HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 31 October 2012

Tanda-Tanda Dapat Anak Lelaki Atau Perempuan


Tanda Anda Akan mendapat Bayi Lelaki

Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau 
mungkin tiada langsung - 
( Anak pertama dan kedua, Mummy tiada langsung morning sickness )
Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit  
( ini tak tau,hehe )
Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh  
( Anak pertama perut Mummy kedepan, bukan ke tepi )
Perut anda kelihatan bulat sempurna  
( Anak pertama dan kedua ramai kata perut Mummy bulat )
Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap 
( ini rahsia Mummy okay.hee )
Bentuk perut condong ke arah bawah  
( Time anak pertama betul. yang kedua ni tak nampak lagi )
Sukakan makanan yang masam dan masin 
( Anak pertama dan kedua, awal preggy suka makan masam-masam  )
Suka makan daging dan keju  
( Anak pertama suka makan ayam goreng. Anak kedua suka sangat makan ikan goreng )
Tapak kaki selalu berasa sejuk 
( betul )
Tangan selalu kekeringan  
( Betul dan wajib pakai lotion..hee )
Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur  
( utara selatan Mummy tak tau yang pasti suka menghadap husband semasa tidur )
Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan 
( Hahahaha..Mummy je yang tambah berat tapi husband mantain je.. )
Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil  
( heee sentiasa berseri..poyo! )
Hidung tampak lebih mekar  
( Time anak pertama yes! yang kedua ni tak pasti lagi )
Selalu sakit kepala  
( Tak pernah )


Tanda Anda Akan mendapat Bayi Perempuan

Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
( Sama. Mummy tiada langsung morning sickness )
Degupan jantung bayi lebih 140kali seminit
( tak tau juga..hehe )
Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
( baru masuk 5 bulan tak pasti lagi )
Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
( Biarlah rahsia..hehehe )
Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
( Rambut Mummy memang dah ada warna so tak pasti )
Bentuk perut condong ke arah atas
( Sekarang yes! tapi kalau dah besar tak taulah )
Perut tampak agak lonjong
( Kurang pasti )
Mengidam makanan manis
( Tak suka sangat yang manis-manis! )
Sukakan buah-buahan
( Anak pertama dan kedua, Sangat-sangat suka! )
Suka minum air atau jus yang bersifat masam
( Anak pertama dan kedua, Betul! pantang nampak jus )
Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
( Sentiasa cerewet sejak bujang lagi..hahahah )
Mudah moody berbanding sebelumnya
( Alamak betullah! )
Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil -
( Tak pernah. Anak pertama pun sama )
Tidak suka makan roti bersama kulitnya
( Semua pun Mummy makan..hehee )
Payudara kelihatan mengembang
( Biarlah Rahsia..hee )
Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur
( Suka menghadap husband sebelah kanan )  


Mummy tak taulah benda ni betul ke tidak.
Mummy saja suka-suka share dan tengok pada diri sendiri
Tapi benda ni kita tak boleh percaya sangat
Semua ni kuasa Allah
Yang penting kita doakan bayi kita sihat sempurna.
Mummy pun sebenarnya tak kisah..
Kalau Allah bagi baby boy sekali lagi, Alhamdulillah Mummy terima seadanya
Kasih sayang Mummy tetap sama macam si Abang dapat ;')
Kalau baby girl..Alhamdulillah itu rezeki Mummy 
Apa yang penting Si Abang ada teman bermain..
 Korang pula macam mana? 
Ada tak yang sama dan betul-betul jadi kenyataan?
Jomlah share dengan Mummy..Mummy pun nak tau juga..hehehe



Thursday, 25 October 2012

Selamat Hari Raya AidilAdha


 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua


Tak sangka begitu cepat masa berlalu..
Hari tu baru sahaja kita berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri
 Esok kita semua akan menyambut Hari Raya Aidiladha pula..best kan!
Okaylah Entry Hari raya Mummy ni sambil layan gambar Si Abanglah boleh kan.. ;')
 
Mungkin Mummy boleh ceritakan secara ringkas untuk kita memperingati
 Asal usul Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban.
Dimana Nabi Ibrahim telah mengikut perintah Allah untuk menyembelih anaknya sendiri.
Disebabkan taat dan bersedia mengikut perintah Allah, telah dia menyembelih anaknnya
Alangkah terperanjatnya yang disembelih oleh beliau adalah seekor kibas.
Hari Raya Aidiladha ini adalah untuk kita memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim
dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah.
Mesti korang semua pun dah tau cerita ni kan, so jangan lupa renung-renungkan tau..;)

