HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Monday, 30 July 2012

Morning Sickness!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Mabuk kehamilan atau lebih dikenali sebagai morning sickness merupakan alahan wajib di awal kehamilan. Alahan tersebut termasuklah pening-pening, muntah-muntah, loya-loya, angin satu badan, tak sedap perut, tak selesa dan tak lalu makan. Semua ini kebiasaannya akan berkurangan di penghujung trimester 1 dan akan berakhir pada trimester 2. Namun tidak dinafikan ada juga yang mengalaminya sepanjang hamil 9 bulan. Ada yang langsung tidak mengalaminya dan ada juga yang langsung tidak sedar pun sedang berbadan dua.


Untuk pengalaman Mummy masa mengandung anak pertama dan anak kedua sekarang ni, memang tiada banyak bezanya. Semasa pregnantkan Daniael Mieqael, Alhamdulillah Mummy langsung tidak mengalami morning sickness. Tapi yang teruk kena husband tercinta. Rasa kelakar pun ada bila teringat balik kenangan terindah tu. Kalau ingat balik kenangan tu memang kesian sangat tengok Husband masa tu, sampai tak bermaya pergi kerja. Tapi husband tak pernah merungut dan marah-marah, dia lagi rela asalkan bukan Mummy yang melalui morning sickness tu. Apa yang ibu mengandung rasa semasa morning sickness itulah juga yang husband rasa. Setiap pagi mesti rasa loya dan muntah-muntah, selera makan pun hilang. Kalau tak salah Mummy dekat 2 bulan jugalah Husband terpaksa melalui semua tu. Yang comelnya bila husband dah kena morning sickness, ambooiii.. bukan main manja lagi dia, semua pun Mummy kena buat, sikit-sikit panggil Mummy, sikit-sikit Mummy sampaikan nak mandi pun Mummy juga..hahahaha!


Untuk anak kedua pula ni sama juga, Mummy langsung tak mengalami morning sickness, syukur Alhamdulillah. Mesti korang dah jangka siapa yang kena kan..hehehe..sudah pasti husband lah. Tapi kali ni tak seteruk masa anak pertama, kali ni husband rasa mual dan cepat penat je itupun sekejap je adalah dalam seminggu lebih macam tu..comel je Husband Mummy ni kan..hehehe


Tentang selera makan pula, hah jangan cakap Mummy memang kuat makan. Kalau anak pertama tu Mummy suka sangat makan nasi ayam. Kenapa nasi ayam? Mummy pun tak tau kenapa..kuikuikui! Sepanjang Mummy pregnantkan Daniael Mieqael kerja Mummy asyik makan nasi ayam je sampaikan penjual nasi ayam kat putrajaya ni dah kenal muka Mummy..hahahaha. Selain nasi ayam Mummy suka makan buah. Buah? Of course jadi feberet Mummy masa tu. Setiap kali husband keluar outstation atau nak pergi mana-mana mesti dan wajib husband tercinta belikan buah yang banyak untuk Mummy makan sorang. Nasib baiklah husband jenis yang memahami dan setia melayan keinginan Mummy pada bila-bila masa sahaja. Untuk anak kedua pula ni Mummy tak rasa apa-apa lagi, semua pun Mummy suka makan..hehehe
 
Mengikut apa yang Mummy baca, alahan ini berkemungkinan juga disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan memainkan peranan kenapa kita mengalami morning sickness ni. Sebab ada yang teruk sangat sampai masuk wad. Kesian kan bila tengok ada yang sampai tahap macam tu. Sebab tu doktor selalu pesan supaya sentiasa makan dalam kuantiti yang sikit tapi kerap. makan biskut, kacang dan buah pun sudah ok.


