HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 30 May 2012

Family Day At Pangkor Island Beach Resort - Part 3

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Ok entry seterusnya, anak teruna Mummy ni sepatutnya bangun awal tau
Tapi entah tiba-tiba je bangun lewat penat agaknya malam tu, sebab lepas balik dari makan malam
 Daniael Mieqael tidur terus tak bangun pun minum susu, nampak sangat anak Mummy ni penat, kesian dia..

Amboi Daddy pun tak nak kalah, anak bangun lambat Daddy pun nak tidur sakan..hehehe
 Semua orang sibuk buat senamrobik pagi tu, Mummy pula sibuk tunggu anak beranak ni bangun..

Daniael Mieqael kalau tidur suka sangat angkat kaki macam ni
 Sebijik sangat macam Daddy dia kalau tidur, comel je..hehe

Hah yang ni muka baru bangun tidurlah ni.  Bangun je Mummy cepat-cepat mandikan
dan siapkan apa yang perlu. Last-last tak sempat pun nak join senamrobik tu ;'(

Inilah ni kalau dah bangun bukan main bising lagi, terus aktif sana sini..

Perkembangan terbaru Daniael Mieqael sekarang dia dah jadi tersangat sensitif tau
Apa saja benda yang dia pegang kemudian kita ambil atau sentuh sikit dia akan mengamuk sakan
Kita usik-usik sikit pun tak boleh tau bukan main kuat lagi dia menjerit..haihhh -__-"

Sebelum breakfast kami posing dulu sebagai kenangan terindah kat pulau ni..hehe



Mula-mula Daniael Mieqael macam takut-takut je tengok harimau ni

Rupanya anak Mummy ni bukan penakut tau, tapi seorang yang gagah dan berani..huhuhu
Tengoklah muka excited dia, siap nak pegang harimau tu..hahahaha

Daddy cakap lepas ni senanglah nak bawa Daniael Mieqael pergi Zoo negara pula
Sebab dia tak takut langsung, kalau nampak kucing kat rumah pun dia suka tau siap nak kejar pula tu..hee



Kami breakfast kat Hornbill Cafe, gara-gara si mata bulat ni bangun lambat
Kami sampai kat sini dah jam 10.10am
Nasib baik cafe ni tutup jam 10.30am sempat jugalah isi perut..




Ingatkan kami je yang keluar lambat, rupanya mama Ara pun lambat juga..hehehe

Lepas makan, kami jalan-jalan di sekitar pantai ni dan ambil gambar sebanyak yang mungkin



Eh2 pandainyaaaa dia posing.. :'P





Like father like son..hehehe


Muka nampak baik je..

Hah dah mula dah...

Aduiiiii..tengoklah anak bujang kami ni..pantang betul nampak benda semua pun nak gigit
Tak pasal-pasal kena marah dengan Daddy

Bila kena marah mulalah menangis..hahahaha

Alololooo kesiannya dia kena marah dengan Daddy..terpaksalah Mummy pujuk..hehehe



Tuesday, 29 May 2012

Family Day At Pangkor Island Beach Resort - Part 2

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua


Ok yang ini sambungan entry minggu lepas. Mummy nak share malam gemilang Ukas..
Malam tu kami ada majlis makan malam di Garden Beach. Makan malam ni memang special sikit
Sebab semuanya wajib berpakaian ala-ala hawaii gitu,
tak kisahlah pakaian macam mana pun, janji ada corak bunga-bunga
dan mengikut tema majlis tu. Semua memang nampak comel sangat malam tu..

Mummy dengan husband memang dah ikut tema,
tapi Daniael Mieqael terpaksa pakai baju kotak-kotak..hehe
Sebab susah sangat nak cari baju si mata bulat ni tau
Puas Mummy cari, yang ada pun semuanya untuk baby girl je..
Tapi takpelah, baju kotak-kotak tu pun tetap comel kan ;D


Yeayyyy!! Mummy seronok sangat dapat cabutan bertuah..hehehe


Time ni anak dah tidur. Kami pula sibuk nak posing malam-malam..kekeke

I Love You Daddy!


Mummy asyik post gambar anak je kan
Sekarang giliran Mummy pula lah..hehehe

Mummy memang dari kecil suka sangat posing depan kamera
Nampak je kamera mula lah Mummy posing sana sini..hehe
Husband pun memahami hobi Mummy ni, sebab tu Daddy hadiahkan kamera
Daddy cakap posinglah puas-puas janji tak ganggu dia tengok bola..hahahaha








Thursday, 24 May 2012

Family Day At Pangkor Island Beach Resort - Part 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua


Weekend baru-baru ni Mummy pergi Pulau Pangkor sempena family day Ukas pada 19 - 20 Mei 2012
 Inilah peluang dan kesempatan kami pergi honeymoon..( honeymoon bertiga pula tu..huhuhu )
Yang bestnya tak perlu keluarkan kos yang banyak pun semuanya Kelab Ukas belanja

Gambar kat belakang tu hotel tempat kami tinggal.
Rasa macam tak percaya je, ingatkan hotel biasa-biasa je rupa-rupanya hotel 5 bintang!
Tak sia-sia kami datang sini, boleh bercuti-cuti sakan..hehehe

Semua orang sibuk bergambar kat tempat ni mungkin saja nak ambil kenangan kot
So kami pun tak nak ketinggalan, nak posing juga kat sini..hehehe

 Ramai jugalah yang join family day ni dekat 300 orang kot, masing-masing bawa family
 Yang bestnya siap ada t-shirt khas lagi, Daniael Mieqael pun pakai tau..hehehe


Semua orang sibuk main aktiviti kat belakang tu, Tapi Mummy pula sibuk ambil gambar..hehe
Banyak jugalah aktiviti yang dipertandingkan petang tu seperti  Lay In Egg, 
 Make Over,Water Bomb, Beach Bowling (adults & kids), Beach Ball, Hand Ball,
Fill Water In Bottle (kids), Waiter Run (kids) dan Make Your Line (kids).

Mummy dengan Husband tak join pun aktiviti petang tu
Sebab Daniael Mieqael nampak penat sangat, kesian pula tengok dia macam tu
So kami pun balik nak bagi anak rehat dan tidur sekejap

Inilah hero Mummy siang malam tanpa mereka boleh jadi gila tau..hee ;p

Sempat bergambar dengan Mama ara. Baby aidin baru 4 bulan
Sedapnya baby Aidin tidur. Daniael Mieqael pun dah nak tumbang..hehehe

Yang ni adik angkat Mummy
Yang pakai baju hitam tu mak dia..comel kan..

Tengoklah bilik kami besar kan, semua orang pun dapat bilik yang sama
memang puas hati sangat

Hehe..sori ye kawan-kawan bilik kami terlebih bersih..hehe




Dalam bilik inilah aktiviti kami bertiga posing sana sini
Kami saja je nak bagi Daniael Mieqael happy-happy




HAHAHAAHA..Daniael Mieqael pun tak nak kalah, nak ikut Mummy Daddy menjerit juga..hahahaha
Rasanya dalam bilik tu suara kami je yg paling bising kot, lantaklah janji kami happy! ;D




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page