 Semalam mesti dah ramai yang bercuti kan
Tapi Mummy masih bekerja dan tak cuti pun padahal esok dah nak raya..sob..sob ;'(
Tapi kat ofis ni ramai juga yang tak cuti so Mummy taklah stress sangat
sekurang-kurangnya ada kawan bergosip dan teman makan..hehehe
Raya Aidiladha tahun ni macam biasa, Mummy sekeluarga beraya kat rumah mertua je (Subang)
Dan InsyaAllah berkunjung ke rumah saudara mara Husband


Mummy tengok kat sini Hari Raya Aidiladha ni semua orang sambut macam biasa-biasa je
Kalau kat kampung Mummy (Sabah) Hari Raya Haji pasti disambut meriah seperti Hari Raya Aidilfitri.
 Kami adik beradik akan berkumpul macam biasa dan bersalaman
Dan paling penting kami akan ambil gambar sebagai kenangan di masa akan datang.
 Sebelah petang pula kami akan terjah rumah saudara mara yang lain untuk makan dan makan..hehe
Mummy rindu suasana macam tu walaupun nampak macam biasa je tapi best!


Tapi tahun ni Mummy tak dapat balik kampung
Mummy wajib beraya kat rumah mertua pula baru adil namanya
Kalau tak Husband merajuk pula asyik beraya kat kampung Mummy je..hehehe
Raya kat sini pun best juga boleh makan kambing bakar puas-puas..heee ;p


Mummy sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha
 kepada semua kawan-kawan alam maya Mummy
Semoga kita semua dapat beraya dengan gembira bersama family tersayang
Kepada kawan-kawan yang balik kampung dengan memandu, berhati-hatilah di jalan raya ye..
Mummy doakan semoga korang semua selamat pulang ke kampung halaman masing-masing.
Sebelum tu jom kita layan lagi gambar-gambar budak bertuah ni
Tata semua..;')






Wednesday, 24 October 2012

Daniael Mieqael Suka Gigit Orang


Assalamualaikum dan Salam Rabu Semua..

Memang kesukaan Daniael Mieqael sekarang ni memasukkan semua benda dalam mulut dan gigit
lepas tu masukkan jari sampai ke anak tekak sampai tercekik
Kadang-kadang sampai termuntah-muntah tau
Apa saja yang menarik perhatian dia pasti akan jadi mangsa
Mummy Daddy lah yang selalu jadi mangsa utama dia
Daniael Mieqael paling suka gigit kat peha, bahu, tangan dan muka
Bila dia gigit, kita pula terkejut dan menjerit kesakitan..Hah lagilah dia suka
 dia ingat kita seronok kot bila dah macam tu dia akan ulang lagi sampai dia puas hati..huh!

Mummy dah belikan macam-macam jenis teether
tapi benda tu dia gigit sekejap je, lepas tu dia buang
Tapi kalau orang yang dia gigit memang dia suka sangat-sangat
Selagi dia tak dapat gigit orang tu dia akan kejar tau..-__-"
Kadang-kadang Mummy geram sangat sampai rasa macam nak gigit balik
Biar dia tau yang gigit orang tu sakit sebenarnya..
Tapi tak sampai hati pula nak gigit..Gigit manja-manja bolehlah kot..hehehe
 Daniael Mieqael gatal gusi kot...Sebab Mummy tengok gigi geraham dia mcm nak tumbuh jer
Nak gigit Mummy pun gigitlah Sayang, Mummy pasrah..;p

Tapiiiiiiiiiii tidakkkk malam tuuuuu...

Ohh tidakkkk!..
Daniael Mieqael datang dah nak gigit oranggggggg..

" Daddy toloooongggggg! "


Mummy tak sempat nak lari.. Daniael Mieqael dah dapat apa dia nakkk
Adoiiiii..peha Mummy jadi mangsa gigitan Daniael Mieqael
Bukan gigit sikit-sikit tau..tapi gigit sekuat hati tuuuuu...
Macam manalah Mummy tak menjerit dan menangis kalau kena gigit macam ni
Kalau Daddy yang buat macam ni, Mummy dah gigit balik kot..;p

 Gara-gara gigit Mummy...
Akhirnyaaa..Daniael Mieqael kena marah dengan Daddy.. ;'(


Daniael Mieqael dah pandai tau
Kalau dia tengok kita menangis dia pun akan menangis sekali
Kalau kena marah..lagilah dia menangis..hehe

Hah. rasa bersalah lah tu gigit Mummy..

