HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 26 April 2012

Mummy sedihlah..;(

Alah pagi ni tiba-tiba mood sedihlah pula
 Entry kali ni Mummy tak nak cakap banyak
Apa yang Mummy boleh katakan, Mummy sedih sangat-sangat hari ni
Mummy terpaksa berpisah buat sementara waktu
dengan husband dan anak tersayang..
Mummy tak sukalah ada perasaan macam ni
Tiba-tiba rasa nak menangis pun ada sedih sangat tau
Mummy tak pernah berpisah lagi dengan anak
Kalau dengan husband memang selalulah
sebab husband selalu outstation jadi taklah terasa sangat
tapi bila berpisah dengan anak ni
Mummy terasa dunia ni macam nak kiamat je..sob..sob..;'(
Tapi apakan daya Mummy terpaksa
 Atas urusan kerja Mummy terpaksa pergi Langkawi
Mummy terpaksa mengikuti kursus teambuilding selama 3 hari
Lamanya 3 hari tuuuu..sehari tak jumpa anak pun
 Mummy dah rasa macam nak gila..huuwwaaaa!!
 Tahun lepas Mummy tak dapat join sebab time tu tengah pregnant
so tahun ni terpaksa pergi 
Nak tak nak Mummy terpaksa pergi juga..;'(
Ya Mummy memang terpaksa dan dipaksa
Kalau bukan sebab urusan kerja jangan harap Mummy nak pergi
 
" Daddy Sayang, jaga anak kita baik-baik tau ".
Mummy cintakan Daddy sangat-sangat!

" Daniael Mieqael Sayang, dengar cakap Daddy ye
jangan nakal-nakal tau kalau Mummy takde
Mummy Sayang Daniael Mieqael..Muahh!"

Mummy yakin Ibu bapa kat luar sana pun pasti tak sanggup
berpisah atau tinggalkan anak secomel ini kan..kan -__-"


Monday, 23 April 2012

Battleship

Yeayy!..yeayy!!...akhirnya dapat juga tengok Battleship semalam..hehe
Tujuan asal kami sebenarnya bukan nak tengok wayang
 tapi nak cari barang keperluan anak..
Tapi entah husband tiba-tiba je ubah fikiran
Terus je ajak Mummy tengok wayang..hehe
kami tengok Battleship sebab ramai yang cakap cerita ni best
Lagipun husband memang dah lama nak tengok cerita ni
Memang terbaik sangatlah cerita ni..
Daddy nak pergi toilet pun tak jadi..hahaha
sebab cerita ni memang best kalau tertinggal sikit je memang rugi

 Sementara tunggu nak masuk, kami sempat posing depan poster Battleship
Teringat macam time bercintalah pula, sikit-sikit nak ambil gambar
sikit-sikit nak posing..hewhewhew.. ;P


Kami beli tiket last minit, nasib baik ada tempat kosong..heee

 
Lepas tengok wayang husband belanja makan kat Carl's JR.
Mummy first time makan kat tempat ni
Tempat ni Mummy sukalah sebab boleh tambah air banyak kali tau
dekat 3 kali jugalah Mummy tambah air..hehehehe
( Mummy tak minum habis pun Husband yang terpaksa habiskan.hehe ;P )

Alamak burger dia pun besar gilak..
macam mana Mummy nak makan ni..hahahah
Husband tak habis-habis ketawakan Mummy..jahat tau! -__-"

  Mummy sempat masuk kedai Bata sebab Bata tengah sale gila-gila!
Aduh..Mummy masuk je terus rambang matalah pula..semua pun cantik-cantik
"Daddy tolong Daddy yang mana satu ni, Mummy dah pening buat pilihan.." ;(

 Hah..husband berkenan yang ini..
Husband cakap yang ni cantik sesuai untuk Mummy
Woww..Pilihan Daddy ke lagi ganas betul..hehehe

Mummy berkenan teruuuusss..pandai Daddy pilih
Memang sesuai sangat dengan Mummy..
Yang bestnye Daddy belanja.huhu..thank u Daddy!..;D

 Selepas settle beli kasut Mummy beli barang keperluan anak tersayang
Mummy suka beli barang Avent, semuanya comel-comel
Geram je tengok set makanan ni..heee.

