HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 28 November 2012

Daniael Mieqael 1 tahun 3 bulan


Assalamualaikum dan Salam Rabu Semua


Lamanya tak update perkembangan anak bertuah ni kan
Banyak sungguh perkembangannya sekarang ni
Kalau nak cerita semua memang tak kan habis punya..hehehe

 
Hari ni Mummy nak cerita perkembangan si mata bulat Mummy yang semakin aktif
berjalan sana sini tanpa henti pula tu, habis satu rumah dia pusing..
Almaklumlah orang tua-tua cakap baru dapat kakilah katakan..hehehe
Hari ini Daniael Mieqael dah genap 15 bulan 7 hari
Dah besar dah anak teruna Mummy ni, Alhamdulillah semakin matang dan bijak!


 
Kalau ikutkan sebenarnya masa Daniael Mieqael 11 bulan hari tu dah mula jalan sikit-sikit
cuma macam biasalah baru belajar nak jalan. Jalan jatuh jalan jatuh macam tu jelah
Berjalan 4-5 langkah jatuh, tapi kalau bab memanjat sana sini dan merangkak memang dialah juara..heee ;p
 Alhamdulillah genap 1 tahun 3 bulan Daniael Mieqael dah berjalan dengan jayanya..Syabasss!
 
  Daniael Mieqael cucu kesayangan Mama Papa :')

Ibu mertua cakap Daniael Mieqael sama je macam Daddy dia boleh berjalan masa umur 1 tahun 3 bulan
Berbeza pula dengan Mummy, tak sampai setahun Mummy dah mula berjalan sejak umur 10 bulan ;')
 Mungkin agak lambat compare to anak-anak yang dah mula jalan umur 8 – 11 bulan 
Mummy tak kisah pun asalkan dia sihat. Ada orang kata, kalau tumbuh gigi dulu, memang lambat jalan.
Ada juga yang cakap anak lelaki memang lambat sikit berjalan
Kadang-kadang lain budak lain tempoh masa untuk sesuai berjalan..betul tak?
 Daniael Mieqael tak sampai setahun dah ada 12 batang gigi..hehehe.
 Umur 1 tahun 3 bulan barulah boleh berjalan, Tak kisahlah Mummy tetap bangga dengan Daniael Mieqael!
 Mummy dah bersyukur sangat sebab Allah memudahkan urusan tumbesaran Daniael Mieqael
Syukur Alhamdulillah...


Sejak Daniael Mieqael boleh berjalan ni, serius kelakar sangat tengok dia tau
Berjalan slow-slow oklah, ini tak sibuk nak berlari sekali..hehehe seronok tengok, comel je!
 Kalau kawan-kawan nak tahu, sehari selepas Daniael Mieqael mula berjalan
dia dah mengada-ngada nak melompat tau sebab excited sangat semua orang puji 
dan tepuk tangan tengok dia berjalan, Pantang dipuji betul..hahaha ;p
Husband cakap Daniael Mieqael berjalan macam robot yang sangat comel..hehehe
Seronok sangat tengok anak dah boleh berjalan ni, balik rumah pun seronok je..
Dah boleh berjalan ni kenalah rajin pakaikan kasut pula..hehehe
Tak sabar nak shopping kasut banyak-banyak untuk si Abang ni :')
Amboi semangat betul Mummy buyung ni..kekeke! ;p


Yang Mummy risau sangat, sejak dia umur 8 bulan lagi memang pantang betul nampak tangga 
Nampak je tangga terus nak naik dan memanjat sana sini..
Dah boleh berjalan ni lagilah lasak naik tangga..aduhai anakku sayang  -__-"

Kalau ikutkan banyak lagi sebenarnya perkembangan terbaru dia ni
cuma Mummy tak sempat nak update banyak-banyak, baby dah lapar..hehehe
Okaylah nanti kita jumpa lagi ye kawan-kawan..harap korang semua enjoy baca entry ni..Tata semua ;')


Monday, 26 November 2012

Syurga Buat Isteri



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua



Biarpun Suamimu tidak berpelajaran tinggi
Tidak kaya, tidak pandai
Tidak punya pekerjaan dan tidak bergaji besar
Suami itu tetap WAJIB dihormati dan ditaati selagi mana ia masih bergelar SUAMI
Redha Allah adalah selepas redha seorang Suami
Dia juga adalah imam dan ketua keluarga kamu
Dialah juga yang bakal memimpin tangan kamu ke Syurga nanti
Jodoh kamu dengan dia telah Allah tetapkan
Sesungguhnya Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah
Atas apa yang telah kau tetapkan untukku..Syukur Alhamdulillah




Friday, 23 November 2012

Syukur Alhamdulillah..