" Mummy..Sorry Mummyyy.."

Bila Daddy dah mula marah, Mulalah nak merajuk..menangis pula..
Bila kita tak layaaannnnn...

Inilah yang akan berlaku..
Daniael Mieqael akan menangis semahu-mahunyaaaaaa..hehehe
 Alololo..kesiannya kena marah dengan Daddy..



Tuesday, 23 October 2012

Sabar Jelah..;(

Salam Semua..


Geram betul kalau tiba-tiba rasa mahu terkencing
Tiba-tiba masa tu juga di dalam tandas tu ada 3 orang cleaner
 yang tengah sibuk bergosip sana sini, kalau buat kerja takpe juga
 Ini tak, siap bagi amaran jangan masuk pula
Dahlah Mummy tengah tahan-tahan nak terkencing.. sabar jelah.
Selalunya, kalau setakat ada seorang cleaner dalam tu Mummy tak kisah
memang Mummy terjah saja dan teruskan apa yang patut..hehehe.
Tapi, tadi masuk tandas tu, boleh pula Cleaner yang 1 orang tu
pandang Mummy dengan muka macam tidak puas hati
 marah kot sebab Mummy tak bagi salam kat dia.. 

Ek elleh!!..Patut Mummy teruskan saja tujuan asal Mummy menerjah tandas tu tadi!
Baru padan muka dia, siapa suruh buat muka kat Mummy..geram betul.
Dia tak nampak ke yang mak buyung ni mana boleh tahan-tahan nak terkencing
 Lain kali kalau nak buat kerja tu, buatlah betul-betul
jangan nak borak-borak pula kat situ..huhahuha sana huhahuha situ..
Nasib baiklah Mummy ni jenis baik hati, masih ada rasa hormat kat dia
 kalau tak memang dah lama kenaaa!

Erk! Pagi-pagi lagi si mak buyung ni dah hot dan emosi..
Ermmm, ini tidak bagus untuk kesihatan… Cool… cool…. chill.. chill...
Lupakan kisah yang kurang best itu  lagipun, kan sudah selesai? Hehehhehe ;p

Nasib baiklah ada gambar Si Abang ni
Macam nilah setiap kali Mummy dalam keadaan tak menentu
Atau rasa-rasa macam nak meletopppp je kepala otak ni..
terus je tengok gambar husband dan anak
 Alhamdulillah.. tenang je rasanya..;')



Wednesday, 17 October 2012

Wordless Wednesday - 5



Alamak!! Banyaknya Gigi..
Siapa yang kena Gigit ni memang best..hahaha
 



Daniael Mieqael 1 Tahun 1 Bulan 27 Hari

Friday, 12 October 2012

Tendangan Pertama Si Comel

Assalamualaikum dan Salam Jumaat Semua..


17 Minggu - Si Baby semakin aktif bergerak..Alhamdulillah

Aktiviti bayi iaitu menendang, berguling dan bergoyang yang anda rasai berbeza sepanjang tempoh kehamilan. Pengalaman merasai bayi berputar, menggeliut, menumbuk, menendang dan tersedu merupakan salah satu daripada fasa kehamilan yang anda lalui. Ada ketikanya anda mungkin gusar tentang pergerakan bayi. Persoalan seperti adakah bayi cukup menendang atau terlalu banyak selalu muncul di minda. Tidak kurang juga ada yang beranggapan bayi mempunyai 2 pasang kaki disebabkan kekerapan dia menendang.