 
 Sebelum balik Mummy beli rotiboy untuk orang rumah
Mummy suka sangat rotiboy ni..sedapppp..;D

Friday, 20 April 2012

Happy Birthday Sayang..;D

Happy Birthday to u..Happy Birthday to u..
Happy Birthday Daniael Mieqael..
Happy Birthday Sayang Mummy Daddy..Yeayyyy!!!

Alhamdulillah hari ni Daniael Mieqael genap 8 bulan..
Rasa macam baru je bersalin
sedar tak sedar Daniael Mieqael dah pun masuk 8 bulan.
Daniael Mieqael semakin lasak, cerdik, bijak
dan semakin aktif meng-explore semua tempat
ada jelah benda baru dia nak buat..
Kadang-kadang Mummy pun susah nak jangka apa yang akan dia buat
Hampir setiap hari Mummy Daddy dapat kejutan istimewa dari dia, comel je aktif betul..

Pagi tadi Daniael Mieqael bangun awal. Jam 6 pagi dah bangun.
Selalunya dia akan bangun jam 6.45 pagi, sebelum Mummy Daddy pergi kerja.
Macam dia tau-tau je hari ni birthday dia
Bangun-bangun je dari tidur, Mummy Daddy terus nyanyikan lagu birthday
Bukan main suka lagi dia..hehehehe


Hensem tak anak Mummy ni, hensem tak macam Daddy?
Mestilah hensem kan..kan..hehehe


Setiap kali tengok muka ceria dia macam ni
Mummy pergi kerja pun senang hati je.. ;D


Alolooo..seriusnya muka kesayangan Mummy ni..hehehe


Yang paling best sekali kalau kami letak je dia dalam walker ni bukan main laju lagi dia lari.
Seronok tau pagi-pagi lagi kami dah main kejar-kejar dengan dia..hehehe
Nasib baiklah Mummy Daddy tak lewat masuk kerja..
( Padahal selalu masuk lewat pun..kuikuikui.. ;P )



Perkembangan terbaru Daniael Mieqael sekarang ni
kalau boleh semua pun kita kena buat on time tau..
Buat susu on time, makan on time, dukung dia kena on time
tidur pun kena on time, kalau kita lambat sikit habislah..
Daniael Mieqael akan mula mengamuk
habis satu rumah dengar suara dia menjerit..hahahaha
 Macam-macamlah perangai anak Mummy ni..

" Happy birthday yang ke 8 bulan sayang, semoga menjadi anak yang baik dan soleh "


- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, 18 April 2012

Daniael Mieqael dah start berdiri sendiri..;D

Hari ni Daniael Mieqael Genap 7 bulan 28 hari..
3 hari lagi genap 8 bulan..
wah dah besar anak Mummy
Ada orang cakap anak Mummy ni
Makin besar makin hensemmm..huhuhhu
Mummy bukan syok sendiri tau, Mummy cakap yang betul -betul ok
Mummy memang bangga habislah masa tu..hehehe
Tapi yang bestnye dan Mummy rasa hepi sangat-sangat hari ni
anak kesayangan Mummy dah start belajar berdiri sendiri..hehe
Tak sangka cepat je anak Mummy ni belajar berdiri
mungkin berkat Daddy belikan walker kot
Terima kasih Daddy, tak sia-sia Daddy belikan walker untuk anak kesayangan kita
Alhamdulillah anak kita dah pun berjaya berdiri sendiri..Sayang Daddy! ;D
Bestnyeee tak sabar nak main kejar-kejar..hehehe
Patutlah sejak akhir-akhir ni Daniael Mieqael asyik memanjat je
Pantang betul letak kat bawa, terus je merangkak dengan pantas
 ke arah tempat-tempat yang dia boleh panjat
rupa-rupanya nak belajar berdiri..hehe..Syabbass Sayang!
Saat-saat macam inilah Mummy tak nak terlepas peluang
kalau boleh Mummy nak tengok sendiri semua perkembangan Daniael Mieqael depan mata
Mummy rasa seronok sangat kalau dapat tengok
dan rakam aksi-aksi comel Daniael Mieqael setiap hari comel je..heee!




