HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Monday, 24 December 2012

Mummy Syiokkk Sendiri!


Assalamualaikum Semua!


Pagi tadi bawa Abang pergi check up untuk 16 bulan
Alhamdulillah semuanya Okay!..

Sempat Mummy ambil gambar comel ni,
Bila Mummy dah mula syiokkk sendiri macam nilah jadinya..kuikuikui ;p


Friday, 21 December 2012

Mummy Pakai Contact Lens!


Assalamualaikum. Salam Jumaat semua.




Sejak dah pakai tudung ni Mummy dah malas nak pakai cermin mata. Rasa macam tak selesa pula.
 Husband cakap pakai jelah contact lens senang, tak payah pening-pening kepala..hehehe 
Sebelum ni Mummy memang pakai contact lens pun tapi berhenti sekejap.
Nak rehatkan mata, Lagipun tak elok jugakan .. :')


So semalam Mummy pergilah beli contact lens ni, Mummy pakai color brown.
Pagi tadi baru start pakai. Barulah selesa sikit, buat kerja pun senang hati..hihihih ;p


Wednesday, 19 December 2012

Samsung Galaxy Note II



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.



Gembira, seronok, teruja dan bersyukur itulah yang Mummy rasa sekarang.
Mummy bukan bermaksud berlagak atau nak menunjuk-nunjuk,
Tapi sekadar berkongsi kegembiraan ini bersama kawan-kawan semua.
Siapa yang tak gembira dapat hadiah dari insan tercinta kan,
Lagi-lagi kalau hadiah tu memang kita nakkkk sangaaaatttt!
Bestnyaaaaaa dapat hadiah Samsung Galaxy Note II


Actually Mummy tak terfikir pun akan dapat hadiah ni
Sebab Mummy setia sangat dengan Iphone Mummy tu
Tapi entahlah tiba-tiba teeerrrrrberkenan pula dengan Samsung Galaxy Note II tu
 Terus rasa nak memilikinya..huhhuhuhu
Rupa-rupanya dalam diam Husband tau apa yang Mummy fikir..hewhewhew :')


Dua minggu lepas husband ajak keluar dating
Kali ni tak bawa anak pun hanya kami berdua je
Tak sangka petang tu ada surprise untuk Mummy..Ya Allah sukanya!
Disebabkan terlalu gembira, Mummy terus peluk dan kiss kekasih hati Mummy tu
Alamak orang tengoklah pula..ahhh! Mummy peduli apa, kami halal Okay!..hehehehe ;p

Mummy : Sayang, serius ke nak hadiahkan ni?
Daddy : Iye..suka tak?
Mummy : Mestilah suka! tapi hadiah ni sempena apa Yang?
Bday Mummy kan lama lagi?
Daddy : Untuk anak kedua kita..

Mummy terdiam. Tak tau nak kata apa. Hanya air mata yang menceritakan segalanya
Ya Allah Mummy gembira dan bersyukur sangat dihargai..

Daddy : Lah kenapa ni Sayang, dapat hadiah pun nak nangis ke?
Mummy : Mestilah nangis kalau sayang buat macam ni..
Daddy : hahahahaha..
Mummy : Sayang ni ketawa pula, Mummy malu tau..
Daddy : Nak malu kenapa pula, sayang janganlah fikir bukan-bukan..
 Mummy : Mestilah malu, Mummy tak pernah pun bagi sayang apa-apa sejak kita kahwin..

Daddy : Siapa cakap. Habis tu dalam perut tu apa? Sayang dah bagi 2 orang anak untuk Daddy tau.
Sayang ingat senang ke nak dapat anak. Sayang dan anak-anak kitalah anugerah paling terindah dalam hidup Daddy. Dah jangan fikir bukan-bukan lagi, nanti Daddy pula yang nangis..

Mummy : Terima kasih Daddy! (Time ni Mummy dah banjir, terharu sebenarnya..sob..sob..sob)


Mummy nak warna putih tapi Husband lagi suka hitam.
So Mummy pilih warna hitam biar sama-sama happy..heheheehe
Iphone lama, Mummy dah sedekahkan kepada adik Mummy di kampung (Sabah).
Bila guna Samsung Galaxy Note II ni lagi best tau! 
Macam-macam kita boleh buat, Mummy suka sangat. Babai Iphone!..hehehe :')


Thursday, 13 December 2012

Hobi Baru


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua


Hari ni Mummy nak cerita sikit je
Tak nak cakap banyak, sebab malas nak menaip..hehehe ;p
Mummy cuma nak share pasal hobi baru kesayangan Mummy ni
Start 2 bulan lepas, Abang kita ni suka sangat tengok katun Upin Ipin.
Pantang nampak Ipad atau Iphone Mummy Daddy, terus ajak kita pasang Upin Ipin ni..
Kalau tak pasang katun ni mulalah Abang kita ni buat perangai..
Kalau nak bagi abang ni duduk diam-diam inilah cara paling terbaik,
Pasang je upin ipin ni, abang pasti senyap..hahahaha


Sebelum ni dia tak layan pun katun ni, lagi suka tengok lagu ABC kat youtube tu.
Tapi sekarang ni, Siang malam asyik nak tengok Upin Ipin je tau
Mummy nak tengok cerita Adam Hawa pun tak boleh dah :'(


Kalau nampak Daddy dia pegang Iphone pun macam tu juga
Terus je nak minta Daddy dia pasangkan Upin Ipin, 
Kesian Daddy dah tak boleh layan facebook..kehkehkeh!