Bagi bakal-bakal ibu yang pertama kali merasai alam kehamilan pasti ternanti-nanti saat pertama kali merasa pergerakan bayi. Apakah dan bagaimanakah reaksi kita sewaktu pertama kali dapat merasa pergerakan tersebut? Mungkin ada yang kekadang tertanya-tanya adakah gerakan yang kita rasakan itu adalah pergerakan yang terhasil daripada bayi atau sekadar gerakan angin dalam perut kita, tak pun hanyalah imiginasi kita semata-mata. Pastinya juga saat pertama kali kita dapat merasakan pergerakan bayi kita itu, kita tak sabar-sabar ingin kongsi dengan yang tersayang, dan sebolehnya kita mahu suami kita juga dapat melihat dan merasa apa yang kita rasakan bukan? Dan bagi bakal bapa juga, setidaknya pasti senyuman akan terukir dibibir tatkala merasa pergerakan hero/heroinnya menendang-nendang..hehe comel je kan!

Tidak kurang juga ada pasangan yang tak mahu melepaskan peluang untuk merakamkan saat pergerakan ini berlaku, dan ada juga yang mengambil gambar kenangan tapak kaki bayi yg kelihatan  timbul di permukaan kulit perut si ibu. Ini lah salah satu keajaiban alam kehamilan.

Bagi bakal-bakal ibu yang pertama kali hamil, adalah normal sekiranya tidak menyedari bila masanya bayi anda mula bergerak. Mungkin anda hanya akan menyedarinya diantara minggu ke-18 dan minggu ke-20. Bagi yang sudah mempunyai pengalaman mengandung pula, pergerakan ini boleh disedari lebih awal lagi iaitu antara minggu ke-15 dan minggu ke-18.

Pada peringkat awal, anda akan merasai pergerakan lemah lembut dari bayi anda dan kekadang terasa seperti denyutan di perut anda. Pergerakan bayi anda akan berubah seiring dengan perkembangan pembesarannya dari pergerakan lemah lembut kepada tendangan-tendangan kuat, dan berlaku dengan lebih kerap. Namun begitu, anda harus tahu bahawa bayi anda tidak akan menendang dan bergerak sepanjang masa. Ini kerana, ada masa-masanya bayi anda akan diam berehat dan tidur dan ada masa-masanya tertentu  anda akan mengalami aktiviti bayi yang berlebihan, lazimnya pada lewat petang atau malam atau semasa anda sedang baring, berehat dan hendak tidur!Adalah normal jika semasa anda sedang sibuk, anda kurang menyedari pergerakan bayi anda.
Trimester Pertama
Bermula daripada awal usia kehamilan hingga penghujung 3 bulan pertama, trimester awal ini merupakan masa di mana perkembangan pantas dan menakjubkan berlaku. Namun, jangan pula menjangka sebarang pergerakan bayi. Ketika ini, bayi masih terlalu kecil untuk membolehkan anda mengalaminya. Biarpun begitu, di dalam rahim, ketahuilah dia sudah boleh melonjak tetapi sayangnya, anda tidak mungkin dapat merasainya.

Trimester Kedua
Pada trimester ini, bayi anda sudah mampu sekurang-kurangnya menghisap ibu jari, menendang dan menghentam. Sesetengah wanita yang terlalu kurus atau yang pernah hamil sebelum ini mungkin boleh merasai pergerakan pertama bayinya seawal bulan ke-4. Namun, kebanyakan wanita tidak perasan atau mengenal pasti sentakan dan pergerakan pantas di mana ia dapat dirasai seperti angin atau kekejangan otot.
Pada bulan ke-5 pula, kebanyakan wanita dapat merasai kegelisahan dan rasa gemuruh bayi. Pergerakan bayi akan mula menjadi seperti gerakan akrobatik sebaik sahaja ototnya kuat dan kemahiran motornya berkembang. Namun, dia masih kecil untuk melakukan pergerakan tungging terbalik.
Apabila anda mula merasai “karate” pertamanya, jangan panik jika ia berlaku semula selepas beberapa jam. Malah ada juga yang merasainya selepas sehari atau dua. Pada tahap ini, saiz bayi masih kecil. Jadi, adalah normal untuk anda tidak merasai pergerakan yang tetap. Walau bagaimanapun, jika anda tidak merasai sebarang pergerakan sehingga pertengahan bulan ke-5, pastikan doktor yang merawat melakukan ujian imbasan ultra bunyi untuk memantau keadaan bayi.
Bayi akan mula banyak bergerak setelah usianya mencecah 6 bulan. Pergerakan kakinya lebih mengikut irama dan anda akan mula perasan tepukan kaki si kecil. Disebabkan kesibukan anda menjalani rutin harian, anda mungkin perasan bahawa bayi lebih aktif sebaik anda beristirehat terutamanya di waktu malam. Malah selepas anda mengambil snek pun, dia menjadi aktif apabila kandungan gula dalam darah memberi tenaga tambahan kepadanya. Antara lain, sewaktu anda berasa gemuruh, pengalaman yang sama dapat dirasai kerana adrenalin memberi kesan yang sama kepada bayi.

