HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 27 September 2012

Pregnancy Checkup - Minggu Ke-15

Assalamualaikum Semua..

Adoiii tak suka tak sukaaa!..
Kenapalah time-time macam ni nak batuk pula
 Nak buat kerja pun susah, asyik terbatuk-batuk je sekarang ni ;(
 Dahlah batuk, selsema pula tu..memang tak suka sangatlah..
Seksanya kalau mengandung batuk macam ni
Kesian kat baby dalam perut ni tau
mesti asyik terkejut je Mummy buat bising
asyik batuk sana sini je.sob..sob..;( 

15 Minggu..
 
Mummy sebenarnya dalam beberapa hari ini tak sihat sangat
Rasanya dah 3 hari kot Mummy batuk dan selsema 
tapi tak demam pula..jangan melarat sudah..
2 hari lepas Mummy pergi klinik
Konon-kononnya nak minta ubat batuk supaya cepat sembuh
Sekali doktor bising pula kat Mummy, siap bagi ceramah itu ini
Manalah Mummy tau orang mengandung tak boleh minum ubat batuk ;p
Tiba-tiba jadi sensitif pula bila doktor bising-bising
Nasib baiklah doktor tu pujuk balik..hehehe 
(bernasib baik sebab doktor lelaki..kuikuikui..;p)
Sejak mengandung ni, Mummy jadi sensitif sangat tau
Ingatkan dengan husband je 
Rupanya dengan doktor pun Mummy boleh sensitif..buat malu je!
So kesudahannya Mummy langsung tak boleh makan ubat
Doktor pesan kalau nak baby sihat, Mummy nak cepat sembuh
Mummy kena banyak minum air suam, air sejuk jangan sesekali!
Tapi sekarang ni Mummy lagi suka Minum air panas
Sedap sikit rasa kat tekak yang tengah gatal ni
InsyaAllah dengan izinnya Mummy akan sihat..
Kawan-kawan semua jangan lupa doakan Mummy cepat sembuh ye ;')

Minggu lepas Mummy buat pregnancy checkup untuk 15 minggu
Alhamdulillah baby okay
 
 Tummy Mummy semakin membesar..hehehe

Kesayangan Mummy semakin aktif bergerak..Alhamdulillah

Minggu ke-14
Denyut jantung bayi berdetik dengan kuat (hampir 2 kali lebih cepat daripada ibu). Bayi sudah boleh memberi respons terhadap dunia luar rahim ibu. Bayi juga mungkin akan bergerak apabila ibu mengusap perut. Pada minggu ini juga, organ seks bayi sudah dapat dibezakan di antara lelaki dan perempuan. Ini bermakna, jantina bayi sudah dapat dikenal pasti pada minggu ini!

Minggu ke-15
Bayi sudah mula dapat mendengar suara ibunya. Si kecil sekarang juga sudah dapat mendengar denyut jantung ibunya dan segala yang berkaitan dengan ibunya. Sekarang rambut bayi sudah mula tumbuh di kepalanya. Bulu mata dan alisnya sudah mula terbentuk. Berat janin pada ketika ini ialah lebih kurang 114 gram dengan panjang sekitar 15cm.

Thursday, 20 September 2012

Daniael Mieqael 1 tahun 1 bulan

 Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia Semua

Alhamdulillah hari ini Daniael Mieqael genap 1 tahun 1 bulan.
Rasa macam sekejap je si abang ni dah besar
Lepasni bolehlah tolong Mummy jaga adik pula..hehehe


Macho tak si abang ni macho takk..hehehe ;p


Pantang nampak permainan terus je nak main, memang tak duduk diamlah!
Yang ni belum jalan lagi, esok-esok kalau dah jalan habislah Mummy Daddy nak kejar..huhhuhu

Adoiii..Bila dah jumpa permainan macam ni tak nak balik pula..
Terpaksalah Mummy Daddy tunggu dia bermain sampai penat
Sebab kalau dah penat bermain, pandailah dia datang kat kita minta dukung pula ;')

Si Abang yang semakin bijak dan aktif!


