HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 30 August 2012

Aidilfitri 2012 - Raya Pertama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua!


Alamak lamanya tak buka blog ni, rasa macam dah berhabuk pun ada..hehehe
Mummy sebenarnya memang tak sempat pun nak buka blog ni apatah lagi nak update
Mummy terlampau sibuk sangat sejak bercuti sakan ni. Tetamu yang datang beraya pula tak habis-habis, Mummy dengan husband perlu layan sebaik yang mungkin, kalau tak alamatnya tak pasal-pasal kami kena cakap sombong pula. Iyelah kami kan datang dari jauh balik setahun sekali pula tu, ramai saudara mara yang nak tengok kami secara langsung lagi-lagi si mata bulat tu, kalau sebelum ni tengok kitaorang kat facebook je..hehehe ( terasa macam artislah pula..heee ;D )

Mummy sebenarnya banyak cerita yang nak share dengan korang sepanjang bercuti kat sabah
 Macam-macam kenangan terindah bersama keluarga disana dan semuanya sangat-sangat best!
Tapi untuk hari ini Mummy nak share kenangan terindah Mummy sekeluarga di hari raya pertama
Ok tahun ni Mummy dan husband memang dah plan nak pakai pink
Kenapa pink? Mummy saja nak dera husband sebenarnya..hahahaha (kejam kan kann..hahaha!)
Takdelah, Mummy tak sekejam itu. Mummy dan Husband memang dah sepakat pilih pink rasa macam comel je..

Husband : Sayang tahun ni kita pakai baju raya color apa?
Mummy : Rasa macam nak pakai color pinklah sayang (tujuan asal nak bergurau je)
Husband : Betul ke sayang nak pakai pink ni?
Mummy : Kenapa tak boleh ke, kalau tak boleh kita pakailah color lain..
Husband : Tak perlulah color lain, pink pun ok asalkan sayang happy..
Mummy : Betul ke ni, kalau color merah?
Husband : Taknaklah! asyik2 merah je, tunggu tahun depanlah pula tunggu adik Daniael Mieqael keluar...
Mummy : Yeayyyy! sayang Daddy!..


Wahh nampak pink gitu..Comel tak!.. comel tak!..


Alamak mata Mummy bengkaklah..huhuhuhu. Tak kisahlah janji dah minta ampun dan maaf pada husband tercinta, ibu bapa dan adik beradik yang lain. Mummy memang jenis yang sensitif mudah sangat nak menangis. Raya pertama Mummy antara orang yang paling banyak menangis, terasa diri ini banyak sangat dosa. Mummy tak boleh kawal perasaan Mummy sewaktu bersalam dan mencium tangan husband selepas solat raya untuk meminta ampun dan maaf. Hanya tuhan saja yang tau perasaan Mummy, tak pernah lagi Mummy menangis sampai macam tu. Ya Allah semoga kami terus kekal bahagia selamanya..Aminn..


Si mata bulat Mummy yang sentiasa aktif dan ceria. 
Kerja dia asyik nak makan kuih raya je..hehe

Daddy jelah yang rajin layan perangai anak bujang dia tu, 
Asyik-asyik nak makan kuih raya, sampai Mummy dah tak larat nak layan..hahaha

Daniael Mieqael anugerah paling terindah untuk kami terima kasih Allah..


Hehe..like father like son, aktif bukan main lagi asyik nak bebas je
Daddy nak pegang pun tak boleh..
Nampak sangat Daniael Mieqael pun nak beraya sakan..haha!






Thursday, 16 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri Semua!



Assalamualaikum dan Selamat bercuti Semua..

