telah berlangsung pada 21 Mac – 4 April 2012 dari jam 10.00 pagi hingga 10 malam di Perbadanan  Kemajuan Kraftangan Malaysia. Lawatan ini telah dianjurkan oleh Kelab Puspanita Cawangan Kecil UKAS, JPM. Objektif utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan dan memberi peluang kepada peserta untuk melihat sendiri teknik penghasilan produk kraf yang unik lagi berkualiti oleh usahawan kraf tempatan. Apa yang boleh aku katakan lawatan ini memang best, macam-macam ada kat sana. Sesiapa yang masih belum pergi masih sempat lagi ni, rugi tau kalau tak pergi, sebab Kraf Kebangsaan ni hanya buat  sekali setahun je tau, so pergi cepat-cepat ye jangan buang masa ( macam paksa-paksalah pula..hehehe ). Apa yang penting dalam lawatan ini aku sempat ambil gambar sebagai kenangan..hehehe






























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page