Tip untuk mengatasi morning sickness
1. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap
2. Makan makanan yang tinggi karbohidrat dan protein yang dapat membantu mengatasi rasa mual
3. Sewaktu bangun tidur, jangan terburu-buru bangun. Duduk dahulu dan kemudian bangun perlahan-lahan. Jika berasa sangat mual ketika bangun tidur pagi, siapkan snek atau biskut di tempat tidur supaya dapat memakannya terlebih dahulu sebelum berdiri.
4. Hindari makanan yang berlemak, berminyak dan pedas yang akan menambahkan lagi rasa mual
5. Minum air yang cukup jika gejala muntah menjadi-jadi. Minumlah air putih ataupun jus dan hindarkan minuman yang mengandungi kafein dan berkarbonat.
6. Vitamin kehamilan kadangkala memburukkan lagi rasa mual. Tetapi tetap memerlukan folik asid untuk kehamilan ini. Jika keadaan ini masih menjadi-jadi, utarakanlah kepadadoktor supaya dapat memberikan saranan yang terbaik untuk vitamin yang akan di ambil
 7. Vitamin B6 sangat efektif untuk mengurangkan gejala ini pada ibu hamil. Sebaiknya dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
8. Beristirehat dan relax sangat membantu dalam usaha mengatasi rasa mual dan muntah. Stres hanya akan memburukkan lagi keadaan. Luangkan sedikit waktu untuk anda bersantai. Cubalah dapatkan istirehat yang cukup dan santai dengan mendengar muzik, membaca buku bayi atau majalah dan sebagainya.


Sejak pregnant ni tiba-tiba manja semacam dengan husband..heee ;D


Kawan-kawan semua, macam mana pula experience korang dengan alahan atau morning sickness ni?
Ada tak yang pelik-pelik? Jomlah share-share dengan Mummy manalah tau ada yang lagi luar biasa..hehehe





Friday, 27 July 2012

Pregnancy Checkup - Minggu Ke-6

Assalamualaikum dan salam jumaat semua

Semalam Mummy checkup kat hospital putrajaya ditemani husband tercinta. 
Macam biasa banyak prosedur yang perlu dibuat, check tekanan darah, air kencing, berat badan dan akhir sekali scan perut. Tekanan darah Mummy ok, air kencing pun ok tapi berat badan Mummy naik sedikit. Sebelum ni 49Kg bila timbang semalam dah naik sebanyak 50.30kg..huhuhu tak lama lagi Mummy akan gemuk semula tapi takpelah asalkan baby Mummy sihat. Selepas semuanya ok, doktor scan perut pula. Mula-mula scan tu memang tak nampak apa sebab doktor cakap baby kecil sangat susah nak tengok. Mummy dan husband dah mula cemas. Doktor terus scan dan cuba cari sampai dapat di mana kedudukan jantung baby, hampir setengah jam jugalah akhirnya jumpa juga..Syukur Alhamdulillah..;D

  Alhamdulillah Kandungan Mummy dah genap 6 minggu 4 hari. Nampak kecil je kan..hehehe
 Doktor jangkakan Mummy akan bersalin 17 Mac 2013..InsyaALLAH.

" Pada Minggu ke-6 Embrio kelihatan seperti berudu. Pada minggu ini kita sudah dapat mengenali kepala, ekor, tangan dan anggota badan yang lain yang masih berbentuk seperti tunas. Pembentukan awal hati, pankreas, paru-paru, kelenjar tiroid dan jantung juga terjadi pada saat ini "


Sementara menunggu nama kena panggil Mummy nak posing dululah..hehehe

 Setiap kali nak buat pemeriksaan kesihatan kat hospital / klinik putrajaya perlu bawa buku kuning ni.
Kandungan Mummy baru genap 6 minggu so buku khas warna pink untuk ibu-ibu mengandung Mummy tak dapat lagi. Sebab syaratnya kena tunggu minggu ke-10 barulah boleh buka buku pink tu.


 Semalam kami datang awal, jam 8.00 pagi macam tu dah sampai. Keadaan dalam hospital tu memang aman je rasanya, tak ramai orang, tak sibuk. Tunggu giliran kena panggil pun tak lama, cepat je. Mummy suka suasana macam ni. Mummy cepat pening kepala kalau tengok terlalu ramai orang tak tau kenapa.
Mungkin pembawaan budak kot -____-"

Selepas semuanya settle. Doktor bagi beberapa jenis vitamin yang perlu Mummy makan setiap hari. Obimin, folik asid, ubat deman dan kalsium. Obimin, folik asid dan kalsium Mummy wajib makan setiap hari kecuali ubat demam, makan bila perlu sahaja. Mummy tak faham kenapa doktor bagi ubat demam sedangkan Mummy tak demam pun. Tapi doktor cakap suhu badan Mummy panas dan perlu banyak berehat. Bila doktor dah cakap macam tu, Mummy ikut jelah sebab doktor lebih tau apa yang terbaik untuk kita. Selain itu doktor juga sarankan Mummy minum susu 2 kali sehari untuk kebaikan ibu dan anak.