Mummy Sekeluarga ingin mengambil kesempatan sekali lagi untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua pengunjung dan kawan-kawan Mummy yang terus setia singgah ke blog ini. Adalah diharapkan agar kita semua berhati-hati di jalan raya ketika pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing bersama keluarga tersayang. Sebelum kita semua memulakan perjalanan pulang ke kampung, Mummy nak share satu doa agar kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Menunaikan Solat Hajat dua rakaat serta memohon doa seperti berikut

 "Ya Allah Ya Tuhanku, sebentar lagi aku dan keluarga ku akan pulang ke kampung untuk menyambut hari raya Aidilfitri. Engkau selamatkanlah diriku dan keluargaku dari sebarang kemalangan samada aku melanggar orang, dilanggar orang ataupun terbabas dengan sendiri. Engkau selamatkanlah kami disepanjang perjalanan sehingga kami pulang semula ke tempat mencari rezeki dengan selamat....Amin"

Setelah itu, apabila masuk di dalam kereta hendaklah membaca doa naik kenderaan seperti yang terdapat di dalam Al-Quran iaitu surah Az Zukhruf Ayat 13-14 yang bermaksud :

 "Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!"

InsyaAllah sesama kita lakukan yang terbaik dan berserah kepada Yang Maha Esa.



" Hai kawan-kawan semua!
Daniael Mieqael pun nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua
Terima kasih sudi singgah ke Blog SupercuteMummy saya.
Andai kata Mummy saya pernah tersilap kata silalah maafkan ye..
 Dan doakan perjalanan kami selamat ye. Babai dan terima kasih semuaaaaaa! ;D "

Wednesday, 15 August 2012

Tak Sabar Nak Balik Kampung!



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Adoiiii lambatnya masa berlalu...
 Masuk kerja pun tiada guna, bukannya ada kerja pun, kenapalah bos tak bagi cuti je ;(
Baru hari rabu tapi mood Mummy dah tak sabar nak tunggu hari jumaat ni
Adoii dalam kepala otak Mummy sekarang ni nak balik kampunggggggg jeeeeee!

Jeles tau tengok kawan-kawan lain dah start cuti raya
ada yang dah nak balik kampung hari ini dan esok padahal kampung dekat je..
Alangkah bestnya kalau Mummy boleh bercuti awal, taklah Mummy meroyan macam ni..hehehe
Tapi yang sioknya kali ni Mummy cuti sakan..( tiba-tiba eksyen pula..hehehe )
Mummy ambil cuti raya dekat 2 minggu.. huhuhhu
Lantaklah dengan kerja tu Mummy malas nak fikir
Janji Mummy happy dengan family..hahahaha
kepada kawan-kawan yang dah nak balik ke kampung tu,
berhati-hatilah dijalan raya dan ingatlah orang-orang yang tersayang..

 " SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN "


Oppsssssss! Sebelum tu jom kita layan si mata bulat ni
Sejak nak jadi abang ni rajin benar cuci botol sendiri..hehehehe












Tuesday, 14 August 2012

Zakat Fitrah


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua
 


Alhamdulillah minggu lepas Husband dah bayar Zakat Fitrah untuk kami sekeluarga.
Kawan-kawan Mummy pula macam mana dah bayar zakat fitrah tak? Kalau dah bayar awal-awal tu Alhamdulillah. Tapi yang tak bayar lagi tu jangan risau masih ada masa lagi, 
yang penting kena jalankan tanggungjawab masing-masing okay. 
Sebagai panduan bersama Mummy share tentang Zakat Fitrah dan
Jadual Zakat Fitrah untuk tahun 2012.

Kadar Zakat Fitrah 2012


MAKNA
Zakat Fitrah ialah zakat badan yang diwajibkan ke atas semua orang Islam tanpa mengira umur dan di mana sahaja mereka berada untuk menyempurnakan ibadat puasa bulan Ramadhan dan ianya dikeluarkan mengikut kaedah dan peraturan tertentu .

Benda yang dijadikan zakat fitrah ialah makanan utama sesebuah negara seperti beras di Asia , gandum di Eropah dan sebagainya .

Kadar yang diwajibkan bagi setiap orang ialah satu gantang Baghdad menyamai kira-kira 3 1/ 8 cupak malaysia atau 3 ¼ liter atau 2.56 kilogram .