Syukur Alhamdulillah Daniael Mieqael terus membesar bagaikan juara!
Sayang Daniael Mieqael..muahhh!



Wednesday, 19 September 2012

Wordless Wednesday - 4


Sejak nak jadi Abang ni, Daniael Mieqael manja sangat dengan Mummy tau!
Esok kalau adik dah keluar macam manalah Mummy nak handle si mata sepet ni
( bukan mata bulat lagi tau tapi si mata sepet pula..hehehe..;p )








Tuesday, 18 September 2012

Kenali Perubahan Kulit Ketika Hamil

Gambar Hiasan

Perubahan hormon yang dialami sepanjang kehamilan menyebabkan kulit turut terkena tempiasnya. Dr Helena @ Yun Hsuen Lim, doktor pakar sakit puan dan perbidanan dari KL Fertility& Gynaecology Centre, Kuala Lumpur menjelaskan isu ini dengan lebih lanjut.

Lazimnya, ada pendapat menyatakan wanita akan kelihatan lebih berseri ketika hamil. Ada juga yang beranggapan sebaliknya. Ketahuilah, keadaan ini bergantung kepada gen dan jenis kulit yang mana ia berbeza antara satu individu dengan individu yang lain. Perubahan ini mungkin mencemaskan kerana ia mengubah rupa paras fizikal anda. Walau bagaimanapun, ia hanya bersifat sementara dan akan hilang selepas kelahiran berlaku.

Topeng Kehamilan/ Chloasma
Pasti ada sebahagian daripada anda yang sedar terdapat peningkatan pigmentasi kecoklatan di keseluruhan wajah terutamanya di bahagian pipi dan dahi. Bagi mengatasinya daripada menjadi lebih teruk, pastikan anda mengurangkan pendedahan diri kepada cahaya matahari, memakai topi atau payung ketika berada di bawah sinaran matahari dan menyapu losyen pelindung matahari sekurang-kurangnya dengan nilai SPF 15. Untuk makluman, pigmentasi ini akan berkurangan tiga bulan selepas kelahiran bayi.

Anda juga pasti perasan dengan perubahan pada tahi lalat, jeragat sedia ada dan puting payu dara. Semua perubahan itu disebabkan oleh hormon kehamilan. Oleh itu, tiada apa-apa yang boleh anda lakukan untuk membolehkan ia kelihatan seperti lazimnya.

Kesan Regangan
Apabila berat badan bertambah di trimester kedua dan ketiga kehamilan, kulit mula meregang menjadi garisan kecoklatan atau kemerahjambuan bergantung kepada warna kulit. Kebiasaannya, ia berlaku di bahagian abdomen dan payu dara. Bagi mengurangkan masalah ini, anda seharusnya menyapu lebih banyak losyen vitamin E bagi memastikan ia lembap, minum lebih banyak air untuk mengekalkan hidrasi dan makan makanan yang kaya dengan vitamin C, E dan zink bagi mengekalkan kesihatan kulit. Selepas selamat melahirkan kelak, kesan regangan akan beransur-ansur pudar menjadi garisan putih keperakan.

Linea Nigra
Terdapat garisan lurus kegelapan yang melintasi pusat ke tulang pubik. Bagi sesetengah wanita, garisan ini sememangnya wujud sebelum hamil tetapi hadir dalam warna yang samar. Tiada apa-apa yang boleh anda lakukan untuk mengatasinya. Walau bagaimanapun, ia akan perlahan-lahan pudar selepas kelahiran bayi.

Jerawat Dan Bintik-bintik
Diakibatkan oleh perubahan hormon kehamilan, sesetengah wanita akan mengalami peningkatan jumlah jerawat dan bintik-bintik. Untuk itu, pastikan kulit kekal bersih dengan menggunakan pencuci muka yang lembut dan pelambap bebas minyak. Elakkan rawatan anti jerawat seperti Retin-A, Accutane dan Tetracycline (sejenis antibiotik) kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi. Sesetengah produk membasmi jerawat yang mengandungi benzoyl peroxide adalah selamat tetapi elakkan produk yang tercatat kandungan salicylic acid.