 So petang tu balik je dari kerja kami singgah Alamanda untuk cari susu Anmum. Susu Anmum Materna ada 2 jenis perisa, perisa original dan coklat. Mummy lagi suka minum susu Anmum Materna berperisa original sesuai dengan tekak Mummy. Time pregnantkan Daniael Mieqael pun Mummy minum susu ni, Alhamdulillah semuanya okay..;D
 
 Buat ibu yang mengandung, sistem penghadapan yang baik adalah penting. Anmum Materna ni sangat sesuai buat ibu-ibu yang mengandung. Sebab nutrisi yang terkandung dalam susu ni cukup lengkap buat anak yang dikandung. Probio DR10 dan Prebiotik kini dilengkapi. Lebih berkhasiat dan semakin menjadi pilihan ibu-ibu di malaysia begitu juga dengan Mummy. Setiap kali Mummy minum susu Anmum Materna ni Mummy rasa bertenaga je setiap hari..;D

 Kawan-kawan semua doakan Mummy terus kekal sihat sepanjang mengandung ni ye. 
Selamat berpuasa dan selamat berhujung minggu semua..Tata ;')


Wednesday, 25 July 2012

Wordless Wednesday - 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Setiap pagi sebelum Mummy Daddy pergi kerja, Daniael Mieqael akan duduk dalam walker
untuk buat senaman pagi dengan aktifnya.









Daniael Mieqael Sekarang ni dah pandai tau, Mummy Daddy keluar je dari rumah mulalah nak menangis,
cepat-cepat kejar Mummy Daddy dia sampai pintu, nak ikutlah tu. Dia ingat Mummy Daddy
nak keluar jalan-jalan agaknya padahal nak pergi kerja..hehehehe




Tuesday, 24 July 2012

Rezeki Anak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua


Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Syukur ya Allah atas rezeki yang kau limpahkan kepada kami sekeluarga. Memang betullah orang tua-tua cakap, bila dah ada anak rezeki yang kita tak sangka-sangka akan datang tanpa kita sedar. Mungkin itulah yang dikatakan rezeki anak. Setiap anak masing-masing ada rezekinya sendiri. Alhamdulillah anak kedua yang Allah kurniakan kepada kami membawa tuah kepada husband tercinta. Sekarang Husband dah dapat tawaran kerja baru yang jauh lebih baik dari sebelum ni. Mummy bukanlah nak kata tempat kerja lama tak ok, ok juga sebenarnya cuma kali ni lebih ok dan paling terbaik sebab husband dah lama teringin nak kerja kat Syarikat besar, Alhamdulillah akhirnya impian husband tertunai juga. Terima kasih Ya Allah..





Monday, 23 July 2012

Panduan Ibu Hamil Berpuasa


BAGI wanita yang mengandung tentu mempunyai banyak persoalan sama ada kehamilan dan berpuasa mempunyai kesan sampingan terhadap bayi mereka. Umum mengetahui bahawa Islam memperuntukkan pengecualian berpuasa semasa bulan Ramadan ini kepada golongan tertentu, antaranya:
1. Wanita yang kandungan mereka mencapai trimester ketiga (tiga bulan terakhir) dan akan melahirkan anak pada bila-bila masa atau mana-mana minggu di mana mengandung dan berpuasa membahayakan kesihatan, mengikut doktor yang merawat mereka.

2. Wanita yang menyusukan anak

3. Wanita yang sedang haid

4. Wanita yang mengalami nifas (dalam pantang bersalin)

KEHAMILAN merupakan suatu perubahan fisiologi wanita yang berlaku untuk tempoh sembilan bulan dan disusuli dengan tempoh berpantang. Kebetulan masuk bulan Ramadan, wanita yang hamil juga ada kalanya ingin menjalani ibadah tersebut. Namun, terdapat beberapa aspek perlu difahami mengenai amalan berpuasa di kalangan wanita yang sedang hamil. Jika berpuasa dikhuatiri akan menjejaskan kehamilan, maka seseorang bolehlah untuk tidak berpuasa. Ada beberapa panduan untuk ibu hamil yang ingin berpuasa

1. Sebaik-baiknya sebelum ibu hamil mengambil keputusan untuk berpuasa, mereka perlu mendapatkan nasihat doktor masing-masing sama ada boleh berpuasa atau sebaliknya. Kesihatan janin semasa ibu mengandung boleh dilihat dari dua segi iaitu pemakanan ibu dan gangguan metabolisme badan ibu. Sebelum melaksanakan ibadah puasa, berbincanglah terlebih dahulu dengan doktor peribadi antenatal anda kerana beliau lebih mengetahui akan sejarah kandungan dan juga sejarah kesihatan anda. Berkemungkinan doktor menasihati agar anda tidak berpuasa sekiranya menghidapi penyakit kencing manis yang memerlukan rawatan insulin, darah tinggi dan juga mengalami permasalahan dengan sistem pencernaan terutamanya loya dan muntah semasa awal mengandung. Sama ada berpuasa atau tidak, pemakanan sihat sangat mempengaruhi perkembangan janin dan bayi yang bakal dilahirkan.

