HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 28 June 2012

Putus Cinta!


  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Mummy terbaca status seorang kawan dalam facebook yang baru saja putus cinta dan tidak boleh menerima hakikat perpisahan itu lalu nak bunuh diri. Mummy rasa pelik sangat kenapalah dia nak seksa diri sendiri, macamlah tiada jalan lain nak atasi masalah tu selain nak bunuh diri. Sebenarnya putus cinta ini adalah perkara normal dalam hidup. Mungkin juga Allah putuskan hubungan cinta kita sebab dia nak temukan kita dengan orang yang lebih baik, semua itu tidak mustahil boleh berlaku. Apa pun redhalah dengan apa yang berlaku, berfikirlah secara positif, kalau boleh ambillah jalan terbaik untuk kita menjadi insan yang lebih baik. Tidak perlu sia-siakan hidup kita pada insan yang tidak hargai kita.

Mummy pun sebenarnya pernah alami situasi yang sama, tapi Mummy bukanlah bodoh sampai ambil tindakan nak bunuh diri. Apa yang Mummy buat bila dalam situasi macam tu Mummy berdoa dan minta petunjuk dariNya. Kalau masih ada jodoh syukur, tapi kalau dah tiada jodoh redha sajalah kan, jangan nak paksa-paksa diri pula nak bersama dengan orang tu, sia-sia je tak bahagia di kemudian hari. Tapi Mummy bersyukur sangat jodoh kami kuat walaupun macam-macam dugaan yang datang dan berkali-kali nak putus/berpisah, sehingga saat ini kami tetap bersama dan dah ada anak pun syukur alhamdulillah, terima kasih Allah.


Bahagianya bila suami dan anak tersayang sentiasa disisi kita..


Ok balik kepada topik asal, sebenarnya banyak lagi yang kita boleh buat bila putus cinta. Kalau ada yang baru putus cinta tu, janganlah berduka dan terlalu fikir sangat tentang masalah putus cinta tu. Lebih baik sibukkan diri dengan kerja-kerja yang kita suka. Kalau tidak pun lakukanlah aktiviti-aktiviti atau beriadahlah untuk kita lebih sihat dan yakin pada diri sendiri, dan buanglah jauh-jauh perasaan sedih, duka, kecewa, merana, terluka dan apa sahaja perasaan negatif itu yang hanya buat kita semakin tak betul dan gilak! Kalau masih tidak boleh menerima juga hakikat perpisahan tu, berdoalah dan mintalah petunjuk Allah..InsyaAllah semuanya akan Ok.




- Posted using BlogPress from my iPad




Tuesday, 26 June 2012

Tabung Masa Depan Anak Tersayang

  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua



Syukur Alhamdulillah..lega rasanya tabung masa depan anak siap juga akhirnya. Mummy dan husband sebenarnya dah lama plan nak buka tabung persendirian untuk anak tersayang. Perancangan awal masa depan anak seawal usia 6 bulan adalah paling sesuai. Tapi Daniael Mieqael dah masuk 7 bulan barulah kami sempat buka akaun bank dia. Awal-awal lagi kami dah fikir dan rancang masa depan Daniael Mieqael terutamanya untuk pendidikan. Kalau nak buka akaun bank untuk anak, mana-mana bank pun boleh sebenarnya. Tapi kami lagi suka buka akaun anak dalam pelaburan ASNB (Amanah Saham Nasional Berhad), lagipun pulangan yang akan kita terima setiap tahun berbaloi-baloi berbanding bank lain. Apa yang penting kita mesti bijak menentukan akaun apa yang sesuai untuk anak kita. Ingat kena bijak! bukan main suka-suka je tau..


Lepasni senanglah nak buat simpanan untuk anak kesayangan Mummy Daddy ni. Lagipun duit yang Daniael Mieqael dapat sebelum ni banyak juga, duit hasil pemberian keluarga, saudara mara, kawan-kawan, orang kampung dan peminat-peminat setia Daniael Mieqael..hehehe. Sejak anak dah ada akaun sendiri, kami suami isteri semangat pula nak buat simpanan untuk anak, rasa macam best je tengok simpanan anak dah banyak..hehehe. Duit Daniael Mieqael sebelum ni kami tak pernah guna walaupun satu sen, kami simpan sebaik yang mungkin sebab duit itulah yang akan anak kami guna bila dia sudah besar nanti, lagipun tak elok tau guna atau ambil duit anak, nanti hidup kita makin susah..