Daniael Mieqael Sayang tengah buat apa tu?..

Alamak..dah mula dah nak gigit..habislah.. :P

hah tengok mentang-mentanglah dah ada 10 batang gigi semua pun dia nak gigit..
ini yang buat Mummy geram ni. Mummy risau sebenarnya takut gigi dia patah..

"alahai anak Mummy ni tak sakit ke gigi tu Sayang".. ;-/

Alah..ini yang Mummy paling tak suka..tak suka..
pantang betul nampak benda depan mata
semua pun dia nak gigit..geramnyeeee..  -__-"





Tuesday, 17 April 2012

Terubat Juga Rasa Rindu Mummy Semalam..;D

Daniael Mieqael pengikat kasih Mummy Daddy
Daniael Mieqael pelengkap cinta Mummy Daddy
Daniael Mieqael jantung hati Mummy Daddy siang malam
Daniael Mieqael..kaulah segalanya Sayang
Mummy Daddy akan sentiasa berikan yang terbaik untukmu
hanya untukmu dan hanya untukmu sayang..muahhh!!!








Mummy hepi sangat-sangat dapat bersama anak tersayang..hehehe..;D
Sehari tak jumpa Daniael Mieqael, Mummy jadi tak betul..sob-sob.. ;(



Monday, 16 April 2012

Rindunya Daniael Mieqael

Alahai baru je cium peluk dia pagi tadi Mummy dah mula rasa rindu semacam
rindu sangat-sangat, tak sabar nak balik! nak balik!
rindu anak Mummy sangat-sangat..

Perkembangan terbaru Daniael Mieqael sekarang dia suka betul buat muka comel-comel 
senyum pun nak buat muka manis-manis geram je tengok tau..
itu yang Mummy rindu sangat tu..cepatlah jam 5 petang
Mummy nak balik..nak balik..heee.:D

Sunday, 15 April 2012

Titanic 3D

Alhamdulillah tertunai juga hasrat nak tengok filem Titanic 3D..hehe. Hujung minggu lepas tak sempat sebab tiket dah habis, tapi kali ni husband dah tempah tiket awal-awal sebabnya tak nak tengok muka Mummy kecewa lagi..hehehe. Sayang Daddy! ;D

Otw nak pergi Subang Parade, dalam kereta pun sempat posing..kuikuikui..
Husband muka baru bangun tidur, Mummy pula yang muka excited nak keluar..hehe

Mummy tengah syokkk sendiri
husband pula tengah memandu dengan penuh berhemah..kehkehkeh

+

Hehe. Puas hati betul dapat tengok Titanic, mata Mummy bengkak habis!
Husband tak habis-habis ketawakan Mummy..
Daddy ni sampai hati tau..sob..s0b.. -__-"

Selepas tengok wayang kami makan.
 Husband belanja makan kat restoran Dave's Deli
Mummy first time makan kat sini, oklah boleh tahan sedapp..



- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, 14 April 2012

Ujian Pap Smear

Hari ni aku nak share pasal ujian pap smear. Info ni aku dapat dalam majalah. Sebab baru-baru ni aku baru je selesai buat ujian ni, Alhamdulillah semuanya ok. Mungkin masih ramai yang belum tahu kepentingan ujian pap smear ni kan, kalau nak tahu lebih lanjut teruskan membaca info ini ok. Bilakah masa yang sesuai untuk membuat ujian Pap Smear? Adakah perlu untuk semua wanita melakukannya dan apakah kepentingannya? Soalan-soalan macam inilah yang selalu bermain di fikiran setiap wanita. Ujian ini boleh dilakukan bila-bila masa sebenarnya kecuali ketika datang haid atau masih keluar darah nifas dan sebaik-baiknya telah dicuci sepenuhnya. Setiap wanita yang telah melakukan hubungan seks perlu menjalani ujian ini dan wajib sangat-sangat untuk mengesan perubahan kejadian kanser pangkal rahim. Ujian ini mudah, murah dan tidak menyakitkan. Pengesanan sel-sel barah di peringkat awal dapat menjamin kesan rawatan yang hampir 100% pulih. Bagi wanita yang berumur 60 tahun ke atas, mereka tidak perlu menjalani ujian ini. Begitu juga bagi wanita yang telah membuang rahim mereka keseluruhanya. Bagi wanita yang masih mempunyai servik akibat pembedahan pula masih perlu menjalani ujian ini sehinggalah mereka mencapai umur melebihi 60 tahun ke atas. Jadi tunggu apa lagi, pergilah check cepat-cepat sebelum terlambat..ingat sebelum terlambat!..




- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, 13 April 2012

Pilih Kawan Atau Memilih Kawan

Perlu ke kita pilih kawan atau kita memilih untuk berkawan?
Aku akan pilih kawan tapi aku tak memilih untuk berkawan..
hehehe macam tak faham je..:P
Ok sebenarnya macam ni, aku tak kisah nak berkawan dengan sesiapa pun.
Baik ke, buruk ke, warak ke dajal ke aku tak kisah nak berkawan.
Itu membuktikan aku bukan jenis memilih untuk berkawan.
Memilih untuk berkawan tu maksudnya dia akan tengok dulu,
perhati, kaji orang tu macam mana, baru akan berkawan.
Contohnya, dia hanya pilih kawan yang kaya-kaya, cantik-cantik dan pandai je.
Kita yang kurang ni, tak layak la jadi kawan dia..sob..sob..siapalah kita kan..:(
Masa sekolah dulu selalu ada jumpa kawan-kawan macam ni,
rasanya golongan orang-orang macam ni masih wujud lagi kot..
sangat-sangat tak suka orang macam ni..
Aku pula sekarang ni, kalau nak jadi kawan aku, aku agak memilih jugalah.
Tapi bukan bermakna aku tengok dia dari segi harta, muka dan status ke apa.
Aku hanya akan terima dia jadi kawan aku bila perangai dan akhlak dia ok.
Aku tak kisah dia nak jahat ke apa ke..memang tak kisah!
Yang penting hati dia baik dengan aku. Tiada cakap bukan-bukan.
Cuma jangan buat perangai entah apa-apa macam dengki ke apa ke.
Sebab aku pantang orang macam tu. Rasa rimas sangat-sangat.
Aku memang suka berkawan dengan sesiapa pun,
janji orang tu pun ikhlas berkawan dengan aku.
Jadi marilah berkawan dengan aku dan jangan malu-malu follow blog aku ye.heee.:D

Gambar hiasan

Mummy Demam ;'(

Dalam beberapa hari ni Mummy kurang sihat, demam.
Mummy paling tak suka bab-bab demam ni
Mummy jadi sensitif sangat..
Rasanya Mummy dah lama sangat tak demam
Tiba-tiba je demam sekarang ni, sangat tak suka!
Bukan apa, bila demam ni, banyak sangat perkara yang akan berubah
tiba-tiba je rasa jauh dari husband dan anak
tak boleh manja-manja dengan anaklah
tak boleh main-main dengan anaklah
tak boleh dukung anaklah
tak boleh ini tak boleh itu semua pun tak boleh
sedih sangat tau..;(
Mummy tak boleh buat semua tu
sebab takut anak tersayang berjangkit pula  dengan Mummy
begitu juga dengan husband tercinta.
So dalam beberapa hari ni semuanya husband yang uruskan
untuk jaga anak waktu malam, kalau siang senang sikit 
sebab mertua and pengasuh anak ada
tapi kalau dah malam kesian pula nak kacau diorang..
So tanggungjawab itu husband yang ambil alih seratus peratus!
Husband terus jadi SuperDaddy gitu..hehehe
buat susu, tukar diaper dan dodoikan anak bila terjaga..
lagipun anak kami memang senang nak jaga asalkan kenyang dan tak basah
 Daniael Mieqael akan tidur lena sampai pagi..heee. 
Bila dah settle bab anak, Daddy akan tengok Mummy pula ok ke tidak
bila semuanya dah ok barulah Daddy tidurrr..
( Daddy Sayang, terima kasih atas segalanya, Mummy cinta Daddy sangat-sangat!..:D )