2. Wanita yang mempunyai masalah seperti kencing manis kronik, darah tinggi, masalah ulser, sistem pencernaan dan sebagainya, mungkin dinasihatkan doktor agar tidak berpuasa.

 3. Ibu hamil memerlukan air yang mencukupi, sekurang-kurangnya dua liter setiap hari (bersaiz empat botol kecil air mineral atau lapan hingga 10 gelas) bagi membantu mengurangkan dehidrasi atau kekeringan.

4. Ibu hamil juga disyorkan melambatkan waktu bersahur kepada jam terakhir sebelum imsak serta tidak melambat-lambatkan berbuka apabila sampai waktunya bagi membantu mengurangkan tempoh berpuasa kepada hanya perlu sahaja.

5. Sesetengah ibu hamil yang berpuasa mengalami ketosis iaitu masalah yang berlaku dalam keadaan kelaparan yang lazimnya terjadi apabila berpuasa melebihi 16 jam terutamanya bagi wanita yang mempunyai penyakit kencing manis ataupun penyakit kurang zat makanan. Situasi tersebut akan menghasilkan bahan ketone yang mungkin boleh memberi kesan negatif kepada wanita dan perkembangan janin dikandungnya.

 6. Jika ibu yang hamil sedar, mereka sememangnya tidak mengambil keperluan pemakanan yang mencukupi dan tidak bermaya, atau mengalami simptom-simptom hipoglisemia iaitu kekurangan gula dalam darah dan pening kepala, berpeluh-peluh dan sebagainya, mereka dinasihatkan berbuka puasa.

Perubahan kehamilan untuk menyesuaikan diri ketika berpuasa.
* Trimester pertama (tiga bulan pertama kehamilan).
Petanda-petanda morning sickness seperti tekak loya, pening kepala dan tidak berselera makan.
Pilih makanan bersesuaian dan kurang mengambil makanan berminyak serta gandakan meminum banyak air.
Pengambilan pil asid folik pula pada sebelah malam dan bukannya sewaktu bersahur supaya kesan sampingan seperti berasa loya dan bau ketika sendawa.

* Trimester kedua (bulan ke-4, 5 dan 6 kehamilan)
Pada waktu ini morning sickness dijangka telahpun reda, namun berlaku penurunan tekanan darah dari paras biasa menyebabkan ada yang mudah pitam terutamanya jika berdiri untuk tempoh yang lama. Minum air yang mencukupi selepas berbuka puasa serta tidak berdiri lama dapat mengurangkan masalah ini.

* Trimester ketiga (bulan ke -7 hingga kelahiran)
Wanita lebih mudah penat apabila bergerak akibat saiz kandungan yang semakin besar. Banyakkan berehat dapat membantu.

Gambar kenangan semasa mengandungkan Daniael Mieqael 7 bulan

Panduan ibu hamil berpuasa ni Mummy copypaste je daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Mungkin di luar sana ramai yang masih ragu-ragu sama ada nak berpuasa atau sebaliknya. Panduan ini juga sebenarnya untuk Mummy sendiri. Senang tak payahlah orang lain nak paksa-paksa sebab kita bukan suka-suka hati tak nak berpuasa. Kalau boleh dan seboleh-bolehnya Mummy nak berpuasa juga macam orang lain sebab Mummy jenis yang malas nak ganti-ganti puasa. Tapi nak buat macam mana, lagi-lagi dalam keadaan trimester pertama ni Mummy perlu jaga betul-betul kandungan Mummy. Sebab kandungan Mummy masih tak cukup kuat lagi, baru je 6 Minggu macam-macam boleh berlaku. Doktor pun ada nasihatkan supaya Mummy perlu berhati-hati dan buat masa ni jangan berpuasa takut membahayakan kesihatan ibu dan anak. Tapi orang ni tak faham-faham, biarlah orang ni nak cakap apa pun lantaklah! Mummy bukan sengaja pun atau malas nak berpuasa. Bukan dia yang mengandung pun, kalau cakap je memanglah senang. Tapi dia tak rasa apa yang kita rasa dan tanggung semasa mengandung ni. Biarlah, suka hati kaulah nak cakap apa pun. Apa saja amalan yang Mummy buat sama ada baik mahupun yang kurang baik biarlah Mummy dan Allah saja yang tau itu lagi penting. Tak payah nak kecoh-kecoh nak paksa-paksa pula, dalam islam pun tiada paksaan. Oopsssss! Mummy terlebih marahlah pula. Minta maaf kawan-kawan, Mummy tiada niat nak marah-marah di bulan mulia ni.
Sekadar berkongsi rasa je. Alhamdulillah Mummy dah ok. Selamat berpuasa semua..TATA! ;D