Assalamualaikum dan Salam Jumaat Semua


Hari ini Mummy Happy sangat
Serius.. memang happy sangat-sangat
Terima kasih ya Allah..
Terima kasih juga untuk kawan-kawan semua
Berkat doa korang semua Alhamdulillah kencing manis Mummy dah stabil
Petang semalam nurse call Mummy dan beritahu berita gembira ni
Nurse tu cakap Mummy tak perlu datang hospital lagi untuk ambil darah, semuanya dah stabil
Ya Allah tuhan je yang tahu betapa gembiranya hati ini
Sampai menangis-nangis dibuatnya..sob..sob..sob ( air mata gembira tau..hehe..;') )


Walaupun kencing manis Mummy dah Okay dan stabil 
Mummy tetap berhati-hati bab makanan ni
Taknak terkena macam tu lagi, risau dan takutlah..
Siang malam asyik fikir pasal kencing manis tu je, tak boleh tidur langsung!
Tapi sekarang semuanya dah okay..yeayyyyyyy! 


Alamak baru teringat..
Bilalah nak tahu jantina kesayangan Mummy ni ye
Setiap kali nak scan mesti tak nampak
Malu-malu pula kesayangan Mummy ni..hehehehe
 Tapi Husband cakap macam Baby Boy lah
Sebab husband cakap Mummy pregnant kali ni macam sama je
Takde beza langsung dengan anak pertama..
Awal-awal lagi husband dah excited pula nak cari nama baby boy..hehehe
Mummy pun sebenarnya tak kisah, Tipulah kalau Mummy tak mengharap baby girl
Memang nakkkkkk sangaaaaatttttt! tapi semua ni kuasa Allah
Yang penting baby ni sihat sempurna..itu lagi penting
Macam yang Mummy cakap sebelum ni
Kalau Allah bagi baby boy sekali lagi, Alhamdulillah Mummy terima seadanya
Kasih sayang Mummy tetap sama macam Abang dia dapat
Tapi kalau Allah bagi baby girl..Alhamdulillah itu rezeki dari Allah
Kita hanya mampu merancang, tapi semuanya Allah yang tentukan..
Betul tak kawan-kawan?
Okaylah kawan-kawan Mummy nak makan dulu..lapar!.hehehe
 Selamat berhujung minggu semua..TATA ;')

Wednesday, 21 November 2012

Wordless Wednesday 6 - Hijrah SuperCuteMummy!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua


Kasih Mummy Membawa Ke Syurga...


Monday, 19 November 2012

Tips Pemanduan Selamat Bagi Ibu Hamil


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua


Hari ni Mummy nak share tips pemanduan yang selamat bagi ibu hamil
Mungkin ada yang tak ambil berat dan tak kisah pun pasal perkara ni kan
Selamba je macam orang tak pregnant memandu kan? Macam Mummylah kot..hehe..
 Mungkin ada juga yang terlampau ambil berat dan berhati-hati
 sampaikan nak memandu pun tak berani dan takut..macam Mummy jugalah kot..heee ;p

Gambar Hiasan

Kadang-kadang Mummy selalu terfikir
Selamat ke memandu ketika mengandung ni? 
Husband lagilah risau, setiap hari akan call tanya Mummy dah sampai ke belum ke tempat kerja
Kalau Mummy lambat sikit hantar sms atau call
husband mulalah risau semacam, call tak berhenti pula tu..hmmm
Padahal Mummy bawa kereta macam kura-kura.. itu yang lambat tu..hahahaha
So setiap kali sampai ke destinasi, Mummy akan call Husband 
Kalau tak pun husband yang akan call...
Alhamdulillah..setakat ini pemanduan Mummy berjalan dengan lancar dan tiada masalah
walaupun kandungan Mummy dah 5 bulan lebih.. syukur
 