Spider Naevi/Spider Veins
Ada sesetengah wanita mungkin mengalami masalah salur darah kecil bercabang keluar yang kelihatan seperti labah-labah. Ia boleh dilihat di wajah, bahagian atas leher, dada dan lengan. Perubahan kulit ini berlaku kesan peningkatan aliran darah di bahagian berkenaan. Untuk mengelakkannya, tingkatkan pengambilan Vitamin C dan hindari pendedahan melampau kepada cuaca panas mahupun sejuk. Jangan khuatir dengan perubahan sebegini kerana selepas melahirkan, ia akan
beransur-ansur pudar.

Varicose Veins
Berkemungkinan ada di kalangan anda yang mengalami masalah urat biru besar terutamanya di bahagian kaki yang kadang kala menyebabkan kesakitan dan pendarahan. Bagi mengatasi atau mengurangkannya, elakkan berdiri atau duduk terlalu lama dalam satu-satu masa, pakai stoking khusus dan tinggikan laras kaki berbanding kepala sekurang-kurangnya setengah jam setiap hari apabila berbaring. Selain itu, dapatkan nasihat doktor yang memeriksa kehamilan bagi mendapatkan ubat untuk mengurangkan bengkak yang pada masa yang sama dapat membantu mengatasi haemorrhoids.

Seri Kehamilan
Perubahan inilah yang dinanti-nantikan! Ketika hamil, aliran darah di bahagian kulit akan meningkat. Jadi, lebih banyak sebum atau minyak dihasilkan lalu menjadikannya semakin berminyak. Hasilnya, kulit wajah kelihatan lebih cerah, berseri dan berkilat.

Kegatalan Kulit
Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan kegatalan kulit sewaktu hamil. Semakin bayi membesar, semakin perut anda mengembang. Malah, kulit di bahagian berkenaan turut meregang. Keadaan inilah yang menyebabkan kulit menjadi kering dan tegang. Elakkan kulit menjadi kering dengan kerap menyapu krim dan pelembap agar ia kekal hidrat.

Bagi sesetengah wanita, kegatalan di bahagian abdomen yang dialami menjadi lebih teruk ketika di trimester ketiga. Yakinilah keadaan ini adalah biasa dalam kehamilan. Ia dikenali sebagai pruritic urticarial papules and plagues (PUPP) di mana sama sekali tidak akan membahayakan bayi dalam kandungan. Keadaan ini akan berubah secara spontan selepas anda bersalin nanti. Walau bagaimanapun, dapatkan pandangan doktor sekiranya kegatalan menjadi lebih teruk. Sesetengah jenis ubat boleh diambil untuk melegakan simptom yang dialami.

Keadaan lain yang dikenali obstetric cholestasis berlaku apabila anda mengalami kegatalan kulit terutamanya di tapak tangan dan tapak kaki. Pada masa yang sama, anda akan mengalami loya, jaundis (kulit dan mata kekuningan), kehilangan selera makan dan mudah letih dan lesu. Jika hal ini berlaku, dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.

Friday, 14 September 2012

Rindunyaaa Abang Daniael Mieqael!

Assalamualaikum dan Salam Jumaat Semua..

Adoiiii rindunyaaaaa! Tiba-tiba rindu sangat dengan si mata bulat tu..
Waktu rehat hari jumaat pula sangat panjang, bosannya duduk kat ofis ni
Kawan-kawan yang lain semua dah balik, ada yang keluar jalan-jalan kat alamanda,
ada yang ambil anak kat sekolah, ada juga yang balik rumah semata-mata nak tidurrr..hehehe
Tinggallah Mummy yang tak tau nak buat apa nih..;(