DALIL WAJIB ZAKAT FITRAH
Diriwayatkan oleh As-syaikhani dari Ibnu Umar r.a beliau berkata yang bermaksud : " Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat fitrah bulan Ramadhan sebanyak satu sa' kurma atau satu sa' gandum keatas setiap orang yang merdeka , hamba lelaki atau perempuan, besar atau kecil dari kaum muslimin" .

HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT FITRAH
Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Ibnu Abbas r.a beliau berkata yang bermaksud : " Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat fitrah untuk membersihkan orang yang berpuasa dari perkara ( percakapan / perbuatan ) yang lagha dan tidak ada manfaat .

Untuk memenuhi keperluan orang -orang miskin dan mengelakkan mereka daripada meminta-minta yang boleh menjatuhkan maruah dan air muka mereka berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang dikeluarkan oleh Al-Hakim yang bermaksud : " Hindarkanlah mereka daripada meminta-minta pada hari ini" .

Menimbulkan rasa kasihan dan kasih sayang terhadap orang-orang miskin yang merupakan saudara kita semua sebagai umat Islam yang berkasihan kerana Allah .

Memberi peluang kepada orang-orang miskin untuk menikmati dan berkongsi kegembiraan Syawal .

SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH
Orang yang mengeluarkannya mestilah Islam dan merdeka .

Mempunyai kemampuan harta yang lebih daripada keperluan utama seperti makan minum, pakaian dan tempat tinggal bagi dirinya sendiri dan orang lain yang dalam tanggungannya termasuklah binatang ternakannya pada malam dan siang hari raya .

Wajib zakat setelah tenggelam matahari akhir bulan Ramadhan. Ianya tidak wajib keatas :
1- orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramadhan .
2- kanak-kanak yang dilahirkan selepas terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramadhan .
3- orang yang baru memeluk Islam selepas terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramadhan .

Juga tidak wajib keatas seseorang suami membayar zakat fitrah Isteri yang dikahwininya selepas terbenam matahari pada hari Akhir bulan Ramadhan .

WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH
Waktu harus - awal Ramadhan sehingga hari akhir Ramadhan
Waktu wajib - terbenam matahari pada hari akhir Ramadhan
Waktu afdal - selepas solat subuh hari raya sehingga sebelum Didirikan solat hari raya .

Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah dari Ibnu Abbas r.a yang bermaksud : " Rasulullah S.A.W mewajibkan zakat fitrah kerana membersihkan dosa orang-orang yang berpuasa dan memberi makan kepada orang-orang yang miskin . Sesiapa yang menunaikannya sebelum solat hari raya maka zakatnya diterima dan sesiapa yang menunaikannya selepas solat maka zakatnya itu merupakan sedeqah" .
Waktu makruh - selepas solat hari raya tetapi sebelum terbenam matahari pada hari raya pertama .
Waktu haram - selepas terbenam matahari pada hari raya tanpa sebarang halangan dan keuzuran .

NIAT MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH
i.Bagi diri sendiri - " Inilah wang harga beras fitrah bagi menunaikan zakat fitrah yang wajib bagi diriku pada tahun ini kerana Allah Taala" .
ii. Bagi diri sendiri dan tanggungan - " Inilah wang harga beras fitrah bagi menunaikan zakat fitrah yang wajib bagi diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Taala" .
iii. Sebagai wakil - " Inilah wang harga beras fitrah bagi menunaikan zakat fitrah yang wajib keatas ( sebut nama orang yang mewakilkannya ) yang mewakilkan kepadaku menunaikannya pada tahun ini kerana Allah Taala" .