Masa ni Mummy tengah demam, tapi Mummy tak tahan tengok anak, rindu sangat nak dukung Daniael Mieqael. Demam-demam pun Mummy sempat posing..hehehe
Sesungguhnya anaklah segala-galanya, sangat-sangat tak boleh hidup tanpanya..

Thursday, 12 April 2012

Berita Menakutkan..

Semalam kecoh satu dunia tentang gegaran yang berlaku di Aceh..
macam-macam cerita yang kita dengar dalam berita
Macam-macam perasaan jugalah yang kita rasa
Takut, gelabah, seram, ngeri dan sedih!
lagi-lagi bila tengok gambar kat atas ni..takutt sangat-sangat :(
Apa yang penting bila kita dengar berita-berita macam ni
marilah kita sama-sama berdoa, agar di jauhkan daripada perkara-perkara yang tidak diingini..InsyaALLAH..

Hmmmm..Yang tak bestnya bila dengar berita macam ni
terus hilang mood nak pergi cuti-cuti malaysia..;(
Baru je plan nak pergi langkawi,
tetiba langkawi antara kawasan tak selamat lah pula..tensionnya!
Walaupun amaran sudah ditarik balik
Tapi masih was-was nak pergi..takutlah!
Husband pun dah mula risau dan bising-bising
Kalau boleh tak nak bagi aku pergi..
Tapi ini kursus jabatan, kira penting jugalah
Macam mana ni nak pergi ke tidak..nak pergi ke tidakkk.. -__-"

Monday, 9 April 2012

Yahooo!..Aaron Aziz Menang!!!


 HEHE..seperti yang di jangka dan ramalanku sememamgnya betul!
Tahniah untuk Aaron Aziz
aku sentiasa menyokong perjuanganmu sebagai anak seni..hehehe.
Cuma kecewa jugalah sebab Aaron Aziz kalah dalam kategori pelakon TV lelaki popular
sepatutnya Aaron Aziz yang patut dapatttttt..
bukan fizzz fairuzzz..
tak suka tak suka! Tak sukaaaaa! ;(
tapi nak buat macam mana bukan rezeki Aaron Aziz..
Tahun depan Aaron Aziz kena menang lagi tauuu..hehehe

- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, 8 April 2012

Aaron Aziz pasti menang!

Bersiap-siap depan TV, menanti jam 9 malam. Berdebar rasanya nak tengok ABPBH2012, apa tidaknya tengah bertaruh dengan husband..hehehe. Anak dah lama tidur. Air milo dan makanan ringan husband dah sediakan sebagai peneman ataupun sebagai saksi siapa juara malam ni..huhuhuh. Alahai di luar hujan lebat pula, sudah..harap-harap janganlah blackout, sia-sia je air milo husband hidangkan..hehehe. Juara malam ni aku yakin dan pasti Aaron aziz akan menang!!! Yang lain aku taknak ambil tau, aku nak Aaron aziz menang itu je. Husband suruh pilih orang lain selain Aaron aziz, no no no..tak mungkin ada yang lain, pilihan aku tetap Aaron aziz, walau apapun terjadi tetap Aaron aziz! ( hehe..confident je Aaron aziz menang). Husband pilih yang muka cantik-cantik je, Nelofa, Izara, Pasha dan entah siapa lagi malas aku nak ambil tahu (padahal aku jeles sebenarnyee..kuikuikui). "Aaron Aziz sayang, malam ni mesti menang tau, jangan malukan i ok..hehehe". Setiap kali aku guna ayat ni depan husband, husband mesti terus tukar siaran tv, jeleslah tu..hehehe


- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, 7 April 2012

Filem Titanic 2012



Yeayyyyyyy!!! setelah 14 tahun berlalu, filem Titanic kegemaran ramai kini kembali di tayangkan pada 5 April 2012. Tak sabar nak tengok cerita ni mesti best gilakkkk sebab kali ni dalam bentuk 3D, tak sabar-sabar nak tengok lakonan Leonardo Dicaprio, 14 tahun lepas aku pernah jatuh cinta dengan hero ni..hehehee. Husband dah janji nak belanja tengok filem ni..yahuuuu!!. Sebelum ni tengok dengan kawan-kawan, kali ini boleh tengok dengan husband..bestnyeee..;D. Alamak lamanya nak tunggu minggu depan, minggu ni tak sempat sebab semua tiket dah habis. ;(


 Husband cakap kali ni kena sediakan tisu banyak-banyak, taknak kejadian sebelum ini berulang lagi semasa tengok filem Ombak Rindu hari tu, habis baju Daddy Mummy kerjakan sebab tisu dah habis..hahahahahaha (Sori Daddy, Mummy tak sengaja..hehe)

HEHEHE..Excited gila dapat bergambar dengan patung Aaron Aziz..:P

Anak?..mesti ramai yang nak tahu, anak tak bawa ke? Tak kan keluar berdua je kot? Hehehe..belum apa-apa lagi aku dah rasa lucu baca soalan-soalan macam tu. Macam biasa anak tinggal dengan mama papa. Lagipun mama cakap kalau kami ada dia susah nak manja-manja dengan Daniael Mieqael..hehehehe. So setiap kali aku dan husband keluar memang tiada masalah, kami tak perlu risau pasal anak sebab anak dijaga dengan penuh kasih sayang oleh mama papa, sebab tu kami senang nak keluar dating..heee.;D


- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, 6 April 2012

Perut Buncit

Ramai di antara kita suka minum air sejuk. Kebiasaannya kita akan minum minuman sejuk selepas makan. Sebenarnya tindakan ini akan menyebabkan perut membuncit akibat timbunan lemak yang banyak. Oleh itu biasakan minum air pada suhu normal atau air suam selepas makan bagi mengelakkan perut menjadi buncittt. Kenapa aku tiba-tiba je cerita pasal perut buncit ni. No..noo..noooo! tak mungkin aku yang perut buncit, tapi ada hamba Allah ni degil sangat tau. Dah berkali-kali aku pesan dekat dia jangan minum air sejukk..jangan jangan dan jangan! Tapi entah degil sangat, hah sekarang baru nak menyesal baru nak bising-bising kenapa perut dia makin buncitlah makin itulah makin inilah dan blablabla..aku malas nak layan, tak tau tak tau siapa suruh degil sangat hehehe..;P



- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, 5 April 2012

Bawa Macho Boy Jalan-Jalan di Mid Valley

Alamak dah masuk bulan April..
Cepatnya masa berlalu, hutang puasa aku belum habis bayar lagi..huhuhuh.
Tak boleh..tak boleh! lepasni tak boleh malas-malas lagi
Aku kena ganti cepat-cepat nanti tak sempat pula nak ganti..
Dahlah bulan puasa dah nak dekat hutang puasa masih banyak lagi..
aduhhhh..stressssnyeeee!
Ok..ok cukup-cukup aku tak boleh stress-stress
kalau stress sangat tak boleh ganti puasa pula..hehehehe.