Trimester Ketiga
Pada usia kandungan 7 bulan, rahim semakin sempit. Namun, bayi masih mempunyai ruang untuk berpusing dan melambung. Dia juga semakin kuat. Jadi, tumbukannya benar-benar boleh membuatkan anda terkejut. Perlu anda ingat! Bayi adalah individu. Corak pergerakannya dengan bayi yang lain adalah berbeza. Jadi, jangan bandingkan pergerakannya dengan bayi dalam kandungan wanita yang lain. Malah, anda jangan tertekan jika bayi kurang aktif.
Berat bayi yang semakin bertambah pada usianya 8 bulan membuatkan ruang dalam rahim semakin sempit. Pergerakan akrobatiknya semakin berkurangan tetapi anda akan tetap boleh merasai dia menggeliang geliut dan berputar. Pada ketika ini juga, anda mungkin boleh merasai tusukan siku dan lututnya.
Pada usianya 9 bulan, anda tidak dapat merasai tendangan yang menumbuk-numbuk tetapi lebih kepada senggutan dan sepakan hingga menyentak anda daripada apa sahaja yang sedang anda lakukan ketika hal ini berlaku. Malah, anda mungkin akan mengalami kesakitan setiap kali kaki bayi terkena rusuk anda. Untuk melegakannya, ubah posisi atau miringkan pelvik anda.

Pergerakan Di Akhir Kehamilan
Pada minggu-minggu terakhir, bayi akan berada di dalam mangkuk pelvis dan bersiap sedia untuk dilahirkan. Kepala bayi dapat dirasai seolah-olah sebiji tembikai yang menekan lantai pelvis.

Pergerakan Pertama
Kebanyakan wanita akan merasai pengalaman tendangan pertama bayi sekitar minggu ke-13 hingga ke-25. Sesetengahnya dapat merasai bayi bergerak seawal minggu ke-13 hingga ke-16. Pergerakan pertama ini dikenali sebagai quickening. Ia sering digambarkan sebagai getaran. Ia mungkin sukar untuk tentukan sama ada apa yang anda rasai ialah angin atau pergerakan bayi. Namun, lama-kelamaan anda berupaya mengenal pasti corak pergerakannya. Ibu yang pertama kali hamil mungkin tidak dapat merasai pergerakan ini seawal seperti yang dialami oleh ibu hamil beberapa kali. Ketahuilah, ada ibu baru yang langsung tidak berpeluang melalui pengalaman ini sehingga kehamilannya masuk minggu ke-18 hingga ke-20.
Apabila kepala bayi “turun” ke dalam pelvis, anda akan terasa “ringan”, disebabkan kurangnya tekanan yang dahulunya berlaku di bawah tulang rusuk. Pada peringkat ini, anda tidak lagi merasai pergerakan yang biasa dilakukan bayi. Sebaliknya, anda mungkin mengalami tendangan yang tidak henti-henti di bawah tulang rusuk sama ada di sebelah kiri atau kanan (dipengaruhi oleh posisi bayi).

Carta Tendangan
Kebanyakan wanita dinasihatkan supaya mengesan pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan. Anda perlu merekod pergerakan bayi sehingga jumlahnya mencecah 10 tendangan. Sebaik-baiknya pada waktu yang sama setiap hari. Carta ini membantu anda memahami pola gerakan bayi. Sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pola tersebut, berjumpalah dengan doktor anda dengan segera untuk mengetahui puncanya.





Wednesday, 10 October 2012

Anniversary 2 tahun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua...



 09 Oktober 2012
Genaplah 2 tahun Mummy menjadi isteri yang paling bahagia dalam dunia ni.
Sejak Mummy bergelar sebagai seorang isteri 
Barulah Mummy sedar erti kebahagiaan sebenar 
Alangkah bestnya kalau Mummy dapat kahwin lagi awal (gatal nampak..hehe)
Mummy tak cakap tipu-tipu tau, Mummy rasa macam rugi pula tak kahwin awal
Sebab seronok tau bila dah kahwin ni, berbeza sangat time bercinta.
Segala-galanya kita akan kongsi bersama, susah senang hanya kita yang tau..