GOLONGAN YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT
Berdasarkan firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 60, dapat disimpulkan bahawa golongan yang berhak menerima zakat sebanyak lapan golongan ( asnaf ) :
· Faqir
· Miskin
· Amil
· Muallaf
· Hamba yang hendak merdeka dengan bayaran
· Orang yang berhutang
· Orang yang berjuang pada jalan Allah
· Ibnu sabil ( orang yang sedang musafir bukan untuk maksiat dan mengalami kesengsaraan atau putus perbelanjaan )

GOLONGAN YANG TIDAK BERHAK MENERIMA ZAKAT
· Orang kaya - harta , tenaga dan penghasilannya .
· Hamba yang mendapat nafkah, upah dan tanggungan tuannya ( majikan ) .
· Keturunan Rasulullah S.A.W ( keturunan Bani Hashim dan Bani Abdul Muttalib
· Orang kafir · Orang yang dalam tanggungan penjaganya .

HIKMAH MENGELUARKAN ZAKAT
i. Dapat mensucikan diri dan jiwa dari sifat-sifat mazmuzah ( tercela ) seperti kedekut, hasad dengki, sombong, takabbur, pentingkan diri sendiri, cintakan dunia dan sebagainya .
ii.Membentuk akhlak mahmudah ( mulia ) seperti infaq, sedeqah, cintakan akhirat, kasih dan simpati terhadap orang yang tidak bernasib baik dan miskin dan sebagainya .
iii Mengembangkan harta dan mensucikannya .
iii.Merupakan manifestasi terbesar syukur diatas nikmat Allah Yang Maha Kaya .





Monday, 13 August 2012

Sekadar Renungan Bersama 3

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Dalam beberapa hari lepas Mummy terlalu sibuk sangat. Mummy sendiri tak faham apa yang Mummy sibukkan sangat sampai terlupa nak update blog kesayangan Mummy ni..hehehehe

 Pagi-pagi lagi dalam kereta sempat posing gitu..heheheheehe


Pagi tadi Mummy pergi checkup macam biasa di hospital Putrajaya. 
Alhamdulillah baby dah genap 9 minggu. Jam 2 petang tadi baru masuk kerja, 
kalau ikutkan hati malas sebenarnya nak masuk kerja, tidur lagi bagus..heheheehe. 
Nasib baiklah hari ini tak banyak kerja bolehlah update blog ni sekejap
dan terjah blog kawan-kawan yang lain ;')


Hari ini Mummy sekadar nak share satu perkara yang Mummy rasa penting untuk kita semua.
Mummy pun sebenarnya baru tau perkara ni. Mummy percaya ibu-ibu diluar sana pasti inginkan anak yang baik dan terbaik kan. Jadi jangan lupa renung-renungkan perkara ni ye..Tata semua!




Wednesday, 8 August 2012

Wordless Wednesday - 2



Alhamdulillah usia kandungan Mummy genap 2 bulan


Tuesday, 7 August 2012

Tiket Balik Kampung


 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua


Apa khabar semua hari ini? Semoga semua terus kekal sihat sepanjang bulan ramadhan ini.
Hari ini Mummy happy sangat, tiket balik Sabah dah dapat.
Untungnya kerja dengan kerajaan, pergi dan balik kampung pun dapat tiket free
bukan untuk Mummy seorang je, tapi anak dan Husband pun dapat.
Tak sia-sia kerja dengan kerajaan banyak faedah yang Mummy dapat sekeluarga, Syukur.
Tahun ni dapat 3 tiket free, InsyaAllah tahun depan pula dapat 4 tiket free..hehe..bestnyaaaaa!