Husband juga nak ambil insurans untuk perlindungan keluarga dan anak. Cuma sekarang ni kami masih tercari-cari insurans apa yang paling sesuai untuk kami bertiga. Sebab husband plan nak ambil 3 jenis insurans iaitu insurans perlindungan keluarga, insurans pendidikan anak dan insurans kesihatan anak. Ketiga-tiga insurans ni sangat penting sebab kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada kita di masa akan datang. Kami pun sebenarnya tak reti sangat pasal insurans-insurans ni, tapi hasil perbincangan dengan family, 3 jenis insurans inilah yang sesuai untuk kami.

 Tak sangka sejak kahwin, husband semakin matang dalam bab-bab merancang masa depan keluarga..hehehe. Mummy bersyukur sangat, husband tak pernah kedekut dan tak pernah berkira hal-hal kebajikan isteri dan anak, selagi termampu selagi itulah husband akan tunaikan.
 "Sayang Daddy Sangat-sangat"..;D


Apa pendapat korang tentang menabung ni? Kawan-kawan Mummy dah start menabung tak?
Bagi Mummy walaupun gaji kita kecil kita tetap kena menabung juga
Bukan apa, ini untuk masa depan kita juga, esok-esok kalau kita susah boleh guna duit tu
Takkan kita nak harap dan minta kat orang lain kan, belum tentu lagi orang tu nak tolong kita.
Kita menabung sikit-sikit pun takpe, lama-lama jadi bukitlah tu..InsyaAllah.
" Orang tua-tua cakap sediakan payung sebelum hujan betul tak kawan-kawan..heee ;D



- Posted using BlogPress from my iPad




Monday, 25 June 2012

Adoiiii Malunyaaa!

  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua


Cerita yang Mummy nak share ni cerita minggu lepas, hari ini barulah sempat post..
Lepas habis kerja petang tu, Mummy dan Husband singgah Alamanda cari barang keperluan anak. Sebelum cari barang si mata bulat tu, kami singgah makan kat Chicken Rice Shop untuk buka puasa. Sementara tunggu makanan sampai, seperti biasa kami suka ambil gambar sebagai kenangan bersama, esok2 bila dah tua boleh tengok balik rupa kitaorang time muda..heee ;P









Dalam banyak-banyak sayur, sayur inilah yang Mummy paling tak SUKA!
Gelilah macam rupa cacing pun ada. Sorry ye kepada yang suka makan sayur ni.
Serius Mummy memang tak suka sangat-sangat ;)

Selepas makan kami terus pergi carrefour cari keperluan anak tersayang. Mummy terkejut tengok harga Mamypoko ni, murah sangat-sangat. Padahal harga sebelum ni kami beli mahal. Ha apa lagi Daddy terus borong sampai 3 pek. Kalau harga asal dekat RM 60.00 tau..

Aduhhh malunya nak cerita kat korang apa yang terjadi pada Mummy minggu lepas. Ini gara-gara nak cari sayur bayam lah punya pasal. Sebenarnya bab-bab beli sayur dan ikan ni Mummy tak pandai sangat. Sebab Mummy jarang masuk dapur, sejak dah kahwin ni selalu sangat makan kat luar. Kalau kat rumah mertua pula, bibik dah sediakan semuanya, tinggal nak makan je. Ha bila bibik call suruh beli sayur bayam cemas jugalah nak cari. Kalau setakat carot dengan brokoli tu Mummy taulah, tapi sayur bayam ni buat Mummy pening nak cari tau.


Nampak tak bermacam-macam sayur daun kat belakang tu. Haihh macam manalah Mummy tak pening. Kebetulan ada satu kakak ni tengah pilih-pilih sayur. Dengan muka tak malu Mummy terus tanya dia dengan harapan dia beritahu secepat yang mungkin..

" Kak nak tanya sikit sayur bayam yang mana satu ye? "
" Alah adik sorrylah kakak pun tak tau. Adik tau tak timun kat mana?
(Kita tanya dia, dia tanya kita pula balik..tapi takpelah mungkin dia memang tak tau kot)
" Oh timun bukan kat sini, ada kat hujung sana kak.."
( Bangga dengan diri sendiri dapat tolong kakak tu..hee )

 Tapi yang sedihnya masih tak tau sayur BAYAMMMM!. Mummy dah mula malas nak cari, tanya husband pun sama je dengan Mummy tak tau apa-apa. Tak sampai seminit kakak tu datang balik tapi kali ni bawa husband dia sekali hehehe..