Sebenarnya tahun ni kami dah rancang nak pergi bercuti kat Singapore
Nak honeymoon lah kot sempena anniversary 2 tahun
 Tak sempat nak honeymoon kat sana, Mummy dah pregnant..heee
Bila dah pregnant macam ni Mummy tak suka jalan jauh
Risau pun ada, macam-macam boleh berlaku
So kami terpaksa postpone pula ke tahun depan
Itupun tengok masa yang sesuai..
Tahun depan adik Daniael Mieqael dah ada
Lagi best kalau dapat pergi berempat kot..heee bestnya!


 
Cepatnya waktu berlalu 
Macam-macam telah kami lalui bersama sebagai suami isteri 
Setiap kali mengingati kembali pertemuan kali pertama (Cinta pandang pertama)
Kami akan tersenyum dan ketawa bersama ..hehehe. 

 
Tak sampai setengah jam berkenalan hati mula terpikat antara satu sama lain..
Tak sampai seminggu kami terus jadi pasangan kekasih paling bahagia
Bukan senang tau bercinta jarak jauh ni, macam-macam masalah
Alhamdulillah segala masalah kami dapat lalui bersama
Mungkin juga sebab jodoh kami kuat kot ;')


8 tahun bercinta..
2 tahun menjadi pasangan suami isteri
 Macam-macam kenangan dan dugaan yang berlaku
Tapi syukur kepada Allah, Setelah 10 tahun berlalu 
Kami tetap bersama dan hidup bahagia


 Pengikat kasih dan sayang kami sudah pasti dengan kehadiran anak-anak kami
Terima kasih ya Allah dengan kebahagiaan ini..


Friday, 5 October 2012

Nak Berdikari

Assalamualaikum dan Salam Jumaat Semua

Mummy sebenarnya dah lama nak update pasal pindah rumah ni
Tapi sebab sibuk sangat dengan hal lain maka tak sempatlah nak update.
2 Minggu lepas Mummy baru je pindah rumah kat putrajaya
Kemas rumah pun tak selesai lagi, banyak sangat barang kot
 itu yang tak settle-settle lagi..hehehe
 Mummy sekeluarga tak tinggal lagi di rumah mertua (Subang Jaya)
Mummy memang pindah terus, sedih juga sebenarnya
Nak dekat setahun jugalah Mummy tinggal kat Subang
Macam-macam kenangan indah dalam rumah tu
Tapi nak buat macam mana kan, takkan nak tinggal di rumah mertua lama-lama
Bila dah ada family sendiri lagi elok tinggal kat rumah sendiri kot
Susah senang biar kami suami isteri yang tanggung
Tak perlu menyusahkan orang lain, kan senang macam tu..
Lagi pun Mummy sebenarnya segan tinggal lama-lama kat rumah mama papa
Banyak benda yang Mummy terpaksa control, tak boleh buat suka hati je, malu tau!

Time ni Daniael Mieqael 4 bulan

Sepanjang Mummy tinggal dengan mertua
Alhamdulillah semuanya ok, Mummy dilayan seperti seorang puteri..hahahaha
Takdelah..Mummy dilayan macam anak sendiri
Tak perlu buat kerja pun, semuanya bibik yang uruskan 
Makan minum dan segala-galanya yang ada dalam rumah tu pun free
Malah barang keperluan Daniael Mieqael seperti 
Susu, diapers, makanan harian, pakaian, permainan, dan apa saja
semuanya mama papa yang belikan, kadang-kadang segan sangat tau.. 
Tapi bila fikir-fikir balik Mummy sebenarnya antara orang yang paling bertuah
Bukan senang tau dapat mertua yang baik macam ni
Kat luar sana macam-macam yang Mummy dengar pasal kes 
menantu dan mertua yang selalu bergaduh dan bermasam muka
Alhamdulillah  setakat ni tak pernah terjadi dengan Mummy..Syukur sangat-sangat