Sebenarnya tiada masalah kot bawa kereta ketika mengandung. 
Yalah memandu ni dah kira satu keperluan dah untuk kita bergerak sana sini
 Takkan lah sebab mengandung..terus tak nak memandu pula, kesian kat husband kita tau
  Ibu mengandung boleh memandu tapi apa yang penting sentiasa berhati-hati ketika memandu
Memandu sendiri ni banyak kelebihannya, tak perlu menyusahkan orang lain
Kalau nak pergi mana-mana pun senang, bebas pun bebas kan..hehehe 

 Gambar hiasan

Pada trimester pertama dan kedua mungkin tiada masalah nak memandu sendiri
Tapi bila dah masuk trimester ketiga..perut pun dah membesar, macam mana nak pegang stereng?
Mummy dah boleh bayangkan kalau dah masuk 7 bulan ke atas rasanya dah tak boleh memandu kot
Kalau dah sampai tahap macam tu lebih baik suruh husband atau orang lain jelah bawa kereta
Takutlah..manalah tau tiba-tiba rasa sakit nak bersalin ke apa ke siapa nak tolong kita masa tu
Ehh! taknak..taknak..takuttttttttttt ;'(


 Langkah berjaga-jaga yang perlu diambil perhatian oleh ibu mengandung :

1) Pakai tali pinggang keledar dan pastikan tali pinggang keledar dipasang dengan betul. Pastikan tali pinggang torso yang menyerong diletakkan di antara payudara dan tarik tali pinggang riba ke atas paha, dalam keadaan mendatar di bawah perut. Jangan sesekali mengenakan tali pinggang pada perut mahupun atas perut, ia perlu dipakai di bawah perut dan separas dengan tulang paha. Ini penting supaya jika berlaku hentakan, perut yang ada baby kat dalam tak ditekan oleh tali pinggang tersebut.

2) Pilih tali pinggang keledar jenis yang mudah dilaras, yang membolehkan ia mengikut gerak tubuh (elastik) semasa terjadinya sebarang hentakan dan kejutan yang tidak terduga. Ini kerana ia mampu menyentak tubuh anda ke belakang semula tanpa rasa sakit.

3) Laraskan tempat duduk sewaktu memandu dan pastikan ia berada jauh dari stereng tetapi masih lagi memberi keselesaan untuk menekan pedal minyak dan brek. Ini penting supaya jika berlaku hentakan, stereng yang keras tidak menghentak perut. Jika perlukan extra perlindungan, boleh juga letakkan bantal kecil antara perut dan stereng supaya jika berlaku perkara yang tidak diingini, hentakan stereng tidak memberi impak yang kuat kepada perut.

4) Boleh juga letakkan car sticker yang memberitahu wanita mengandung sedang memandu supaya pemandu-pemandu lain boleh berwaspada dan berhati-hati ketika memandu berhampiran anda.

5) Pastikan penyaman udara kereta dalam keadaan baik supaya anda sentiasa berasa selesa dan nyaman sepanjang perjalanan.

6) Jangan memandu seorang diri kalau perlu memandu pada jarak yang jauh. Jika terpaksa juga memandu seorang diri, pastikan seseorang tahu ke mana anda pergi dan jalan yang anda gunakan. Selalu berhubung dan memberitahu keselamatan anda dan sebagainya kepadanya. Pastikan telefon bimbit berdekatan anda dan hands free disediakan setiap masa. Lagi baik kalau sediakan speed dial untuk nombor2 panggilan kecemasan.

7) Jangan memandu dalam jarak yang jauh tanpa berhenti rehat. Berhenti seketika untuk meregangkan kaki dan otot-otot yang terlibat. Berjalan seketika untuk elakkan kekejangan kaki dan membenarkan peredaran darah yang lancar.

8) Sentiasa sediakan sebotol air atau jus berhampiran anda untuk memudahkan anda meneguknya dengan kerap bagi mengelakkan dehidrasi.