  
 
Hero Mummy baru bangun. Daniael Mieqael sebijik macam Daddy dia tau
Setiap kali bangun tidur suka sangat termenung lama-lama macam ni
 Mummy panggil-panggil pun tak nak layan, sabar jelah -___-"

 
 
Hmmmm Mummy sebenarnya tengah fikir macam mana nak balik kampung ni
boleh ke si mata bulat ni nak sesuaikan diri di Sabah. Sebab Daniael Mieqael ni manja sangat tau
jenis pilih-pilih orang, kalau tak kenal faham-faham jelah terus menangis,
 kalau nampak Mummy dia lagilah jangan harap orang lain boleh dukung ;(
Keluarga kat Sabah dah tak sabar-sabar nak tengok si mata bulat ni
harap-harap Daniael Mieqael dapat sesuaikan diri. Dekat setahun Mummy tak balik Sabah.
Tuhan je yang tahu betapa rindunya Mummy dengan family

" Alahai Sayang janganlah buat hal kat Sabah ye. Anak Mummy kena jadi goodboy tau
kena senyum dengan semua orang okay "


Masa ni Mummy dah genap 5 minggu, tak tau pun sebenarnya Mummy pregnant
Patutlah setiap kali Mummy dukung Daniael Mieqael, Mummy cepat sangat penat
Rupa-rupanya Daniael Mieqael dah ada adik dalam perut ni..hehehe



Sedihnya Mummy dah tak boleh dukung Daniael Mieqael macam biasa.
Doktor dah pesan Mummy tak boleh buat kerja berat-berat,
apatah lagi nak dukung anak kesayangan Mummy ni memang sedih sangat.
Tapi nak buat macam mana kan untuk kebaikan Mummy juga.
Kadang-kadang Mummy dukung juga tapi itupun sekejap je sebab husband bising
kalau Mummy dukung lama-lama. Setakat ini Alhamdulillah Daniael Mieqael dah okay sikit
 Kalau sebelum ni meragam jugalah menangis semahu-mahunya. Mesti dia pelik kenapa Mummy tak dukung dia macam biasa. Tapi sekarang dia dah mula faham kenapa Mummy tak boleh dukung lama.
Daniael Mieqael dah serasi dengan Daddy. Daddy jelah yang rajin dukung Daniael Mieqael sekarang.
Lagipun Daddy sekarang tengah belajar nak urus semua pasal anak, sekurang-kurangnya
kalau perut Mummy dah besar dan dah tak larat buat semua tu Daddy taklah kelam kabut sangat ;')




Thursday, 2 August 2012

Rezeki Ramadhan



Assalamualaikum dan Salam 13 Ramadhan Semua


Alhamdulillah semalam kat ofis Mummy semua pun kecoh pasal bubur lambuk.
Semua happy je sebab dapat bubur lambuk free
Dahlah dalam bekas besar, dapat banyak pula tu..hehehe
Alhamdulillah rezeki bulan ramadhan. 
Terima kasih kepada Dato Zohari b Akob,
 Semoga Dato sekeluarga terus dimurahkan rezeki.



Mummy sebenarnya tak reti sangat makan bubur lambuk ni
Sebab kat sabah tak pernah ada bubur macam ni
Tapi bila Mummy dah duduk dengan keluarga husband, Mummy dah mula belajar makan
Sebab time bulan puasa je bubur lambuk pasti ada, sebab kat surau selalu bagi free.
Mula-mula nak makan tu Mummy tak biasa tapi bila dah selalu makan, 
Mummy terus jadi suka pula..hahahaaha



Yang bestnya semalam bukan dapat bubur lambuk je tau
Tapi dapat macam-macam. Dapat beras, kurma dan kain batik..Alhamdulillah rezeki.
Nasib baik tak ambil cuti semalam, kalau tak memang rugi habis..hehehehe



Wednesday, 1 August 2012

Hadiah Mama Papa #2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Daniael Mieqael seronok sangat dapat banyak baju Raya dari Mama Papa.
Nampak gayanya Daniael Mieqael beraya sakanlah tahun ni..hehehehe


 " Terima kasih Mama, terima kasih papa. Daniael Mieqael sayang Mama Papa..Muahhh! "
 
Amboi eksyennya dia, mentang-mentanglah dapat banyak baju Raya..










Kawan-kawan semua dah shopping baju raya untuk anak-anak tak?
Mummy tak shopping apa-apa lagi untuk Daniael Mieqael ;(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page