Mula-mula nak pindah rumah memang susah jugalah
Mertua tak nak bagi kitaorang pindah, sebab utama kesian kat si mata sepet ni
Siapa yang nak jaga?
 Makan minum dia terjaga ke?
 Selamat ke hantar kat rumah pengasuh?
Dan macam-macam soalan lagilah yang buatkan kami suami isteri 
tak sampai hati nak pindah sebab risaukan keselamatan anak tersayang..
Tapi sekarang okay sikit kot, walaupun mama papa berat hati nak lepaskan
tapi kami terpaksa juga berpindah, kalau boleh nak hidup berdikari
 Bukan apa, husband kan dah dapat kerja baru, so masing-masing kena pergi kerja sendirilah
Kalau sebelum ni Mummy boleh manja-manja lagi sebab husband hantar pergi dan balik.
Tapi sekarang ni tak boleh dah..;(  Mummy pula jenis yang tak suka menyusahkan mama papa
iyelah selalunya kalau husband outstation je, mama papa lah yang hantar pergi dan balik.
Kesian tau kat mama papa. kalau dekat takpe juga..ni jauh tau! (Subang - Putrajaya)
Sebelum ni Mummy dah pernah meroyan pasal hal ni Outstation lagi! sampai husband pening kepala..haha
So kesudahannya Mummy tak perlu menyusahkan mama papa lagi
Husband tercinta dah belikan kereta baru untuk Mummy..yahuuuuuuu!

Happy sangat dapat hadiah ni, Terima kasih Daddy!..;')

Tapi kan..tapi kann..hehehe
Mummy kena belajar memandu semula..hahahahaha
Dah 3 tahun tak bawa kereta kot, so Mummy kena belajar baliklah dengan husband..;p
Alhamdulillah sebulan belajar memandu akhirnya Mummy berjaya juga.. happy sangat!
Mummy start bawa kereta sendiri 24.09.2012 hari tu, berdebar jugalah pergi kerja..hehehe
Alhamdulillah pemanduan Mummy berjalan dengan lancar, husband pun bangga..hee ;p
Tapi bila dah bawa kereta sendiri macam tak bestlah pula
rasa macam sunyi sepi je, selalunya boleh ketawa sana sini dengan husband
tapi sekarang ni dah sendirian berhad pula dalam kereta..sob..sob..;(
Ahh! taknak sedih-sedih..Okeylah. tak mahu cerita panjang lagi. Nanti Mummy menangis pula.
Sekarang ni Mummy agak sensitif, mudah sangat nak menangis. hairan sungguh!
 Nanti cerita rumah baru Mummy update pada entri akan datang ya. Tata semua! ;D


Wednesday, 3 October 2012

4 Bulan dah gemuk!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..


Mak aii..cepatnya masa berlalu
Ish..ishh..isshh..dah bulan oktober rupanya
Boleh-boleh pula tak terperasan masa berjalan dengan pantas..
Tak lama lagi kita semua akan sambut tahun 2013 pula
macam tak percaya je kan dah nak masuk tahun 2013
 Tahun ni je macam-macam yang berlaku kat Mummy
tapi semuanya best..Alhamdulillah

Hari ni Mummy nak cerita sikit pasal berat badan Mummy
Yang tiba-tiba je naik secara mendadak gitu..hehehe
Minggu ni kandungan Mummy dah genap 4 bulan
Baru 4 bulan tuuu..tapi berat badan Mummy jangan cakaplah
Nak timbang pun Mummy tak berani..hahahaha (poyooo je lebih!)
Setiap kali tengok cermin, mesti rasa nak ketawa
Nasib baiklah husband jenis yang memahami
Tapi Mummy selalu fikir positif, takdelah nak stress ke apa
Gemuk pun gemuklah, janji kesayangan Mummy dalam perut ni cukup makan
Lagipun husband cakap Mummy nampak comel je..hehehe ;)
Oklah jom layan gambar Mummy yang semakin membesar ni..hahahaha


OMG! Gemuknya Mummy..huhuhuh ;p

Si Abang yang sentiasa menceriakan hidup Mummy..

Tummy Mummy semakin membesar, muka pun dah nampak bolatttt gitu ;)
 
Pantang tengok Mummy depan mata, terus lupa Daddy
Terus nak manja-manja macam ni, kesian kat Daddy tau..
 
" Lepasni Abang dah tak boleh macam ni tau..
Abang kena duduk dengan Daddy pula, Mummy kena jaga Adik ye Sayang "
Mummy Sayang Daniael Mieqael..Muahhh!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page