********************
Hari ini aku nak share hujung minggu aku dengan family baru-baru ni.
Ahad lepas iaitu 01 April 2012 Husband ajak pergi Mid Valley, kali ni kami bukan dating berdua je tau tapi bawa anak sekali.
Lagipun dah lama rasanya tak bawa anak keluar jalan-jalan sejak demam hari tu.
Bukan apa, sejak anak demam hari tu, kami jadi takut sangat nak bawa anak keluar.
Tapi sekarang anak dah ok, so kami enjoyyyyyy!!!! ;D

Daddylah orang paling semangat nak bawa anak keluar jalan-jalan, Daddy jugalah yang sibuk siapkan segala keperluan Daniael Mieqael..hehehe. Selalunya Mummylah orang paling sibuk siapkan keperluan anak, tapi kali ni Daddy buat semuanya..Sayang Daddy!..

Geramnya tengok anak Mummy ni buat muka manis-manis lah pula..Mummy gigit karang baru tau..hee!

Iskk isskkk.. macam gaya bos gitu. Daniael Mieqael seronok and relax je duduk dalam car seat baru dia. Goodboy je tak meragam pun. Mummy pula yang risau tengok sebab Daniael Mieqael kali pertama duduk dalam car seat, takut dia tak selesa je. Tapi Daniael Mieqael ok je sebenarnya, Mummy je yang lebih-lebih..heee.;P

Mummy terharu sangat Daddy hadiahkan car seat baru untuk anak kesayangan kami. Mummy sebenarnya dah lama idam-idamkan car seat ni, time Mummy mengandung lagi. Tak sangka Daddy betul-betul tunaikan.  Patutlah Daddy excited je nak bawa keluar, rupa-rupanya ada kejutan untuk Mummy..Tak pasal-pasal petang tu habis semua mekap Mummy luntur.."Daddy ni saja tau nak bagi Mummy menangis" -__-  .
Mummy Sayang Daddy sangat-sangat!..

Daniael Mieqael muka baru bangun tidur. Sempat Daddy rakam muka comel anak kesayangan Mummy..hehehe




Nak ke Sayang? Sabar ye Sayang, nanti Daddy belikan ye. (Daddy berkenan yang color putih tu..tapi Daniael Mieqael lebih tertarik tengok kuda tu..hehehe)

Daniael Mieqael pantang nampak barang mainan, begitu juga dengan Daddy. Kedua-dua anak beranak ni sama je perangai, setiap kali keluar jalan-jalan, Daddy pasti singgah kedai mainan, dapat beli satu pun jadilah untuk anak kesayangan dia tu..(Esok jangan jadi macam anakku Sazali sudahhh.. -__-")



Petang tu kami makan kat restoran madam kwans, pada mulanya Daddy nak ajak makan kat Nandos, tapi tiada tempat kosong, restoran lain pun semuanya penuh, kecuali restoran madam kwans. Makanan kat sini best-best juga, boleh tahan..sedaaapppppp!

Jangan terkejut makanan Daniael Mieqael pun ada tau..heee

Macam biasa Daniael Mieqael kena minum susu dulu sebelum Mummy Daddy makan, ini bagi mengelakkan dia meragam..





Alalaaa..kesianya dia, lepas je minum susu, terus tertidur, penat kot Mummy Daddy bawa jalan-jalan. Sepanjang perjalanan balik rumah Daniael Mieqael tidur dengan lena..

Walaupun Daniael Mieqael dah ada car seat sendiri dan selamat duduk dalam tu Mummy tak berani tinggal dia sorang-sorang tau, sekejap-sekejap Mummy tengok dan check keadaan dia ok ke tidak..Daddy cakap Mummy ni risau tidak bertempat..hehehe. (Mummy tidak peduli, Mummy nak duduk sebelah Daniael Mieqael sampai bila-bila, tak nak sekali-kali biarkan dia duduk sendiri kat belakang, tak sampai hati tau..lantaklah Daddy nak cakap apa, janji anak dekat dengan Mummy..hewhewhew..)


- Posted using BlogPress from my iPad




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page