" Adik cari sayur bayam ke? "
" Ya Abang. Sayur bayam yang mana satu ye? "
" Awak dengan isteri saya sama je, sayur pun tak kenal. Dah kahwin ke belum? "
" Ah..dah..dahhh.. "
" Nasib baik awak cantik. Lepasni kena rajin pergi pasar tau.
Kalau boleh belajar dari sekarang ok. " (sambil tunjuk sayur bayam.)
" Ok. Terima kasih abang.." ( tetiba rasa malu..huhuhu -__-" )

Adoi malunyaa! abang tu marah ke apa. Tak kisahlah janji sayur bayam tu dah jumpa.
Mummy berterima kasih sangat-sangat kat abang tu.

Okay rupanya inilah sayur bayam. Lepasni takkan silap lagi..;D


* Pesanan untuk diri sendiri. Lepasni kena banyak belajar
tentang barang dapur bukan tau makan je..heee ;P





Saturday, 23 June 2012

Si mata bulat suka gosok gigi ;D


Hello Assalamualaikum dear friends. Mudah-mudahan kita membuat lebih banyak perubahan yang baik hari ini dari semalam. Hari ini Mummy happy dan rasa bangga sangat sebab Ketua Pengarah UKAS tempat Mummy kerja telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara  ( KSN ) yang baru. Nanti Mummy share dengan korang gambar Mummy dengan Dato tu ye. Hari ini Mummy nak share gambar si mata bulat tu yang suka dan seronok sangat gosok gigi sekarang ni..hee. Sejak dah makan macam-macam ni, Mummy risau pula gigi kesayangan Mummy ni rosak. Kadang-kadang bau mulut dia pun dah bau semacam..hahaha. Kalau kawan-kawan nak tau gigi Daniael Mieqael dah ada 11 batang tau padahal baru 10 bulan, syukur Alhamdulillah membesar dengan sihat..;D

" Bangun pagi gosok gigi cuci muka terus mandi..laalaalaalaa..hehehe
lagu yang Mummy selalu nyanyi untuk Daniael Mieqael setiap pagi
supaya dia semangat nak gosok gigi.. ;D "

Muka tak puas hati bila Mummy cakap mulut dia busuuuukkkkkk!
 itu yang bersungguh-sungguh gosok gigi tu..hehehe

  Muka kesayangan Mummy serius benar gosok gigi..;D




" Daniael Mieqael Sayang, gosok gigi betul-betul tau, jangan main-main pulak " 

" Tengah gosok betul-betullah ni Mummy.."

" Mummy Mummy, lepas gosok gigi Daniael Mieqael nak apple boleh? "

" Boleh Sayang.."

Yeayyyy..Sayang Mummy!

" Mummy, kita dah gosok gigi, boleh tak makan apple ni.."

" Mummy bolehlah Mummy.."

" Betul ke kesayangan Mummy ni dah gosok gigi? "

" Betullah Mummy, mulut kita tak busuk lagi tau, mulut kita dah wangi,
gigi pun dah putih bersih okay! "

Ha tengok ni Mummy putih bersih taakkkkkk!
( Amboi seronok betul tunjuk gigi tuuu..hahahahha )



- Posted using BlogPress from my iPad


Wednesday, 20 June 2012

Si Mata Bulat Genap 10 Bulan

  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Alhamdulillah hari ini Daniael Mieqael genap 10 bulan. Mummy bersyukur sangat sehingga hari ini Daniael Mieqael membesar dengan sihat dan tiada masalah. Malah semakin hari semakin aktif sangat-sangat, tak nak duduk diam langsung. Kalau sebelum ni asyik nak kena dukung je kan, tapi sekarang ni jangan harap nak minta dukung lagi suka bebas sana sini, penat jugalah nak kejar dia.hehehe. Yang Mummy paling risau kalau dia dah start memanjat sana sini, suka hati dia je nak jatuhkan diri, kalau atas katil takpe juga, kalau kat lantai macam mana, Ya Allah sakit tuuuuuu.. ;( tapi yang peliknya si mata bulat ni tak insaf-insaf dah tau sakit tetap nak buat juga, tak pernah putus asa selagi dia tak puas memanjat selagi itulah dia akan terus buat -__-"



Daniael Mieqael sekarang dah makan macam-macam tau. Apa saja yang kami makan dia pun nak makan juga. Pantang tengok orang makan pula tu, terus je buat muka manja-manja nak minta. Kadang-kadang kami tak sampai hati tengok so bagi dia rasa sikit jugalah asalkan dia puas hati kalau tak bagi mulalah nak menangis pura-pura..haihhh manja betul!