Friday, 20 July 2012

Daniael Mieqael Genap 11 Bulan

Assalamualaikum dan salam jumaat semua

Alhamdulillah hari ini Daniael Mieqael genap 11 bulan. Tinggal 1 bulan je lagi anak kesayangan Mummy genap setahun. Tak sabar rasanya nak tunggu saat itu. Yang bestnya bulan depan Daniael Mieqael akan sambut ulangtahunnya yang pertama time hari raya nanti, InsyaAllah kami akan sambut kat Sabah. 
Wah mesti ramai yang balik awal hari ini sebab tak sabar-sabar nak sembahyang terawih, lepastu malam ni pula dah mula bersahur. Alangkah bahagianya kalau time ni Mummy kat Sabah, boleh cium peluk tangan ibu bapa dan adik beradik Mummy untuk mohon ampun dan maaf. Tiba-tiba Mummy rasa sebak pula sebab jauh dari mereka semua. Ya Allah rindunya kat mereka semua, kenapa Mummy rasa nak menangis pula ni, adakah sebab pembawaan baby dalam perut ni tiba-tiba je jadi sensitif sangat ni ;(
Budaya kat sini sangat berbeza, perasaan sayang antara satu sama lain tak sama macam kat Sabah. Kat sini masing-masing buat hal sendiri, susah Mummy nak cakap tapi itulah yang Mummy rasa. Alhamdulillah Husband sentiasa ada disisi, taklah rasa pelik sangat dengan keadaan macam tu, bolehlah terima sikit-sikit.
 
Ramadhan tahun ini adalah ramadhan pertama Mummy sebagai isteri. Tahun lepas Mummy sambut Ramadhan tanpa suami tercinta disisi sebab terpaksa balik Sabah untuk menanti saat-saat kelahiran si mata bulat Mummy. Alhamdulillah tahun ini kami sambut ramadhan bersama. Bukan berdua je tapi dengan si mata bulat dan insyaAllah tahun depan berempat pula..hehehe. Oklah jom kita layan gambar-gambar si mata bulat Mummy ni yang semakin hari semakin matang dan faham keadaan sekeliling. Mudah-mudahan anak Mummy terus membesar sebagai juara yang paling comel..hehehe











Mummy sekali lagi ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa semua. Malam ni jangan lupa sahur ye dan puasa betul-betul tau..heeee  TATA! ;D



Thursday, 19 July 2012

40 Minggu Yang Indah ;D

  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Entry ini sekadar berkongsi rasa gembira di atas rezeki yang diberikan.  Alhamdulillah kami sekeluarga diberi peluang untuk merasai pengalaman indah buat kali kedua. Terima kasih Ya Allah kerana melimpahkan rezeki buat kami sekeluarga. Syukur sangat-sangat Ya Allah.. 


Tak sangka sekali lagi Mummy akan melalui 40 minggu yang indah dalam hidup Mummy buat kali kedua. Tiba-tiba rasa teruja dan berdebar pula kerana akan melalui sekali lagi semua pengalaman indah semasa mengandung, melahirkan, menyusukan anak, berpantang, dan ohh semestinya berjaga malam!
Hewhewhew ;D


Saat doktor sahkan Mummy mengandung 5 minggu, macam-macam perasaan yang bermain
difikiran Mummy ketika itu rasa teruja, gembira, sebak, nak menangis dan tak percaya pun ada.
 " Ya Allah betul ke aku mengandung, Syukur Alhamdulillah " hanya itu yang mampu Mummy katakan saat itu dengan rasa penuh bersyukur sangat. Sebelum ini, Mummy dan husband sebenarnya dah buat perancangan keluarga, kalau nak baby lagi biarlah anak kesayangan kami genap 2 tahun. Tapi Allah dah bagi rezeki awal, so kami suami isteri terima seadanya dengan perasaan sangat-sangat bersyukur dan gembira. Perasaan kami suami isteri hanya Tuhan saja yang tahu..Terima kasih atas segalanya Ya Allah..