9) Sentiasa sediakan sepasang selipar atau sandal yang selesa di dalam kereta untuk anda gunakan ketika memandu berbanding kasut biasa yang digunakan yang mungkin boleh mendatangkan ketidakselesaan bila guna dalam tempoh yang lama.

10) Patuhi undang-undang jalan raya. Pandu dengan selamat. Samada anda mengandung ataupun tidak, undang-undang jalan raya tetap sama.

11) Sebelum memulakan perjalanan, dapatkan maklumat mengenai hospital yang terdapat di sepanjang perjalanan yang ditempuhi terutama bagi perjalanan jauh. Sedikit sebanyak maklumat ini dapat membantu sekiranya tiba-tiba anda mengalami kontraksi dan bersalin tanpa dijangka. Jangan lupa sentiasa membawa bersama rekod antenatal anda ke mana jua anda pergi.

 12) Sebagai seorang Islam, sebelum memulakan perjalanan, sebaik-baiknya bacalah doa naik kenderaan dan juga Ayat Kursi agar perjalanan mendapat perlindungan daripada Yang Maha Pelindung.


Semoga tips ni memberi keyakinan kepada ibu-ibu diluar sana untuk terus memandu dengan lebih selamat dan berhati-hati. Tips ni untuk peringatan diri sendiri juga ..;)



Wednesday, 14 November 2012

Abang Makin Lasaklah


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua


Hati sangat riang..
Minggu ni Mummy cuti sakan
Antara orang yang paling happy sangat, semestinya Abang Daniael Mieqael
Sebab Mummy akan layan dia  24 jam..hehehe


Tapiiiiiiiii..budak bertuah ni selalu sangat bagi kejutan tau..
Sekarang ni abang dah pandai panjat tingkap pula
Nasib baiklah tingkap ni kitaorang tak buka, bahaya betullah aksi Abang ni
Makin kita larang..itu jugalah yang dia nak buat makin seronok pula tu
Semua tempat pun dia nak explore, lasak betul..


Pantang betul kalau kita tinggal dia sorang-sorang, sekejap je dah hilang..
kejap kat dapur, bilik airlah dan yang paling Abang ni suka menyorok belakang pintu
Kita dah nak menangis cari, senyap-senyap je dia duduk kat situ sabar jelah -__-"
Cuma Mummy tak sempat je nak ambil gambar sebagai bukti
( siap nak bagi bukti gitu.hahaha ;p )
Kalau selalu macam ni habislah Mummy ;'(


Mungkin budak cerdik memang macam ni kot suka belajar benda baru..
Sebab tu sekarang ni Mummy selalu berjaga-jaga, risau tengok abang ni makin lasak
Kalau Mummy nak pergi dapur ke, bilik air ke atau kemana saja pasti akan bawa dia
Tak berani tinggal dia sorang-soranglah..
 Tak pasal-pasal Mummy menangis nanti cari dia..kuikuikui ;p



Friday, 9 November 2012

Result Minum Air Gula (MGTT)


18 Minggu

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Harap korang semua sihat dan ceria selalu
 Ingat lagi tak entry Mummy minggu lepas pasal Minum Air Gula
Hah! jumaat lepas Mummy dah dapat resultnya..
Keputusan MGTT sangat mendukacitakan ;'(
Isnin pagi tu nurse Laili dah call dan suruh Mummy datang ke hospital dengan segera
Mummy dah mula risau semacam..takut pun ada
Tanpa buang masa Mummy terus pergi hospital Putrajaya
Mummy tak sempat pun beritahu Husband sebab kepala otak Mummy dah mula blur
Sampai je hospital Mummy terus jumpa nurse Laili
Nurse pun bagitahu Mummy tentang result MGTT tu
 Setelah tengok reading kat kertas tu 7.81, kalau normal 7.8 kebawah
Alamak! bacaan air gula Mummy sikit je pun, tapi tetap dianggap ada kencing maniiiiiisss!
Sedihnya tuhan je yang tau ;'(
 