Daniael Mieqael dah kurang minum susu, dia lagi suka makan makann dan makannnnn. Mungkin sebab aktif sangat dan nak membesar kot itu yang kuat sangat makan tu. Disebabkan Daniael Mieqael suka sangat makan sekarang ni, maka Mama (mertua) dah belikan macam-macam biskut khas untuk baby. Hah apa lagi si mata bulat ni sukalah. Muka pun hepi je setiap kali dapat biskut..heee



Daniael Mieqael Sayang, Mummy sentiasa berdoa untukmu Sayang
Semoga Hero kesayangan Mummy ni terus membesar dengan sihat
dan sentiasa menceriakan hidup Mummy Daddy setiap hari..

" Happy Birthday yang ke 10 bulan Sayang
Mummy Daddy cinta dan sayang awak sangat-sangat..Muahhhh! "





Tuesday, 19 June 2012

Janganlah Bersedih..

  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua


♥ Janganlah bersedih bila orang lain tidak MEMAHAMI kamu.
Tapi bersedihlah kerana kamu tidak MEMAHAMI orang lain 
♥ Janganlah bersedih bila orang lain tidak MEMPERCAYAI kamu.
Tapi bersedihlah kerana kamu tidak PERCAYA pada diri sendiri 
♥ Janganlah bersedih bila orang lain tidak memberi KESEMPATAN kepada kamu.
Tapi bersedihlah kerana kamu masih belum membuat PERSIAPAN 
♥ Janganlah bersedih bila orang lain tidak MENGHARGAI kamu.
Tapi bersedihlah kerana kamu tidak MENGHARGAI orang lain

*****************
Kata-kata kat atas ni Mummy copypaste dari facebook kawan Mummy
Macam best je setiap maksud ayat ni, peringatan untuk diri sendiri juga..
Tiba-tiba rasa nak share dengan korang. So jangan lupa renung-renungkan ye..TATA! ;D


Ini gambar semalam. Sampai je ofis terus posing..hehehe..;D


Monday, 18 June 2012

Malas Nak Layan!

  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua



Kawan-kawan, ayat kat atas ni pernah tak korang hadapi?
Kalau ikutkan hati memang sakit hati tau berdepan dengan orang macam ni
Tapi bila fikir-fikir balik untuk apa sakit hati, buang masa je kan
So apa yang Mummy buat, orang macam ni Mummy malas nak layan
Suka hati dialah nak cakap apa pun,
Yang penting Mummy bahagia dengan kehidupan Mummy..
Korang pula macam mana? Suka layan orang macam ni ke?




Friday, 15 June 2012

27 Mei 2012 - Perkahwinan Fazrin & Atylia - Part 2

  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua










 
 
Yeayyy Satu Malaysia!..hehehe

Aaaaaaaaaa..geramnyaaaaaa! Hahaha..Mummy suka gambar ni comel!




Inilah pengasuh Daniael Mieqael. Kami panggil dia "Tante" sebaya dengan Mummy, comel tak?
Kadang-kadang Mummy jeles tau kat dia ni, sebab anak Mummy lagi rapat dan manja dengan dia :'(


Tapi takpelah bukan senang tau dapat pengasuh yang boleh jaga anak kita macam anak sendiri.
Mummy bersyukur sangat anak Mummy terjaga dengan baik.;D


















Sayang anak Daddy..muahhhh!


" Daddy Daddy boleh tak makan buah anggur ni? "
" Boleh Sayang ambil lah..;D "


" Nak ambil semua boleh takk? "

 
" Sayang tak boleh lah ambil semua, orang lain pun nak makan juga.. "


Alaaahhh nak jugakkk..boleh lah Daddy please..


" Mummy tolonglah Mummy, nak buah anggur!.."


Hehe..bila semua orang taknak layan apa yang dia nak
Mulalah nak menangis..hahahaha





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page