Geram tengok anak beranak ni, comel je layan katun tu..hehehe


Dah puas layan upin ipin, masa untuk posing-posing pula :')


Monday, 10 December 2012

Abang Seronok Jalan Sendiri


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua


Hai kawan-kawan semua, apa khabar hari ini? Sihat tak? Dah makan? 
Amboi banyak soalan pula.hehe. Oklah Mummy harap korang semua sihat dan ceria je ye.
Hari ni mesti ada yang malas nak masuk kerja kan, alah biasalah tu hari isninlah katakan
Semua pun memang malas nak masuk kerja, terutamanya macam Mummy nilah
Asal je hari isnin Mummylah orang paling malas nak bangun pagi, kenapa malas? Entahlah..hehehehe


Hujung minggu baru-baru ni Mummy sekeluarga jalan-jalan di Mid Valley. 
Sejak dah jadi Mummy buyung ni, lama sungguh tak singgah sini. Suasana tempat dia pun dah banyak berubah dan semakin cantik. Masa hidup berdua, inilah tempat Mummy dan Husband selalu dating sambil jalan-jalan cari makan. Tapi sejak dah ada anak ni tempat yang selalu kitaorang pergi Alamanda je, sebab dekat je dengan rumah, kat Alamanda pun macam-macam ada. Paling penting senang nak parking :')


 Tapi hujung minggu lepas Mummy teringin sangat nak pergi Mid Valley, sebab Mummy dah tak sabar nak shopping baju baby..hehehe. Kebetulan pula kat Mid Valley ada jualan murah, memang seronok gila!
Alahai bila dah masuk tempat ni, ingatkan senang nak cari barang baby, Adoi! rupa-rupanya sakit kepala! ramai sangat orang, susah pula tu nak pilih barang baby. Masa nak bayar lagilah pening, kena beratur panjang, Mummy dah mula pening kepala, nak termuntah pun ada sebab ramai sangat orang..huhuhuh. Dah alang-alang sampai sini kalau tak beli rasa macam rugilah pula, Alhamdulillah dapatlah beli sikit-sikit :')

 Mummy sibuk shopping, Daddy pula sibuk layan si mata bulat ni..
Tengoklah Abang ni, mentang-mentanglah dah dapat kaki, dah boleh jalan sendiri, 
Daddy nak pegang pun tak nak tau! 
Kesian Daddy terpaksa kejar anak kesayangan dia tu jalan sana sini..hehehehe.

Hah lepas je shopping barang Adik, Mummy terus ajak Abang ni dengan Daddy pergi makan. 
Lapar sangat. Penat berjuang cari barang Adik. 
Time ni Abang dah mengantuk sebenarnya, kesian pula tengok.


Yang peliknya, muka dah macam mengantuk..tapi tak tidur-tidur juga.
Tak nak kena dukung, nak bebas, nak jalan sendiri..sabar jelah ;')
 Abang kesayangan Mummy ni suka tengok lampu tau
Kalau kita pasang lampu kat rumah pun dia dah happy semacam..


 Lepas makan masa untuk bermain!!!

Aik macam mana Abang ni boleh tukar baju pula..
HEHEHE..Kalau kawan-kawan nak tau, masa makan tu abang ni banyak sangat makan,
Baju pun dah kotor. Nasib baiklah Mummy selalu bawa baju dan seluar lebih.
Senang kan, tak payah pening-pening..hehehe


Yeayyy!! Inilah saat yang di tunggu-tunggu. Setiap kali jalan, tak sah kalau tak singgah kat tempat permainan. Kalau tak dapat main jangan harap nak balik..kehkeh!
   

 Bukan main seronok lagi dia, hampir semua permainan tu dia main..
Daddy pula jenis yang manjakan anak sangat, apa yang Abang tu nak, Daddy pun ikut jeeeee ;')
Takpe bukan selalu ada masa macam ni dengan anak, sekali sekala oklah. 
Janji anak gembira, Mummy Daddy pun senang hati ;')


Bila dah puas bermain, masa untuk main kejar-kejar pula..huhuhuhu
Bab main kejar-kejar ni Mummy memang penat gila nak kejar si  Abang ni, Daddy lagilah penat.
Adoi! Abang ni pula yang tak penat-penat, lagi seronok adalah -__-"

Lari bukan main laju lagi, sampai Mummy Daddy tak larat nak kejar..hihihihi

"Abang Sayang, sudah-sudahlah tu, Jom kita balik Sayang"