Masa nurse terangkan tu, Mummy dah risau, takut, air mata Mummy dah mula gugur
eh! tak malu langsung kan Mummy nangis depan nurse tu..buat malu je kan..
Nak buat macam mana Mummy memang jenis sensitif sekarang ni
Tak boleh dengar benda-benda macam tu senang je air mata ni gugur tau..
Lepas ni Mummy kena banyak kali pergi check up kat hospital putrajaya
Kalau dulu sebulan sekali, sekarang ni maybe sebulan 4 kali
Setiap minggu sekali kena pergi check sebab nurse cakap bacaan air gula Mummy perlu dipantau
 Nurse pun dah suruh Mummy jumpa pegawai zat makanan
Supaya tahu cara pemakanan yang betul dan bacaan air gula tak naik
 Lepastu kena ambil darah 4 kali dalam sehari pukul 8pg, 10pg, 2ptg dan 9mlm
Ya Allah takutnya dengar kena ambil darah 4 kali sehari..sob..sob..sob ;'(
After check up tu, Mummy terus drive balik rumah putrajaya 
Rasa risau, rasa bersalah dan kesian sangat kat baby ni
Mummy tak tau mana silapnya, sebab Mummy memang jenis yang tak makan manis-manis
Tapi keturunan Mummy memang adalah sebelah bapa, sebab tu kot dapat kencing manis ni
Masa on the way balik rumah tu, Mummy dah menangis-nangis call husband..sob..sob..sob
Dalam keadaan macam ni hanya husband jelah yang boleh tenangkan Mummy
 Macam-macam yang Mummy pikirkan. Apa yang Mummy perlu buat, apa yang akan jadi lepasni..
Ya Allah Mummy takut sangat...

Sampai je rumah Mummy terus mengoogle pasal kencing manis semasa mengandung
 Kebanyakkan yang Mummy baca, semuanya kata memang biasa akan berlaku pada ibu mengandung. 
Tapi memang kena berjaga-jaga sebab boleh membahayakan kalau teruk sangat.
Jadi sekarang, Mummy memang berhati-hati sangat bab-bab makanan ni
Minum pun air kosong je. Tak berani langsung sentuh makanan manis atau bergula
Makan nasi pun separuh je tau. Bila lapar, Mummy makan biskut je dengan air kosong
Mummy risau bacaan air gula naik, sebab tu terpaksa diet sekarang ni
Mummy sayang sangat baby ni. Harap-harap semuanya akan okay
Tolong doakan Mummy ye kawan-kawan..


p/s: Nak tanya para ibu-ibu yang dikasihi. Pernah tak korang alami keadaan macam ni?
Selalunya apa yang korang buat? Ada tak petua-petua yang berguna untuk Mummy amalkan sekarang ni?
Walaupun kencing manis Mummy tak serius tapi Mummy risau sangat.


Wednesday, 7 November 2012

Budak Hensem

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua


Daniael Mieqael 14 Bulan 5 Hari
Daniael Mieqael nak masuk pertandingan Majalah PA&MA..
Korang rasa boleh menang tak?
Ramai kawan-kawan Mummy suruh masuk pertandingan tu
Tapi Mummy tak confident..takut kalah kot..HAHAHA!
Apa-apa pun kena tanya Husband dulu
Kalau Husband izinkan, insyaAllah budak hensem ni akan Masuk pertandingan tu ;')
Kalau menang..Alhamdulillah...
Tapi kalau kalah takpe, boleh cuba lagi sampai menang..hahahaha
Kita tunggu dan lihat ye kawan-kawan..;')



Friday, 2 November 2012

Alahai Minum Air Gula Lagi

  
 Assalamualaikum dan salam Jumaat Semua


Alamak dah masuk bulan November lah !!.. 
Amboi buat-buat terkejut pula Mummy buyung ni..hahahahah 
Tapi betullah masa berlalu sungguh pantas, idea nak menulis tu banyak sangat tau 
Tapi kadang-kadang tak tahu nak bercerita pasal apa
Memandangkan sekarang dah bergelar gelaran "Mummy Buyung"
Maka cerita-cerita pasal kandungan jelah yang bakal korang baca dalam blog ni
Tolonglah jangan bosan dan menyampah pula ye kawan-kawan..hehehe  