Tiada tanda-tanda seperti kehamilan pertama 2011, rupa-rupanya kandungan Mummy dah pun masuk 5 minggu dan insyaAllah bakal dilahirkan pada tahun hadapan 2013. Semasa kehamilan pertama sebelum ni Mummy rasa pening-pening dan demam selama seminggu dan bila jumpa doktor rupa-rupanya Mummy dah mengandung 2 minggu. Tapi kali ini Mummy langsung tak rasa apa-apa, sebab itulah Mummy macam tak percaya je mengandung..hehehe.


Nampaknya Mummy kena study kembali buku-buku tentang kehamilan. Walau pun Mummy dah pernah mengandung sebelum ni, tapi banyak benda juga yang Mummy langgar tentang pantang larang untuk ibu-ibu mengandung ni, jadi untuk kehamilan kali kedua ni Mummy kena pantang betul-betul, tak boleh ikut perasaan sangat terutamanya bab-bab pasal makanan. Iyelah bila dah jadi mak boyong ni macam-macam yang kita rasa nak makan, tak fikirpun apa yang kita makan tu sesuai ke tidak untuk bayi dalam kandungan kita. Husband pun terlibat sama tak boleh makan suka hati..hehehe




 Gambar-gambar kat atas ni gambar kenangan terindah semasa mengandungkan si mata bulat Mummy Muhammad Daniael Mieqael yang kini dah nak masuk 11 bulan ;D

Hai kawan-kawan semua, doakan Mummy agar dapat menjalani 40 minggu yang indah ini dengan baik dan dipermudahkan ye. Kepada kawan-kawan yang sedang mengandung, jalanilah saat-saat indah ini dengan penuh rasa bersyukur dan sabar. Kepada yang masih ternanti-nanti kehadiran si kecil, janganlah pula terlalu emosi, kerana dia lebih tahu bila saat yang sesuai untuk saat bahagia itu. Percayalah Allah maha adil, semua wanita pasti akan melaluinya. Dan last sekali Mummy nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa semua. Tata! ;D


Monday, 16 July 2012

Si Mata Bulat Suka Menyanyi


  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Dah lama  tak cerita pasal perkembangan si mata bulat ni kan, mesti korang dah rindu betul tak?
( eh.. macamlah ada yang kisah..kuikuikuikui ;D ) Tak kisahlah, ada yang nak kisah ke tak nak kisah ke suka hati koranglah. Inikan blog Mummy jadi suka hati Mummylah nak cerita apa pun betul tak kawan-kawan ;p
Oklah setakat ini Alhamdulillah, buah hati Mummy tetap sihat seperti biasa. Cuma ada perubahan sikit-sikitlah, Mummy dan Husband pun baru perasan. Perubahan yang Mummy maksudkan tu sangat-sangat luar biasa. Daniael Mieqael sekarang suka sangat menyanyi tau, kali pertama Mummy dengar pun memang terkejut. Macam tak percaya je apa yang Mummy dengar tapi bila Mummy dengar betul-betul memang sah Daniael Mieqael tengah menyanyi! berbeza sangat time dia potpetpotpet sendiri. Mummy terus panggil Husband dan suruh dengar sendiri, husband pun terkejut sama, kami saling berpandangan dan akhirnya ketawa bersama sebab geli hati tengok si mata bulat ni tiba-tiba je menyanyi..HAHAHA!. Nampak gayanya Daniael Mieqael sama je dengan aunty-aunty dia kat Sabah suka menyanyi, orang Sabah kan suka menyanyi termasuk Mummy dialah kot..huhhuhu. Biasalah Daniael Mieqael kacukan Sabah bah itu..hehehe

Haa tengoklah aksi si mata bulat ni menyanyi dengan penuh perasaan gitu..hehehe

Amboi kesayangan Mummy nak jadi artis ke menyanyi sakan nampak..;D
 







Perkembangan seterusnya suka sangat buli Daddy dia kaw-kaw!..hehe


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page