Puas Mummy pujuk, tak nak berhenti juga.. Sabar jelah..hahahaha


Tuesday, 4 December 2012

Alhamdulillah 6 bulan sudah

Assalamualaikum Semua

Hari ini Mummy nak update pasal kandungan Mummy
Alhamdulillah dah masuk 6 bulan pun usia kandungan Mummy ni..
Alahai bila dah masuk 6 bulan ni barulah nak terhegeh2 update pasal gambar masa 5 bulan hari tu..heee
Actually dalam facebook dan blog ni ramai yang nak tau dan bertanya pasal perkembangan terbaru kandungan Mummy ni ( Ceh! perasan glamorlah pula..kuikuikui ;p ). So hari ini Mummy nak cerita pasal kandungan Mummy masa 5 bulan hari tu dan yang terkini. Terima kasih ye kawan-kawan sebab korang selalu bertanya kesihatan Mummy dan kandungan ni, terharu tau..sayang korang sangat-sangat! :')

20 Minggu

Kadang-kadang Mummy konpius jugalah pasal berat badan ni
Ada yang kata Mummy dah gemuk ;(. Ada juga yang kata Mummy maintain je tak gemuk pun
Ini bukanlah satu masalah untuk Mummy pun cuma rasa pelik je..hehehe
Tapi bagi Mummy masa trimester pertama tu memang berat badan Mummy naik secara mendadak
sebab masa tu kerja Mummy asyik makan je tak pernah nak control pun..hahahah
Tapi bila dah masuk trimester kedua dan sejak diistiharkan ada kencing manis hari tu, 
Hah! Mummy terus diet sakan maka berat badan Mummy ada susut sikitlah kot tapi sekarang naik balik
Tak apalah insyaAllah lepas bersalin nanti continue buat apa yang patut kuikui ;')

21 Minggu

Bila perut dah makin besar ni, macam-macam pula ceritanya.. 
Sekarang ni Mummy dah mula rasa sakit kaki pula. Tapi kaki belum bengkak-bengkak lagi,
cuma rasa sakit je, maybe sebab memandu ataupun baby dah makin besar kot.
Tapi walaupun dah sakit-sakit macam tu, Mummy tetap aktif berjalan kesana-kemari, lagi-lagi kejar si mata bulat tu yang tak reti nak duduk diam asyik nak berjalan dan berlari je sekarang ni..hehehehe. (",)

Pinggang dan punggung Mummy pun dah mula rasa sakit-sakit, tak boleh duduk lama-lama sangat. 
Kalau duduk lama sangat, hah mulalah sakit kat bawa perut tu..Susah Mummy nak explain
rasa sakit tu macam mana, tapi bagi ibu-ibu yang dah biasa terkena macam ni mesti tau..
Tapi semua sakit tu kadang-kadang je bukan selalu, kalau dah start menyerang tu, fuhh! Tuhan je yang tahu..
Nasib baiklah Husband sentiasa ada disisi setiap kali Mummy memerlukannya
Seronok juga mengandung ni, perhatian memang lebih diberikan untuk kita..heheheh ;')

22 Minggu

Lagi satu sekarang ni Mummy dah tak boleh tidur gaya bebas tau
Sekejap-sekejap kena tukar posisi tidur, sama ada terlentang, mengiring ke kiri ataupun kanan
Kalau tak Mummy mula rasa lemas dan susah nak bernafas, perut pula sekejap mengeras sebelah kanan sekejap sebelah kiri, kesian baby ni macam tak selesa je asyik pusing-pusing je dalam perut ni..
Setiap kali baby mula bergerak dengan aktif, Mummy akan bercakap dengan baby supaya kalau nak bergerak tu slow-slow sikit Mummy gelilah..hehehehe tapi sangat best!

23 Minggu

Pasal kandungan Mummy pula Alhamdulillah semuanya Okay. Baby bergerak dengan sangat aktif
 Setiap kali baby bergerak macam tengah menari gangnam style je dalam perut ni..hihihihi
Ramai yang kata perut Mummy besar, padahal baru 6 bulan.
Mungkin adik Daniael Mieqael ni lagi besar dari dia kot nanti.. hehehhe
Tak kisahlah janji kesayangan Mummy ni sihat walafiat :')

24 Minggu

Dah scan baby ke? Boy ke Girl? Hampir setiap hari Mummy dengar orang tanya soalan macam ni..
Mummy bukan tak nak beritahu, masalahnya setiap kali nak scan mesti tak nampak
Baby Mummy jenis pemalu sikit..harap korang bersabar ye..(",)
Next check up ni, harap-harap masa nak scan tu boleh taulah kot jantina dia  
Mummy pun macam dah tak sabar nak shopping baju baby ni..hehehehe
Okaylah kawan-kawan, buat masa ini setakat itu jelah perkembangan terbaru dari Mummy
Mana yang Mummy ingat tu Mummy share, kalau tak ingat tu lain kalilah pula Mummy cerita ye
Apa-apapun doakan Mummy dan Kandungan Mummy terus sihat dan selamat hingga melahirkan ye
Tata Semua! (",)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page