Bila dah bosan-bosan macam ni Mummy nak update perkembangan si mata bulatlah
Sekurang-kurangnya taklah Mummy stress memanjang memikirkan itu ini 
Lagipun tak baik untuk kesihatan Mummy, tengok gambar anak bujang Mummy lagi best!
Tengok je gambar si mata bulat ni Mummy boleh tersenyum-senyum sendiri tau
Rasa macam happy je tengok gelagat anak bertuah ni
Tak sangka tahun depan Daniael Mieqael dah ada adik, bolehlah main bersama
Mummy dah terbayang-bayang apa yang akan berlaku tahun depan
 Mesti kecohlah rumah mama papa lepas ni. Daniael Mieqael yang seorang ni pun dah kecoh 
kalau dah ada dua cucu esok habislah..hehehe

Daniael Mieqael dah setahun, macam-macam gaya dah budak bertuah ni
Apa yang orang dewasa buat itu jugalah yang dia nak buat..comel je!

 Dan yang lagi comel kalau Mummy Daddy panggil je nama dia "Abangggggg!.."
Cepat je budak bertuah ni datang kat arah kitaorang, macam tau-tau je dia dah jadi abang..hahahaha
Alhamdulillah Daniael Mieqael dah mula menapak perlahan-lahan tanpa bantuan apa-apa
cuma masih tak yakin nak bergerak lebih, takut jatuh..hehehe

Daniael Mieqael sangat-sangat suka dengan surat khabar..
Dalam rumah tu tak kisahlah Daddy ke, mama papa ke atau 
siapa-siapa saja yang baca atau pegang surat khabar
Daniael Mieqael pasti nak join sekali, konon-kononnya nak baca jugalah tu..
Kadang-kadang kitaorang layan jelah.. -__-"



Buah hati Mummy Daddy yang semakin membesar bagai juara!

" Mummy Daddy Sayang Muhammad Daniael Mieqael
Lepasni kena jadi abang yang baik untuk adik tau..;D "



Thursday, 13 September 2012

Aidilfitri 2012 - Raya ke 7

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Ok Entry seterusnya pasal raya ke-7 pula yang bagi Mummy sangat best!
Dah lama rasanya tak pergi pantai dengan family
So masa cuti sakan hari tu inilah kesempatan Mummy
dan adik beradik yang lain pergi picnic kat tanjung lipat..huhuhu
Pantai ni tak jauh sangat dari rumah dekat je, 6 minit macam tu sampailah
Kalau ada apa-apa masalah senang je nak patah balik..hehe

Malam tu adik beradik Mummy dah siapkan apa yang perlu
Adik-adik Mummy semua ni rajin tau, tak perlu nak arah-arah buat itu ini
masing-masing dah tau nak buat apa, senang ada adik beradik macam ni
Mummy pula tak buat apa-apa, goyang kaki je..hahahaha
Takdelah..Mummy sibuk layan si mata bulat yang tak duduk diam tu
Kalau Mummy tak layan habislah satu rumah tu dia buat kecoh
Sebelum dia buat kecoh baik Mummy layan sebaik mungkin betul tak..hahaha
Oklah jom kita layan gambar-gambar kenangan terindah ni
Harap kawan-kawan semua enjoyyyyy!..;D

Sayang Daddy dunia akhirat!..


Wah pagi yang sungguh indah..
Daniael Mieqael pun tak meragam sangat pagi tu
Senang hati Mummy Daddy bawah dia pergi pantai

Daniael Mieqael muka baru bangun tidur,
Masa ni Daniael Mieqael tak mandi lagi tau, kami terus bawah dia ke sini..

Semangatnya si bushukk- bushukkkk Mummy ni..hehehe



" Kami Sayang Daniael Mieqael! "



" Mummy cepatlah Mummy..Daniael Mieqael nak main kat pantai.."
" Ok ok kita tukar baju dulu ya sayang.."

Nampak sangat kesayangan Mummy ni tak sabar-sabar nak main kat pantai..hehe

Hah..Daniael Mieqael siap pakai baju swimsuit gitu
Comel tak comel tak..hehe. Geram je tengok gambar ni..;p



Daniael Mieqael pun sibuk nak main pasir..hehehe



Amboi seronoknya diaaaa..









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page