   
 Minggu lepas pergi checkup kat Hospital Putrajaya.
Usia kandungan Mummy dah pun masuk 20 minggu...
Alhamdulillah syukur...dah pun melepasi separuh fasa semoga dipermudahkan semuanya.
Walaupun bermacam-macam hal terjadi pada minggu lepas
Tapi semuanya dapat Mummy buyung ni lalui dengan penuh kesabaran demi baby tersayang ;')
Actually checkup minggu lepas adalah sangat tak best ;'(
Sebelum tu nak tanya korang wahai ibu-ibu tersayang
Korang pernah tak minum air gula?
Macam mana rasa dia, sedap tak? suka tak?
Hmmmm..bagi Mummy tak sedap langsung, rasa nak termuntah pun ada..yakkk!
Ramai kawan-kawan Mummy tanya kenapa kena minum air gula?
Kenapa ada masalah ke?why..why..why?!
Actually Mummy sendiri pun tak tau kenapa
Tapi kalau doktor dah suruh, minum jelah tak payah bantah-bantah pula..heeee

 

 Okay sebenarnya macam ni
 Masa check up minggu lepas, berat Mummy naik 2.5kg dalam masa sebulan
Banyak sangat naik dari berat sebelumnya
Berat yang sepatutnya kena naik 0.5kg je tapi Mummy buyung ni terlebih bahagia kot
Inilah akibatnya tak control makan, terlebih 2kg..hahaha. 
So nak tak nak kena minum juga AIR GULA..ohh tidakkkk!
Siapa yang tak pernah minum air gula tu tahniah Mummy ucapkan!
Mesti korang tak dapat bayangkan apa rasa air gula tu kan
 Hanya ibu-ibu yang pernah mengalaminya je tahu..


Masa Mummy diwajibkan minum air gula tu
 Start dari jam 10 malam Mummy dah kena berpuasa
 Mummy tak boleh makan atau minum 
Keesokannya Mummy kena ambil darah 
Masa ambil darah tu macam biasalah Mummy memang tak pandang jarum tu langsung
Almaklumlah Mummy buyung ni memang penakut sikit bab-bab jarum ni..hehehe
Selepas ambil darah barulah Mummy kena minum air gula pula
 Air gula tu pihak hospital dah siap bancuh dalam cawan plastik
Bila kita minum air gula tu rasa dia.. ohh tuhan je yang tau..sedaaaaaapppppp!
Selepas je minum air gula tu jangan haraplah kita boleh makan terus 
 Kena tunggu lagi 2 jam untuk diambil darah semula okay!
Masa nak tunggu 2 jam tu sangatlah menyeksakan
Rasa nak termuntah pun ada sebab Mummy tak suka sangat manis-manis ni
Tapi tahan-tahan jelah..2 jam je pun..hehehe 
Selepas 2 jam darah sekali lagi diambil dan boleh balik
Kali ni Mummy happy sangat sebab dah boleh makan puas-puas..hehehe


Sebelum balik tu doktor ada pesan
Kalau betullah Mummy ni terkena kencing manis nurse akan call  
Dan sudah pasti kena minum air gula lagi sampai bersalin ;'(
Tapi kalau dalam seminggu takde panggilan dari pihak hospital..Alhamdulillah Mummy selamat..  
So Minggu ni Mummy berdebar sangat tunggu result MGTT tuuu..
 

Mummy sebenarnya dah kena 2 kali minum air gula ni
Anak pertama Alhamdulillah result MGTT  Okay!
 Takde masalah terkena kencing manis semasa mengandung
Yang kandungan kedua ni risau juga takut ada kencing manis pula ;'(
 Kalau kawan-kawan nak tau ( untuk mereka yang belum tau )
Bagi ibu-ibu yang terover berat badan macam Mummy buyung ni
Wajib kena minum air gula sebab kami dikuatiri ada kencing manis
Kencing manis semasa preggy ni agak bahaya juga tau 
 Sebab baby mungkin akan besar dan mungkin akan dipaksa bersalin awal.
Kalau nak tau lebih lanjut korang google jelah ye..hhehehe
( malas nak cerita panjang sebenarnya dah nak balik nih..heee )
Nanti entry akan datang Mummy update cerita pasal result MGTT tu
Doakan semuanya okay ye kawan-kawan 
Selamat berhujung minggu.. TATA semua ;')


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page