HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Tuesday, 22 January 2013

Jantina Anak Kedua

Assalamualaikum Semua!


Sebelum ni Mummy dah banyak kali  membuat ujian Ultrasound tetapi memang tak nampak jantina.
 Setiap kali Mummy tanya doktor, dia pun tak yakin untuk bagitahu sama ada lelaki atau perempuan.
 Sebab setiap kali doktor scan asyik nampak bontot baby je..hehehe. Mummy nak ketawa pun ada.
  Tapi takpelah, Mummy dan Husband pun tak kisah lelaki atau perempuan,
Sebab semua tu kuasa Allah..Apa yang penting sihat sempurna..

Sebenarnya Mummy dah lama buat detail scan ni, masa bulan disember hari tu.
Mummy buat detail scan 4D kat hospital putrajaya.
Alhamdulillah jantina baby masa tu terus nampak..hehehe
Mesti ramai orang tersayang dan kawan-kawan Mummy ni sedang berteka-teki
menanti jantina anak ke 2 Mummy ni kan, sama ada anak lelaki atau perempuan.
 Mummy rasa banggalah pula sebab korang lagi excited dari Mummy..hihihi.
Apapun terima kasih semua atas doa dan perhatian korang pada Mummy dan baby dalam perut ni.
Sayang korang sangat-sangat..muahhh!


Okay kita sambung cerita..
Malam tu lepas tidurkan anak, kami suami isteri berborak-borak pasal anak.
Mummy berdebar sebenarnya nak buat detail scan hari tu,
macam-macam yang Mummy fikir, langsung tak boleh tidur.
Setiap kali Mummy tak boleh tidur, husbandlah peneman setia Mummy..
Kami akan bercerita apa saja sampailah Mummy buyung ni tertidur..heehehe
So malam tu kami sempat bercakap-cakap dengan baby sebelum tidur..

 Daddy : Sayang, esok Mummy nak tengok adik ni, kalau boleh janganlah main sorok-sorok lagi 
kesian Mummy Daddy tau, setiap kali nak scan asyik nampak bontot adik je..adik nakal yee
(Daddy pegang sambil usap-usap perut Mummy) 

Mummy : Adik sayang, esok jangan nakal-nakal tau. Jangan tunjuk bontot pula,
Mummy dah tak sabar nak shopping baju adik ni, adik nak baju baru tak?
( amboi baby bagi responlah pula, nak baju barulah tu..hehehe )

Daddy : Adik sayang Mummy tak? (Baby semakin aktif bergerak..hehehe)
Daddy : Hah kalau sayang Mummy, esok adik kena buktikan tau..

Ya Allah! kali ni baby tendang kuat sangat, Daddy pun terkejut..haha!
Baby marah agaknya Mummy Daddy asyik nak paksa-paksa je..hehe

Pagi tu Mummy pergi hospital putrajaya awal sikit.
Almaklumlah bukan senang nak dapat parking kat hospital putrajaya ni, susah tau.
Kalau nak selamat kena datang awal. Husband tak dapat teman Mummy pagi tu sebab ada kerja penting. Sampai je hospital Mummy terus ambil nombor giliran. Okay Mummy nombor 5.
Sementara tunggu nama kena panggil, Mummy pergi makan.
1 jam kemudian barulah nama Mummy kena panggil.
Macam biasa Mummy kena timbang berat badan, check darah dan air kencing.
Selepas semuanya selesai barulah jumpa doktor, masa ni Mummy memang berdebar habis..hehehe

Kalau kawan-kawan nak tau, bila doktor tu letak je scanner tu kat rahim Mummy
Ya ALLAH terus je nampak BIRD baby! Mummy pun terkejut..hahahaaha
Doktor tak sempat nak cakap apa-apa, kesayangan Mummy dengan bangganya dah tunjuk bird dia..hihihi
Baru Mummy tau, ingatkan buat detail scan ni sekejap je rupanya lama tau, 

adalah dalam masa setengah jam macam tu..sebab semuanya doktor akan check.
Alhamdulillah baby sihat walafiat dan sangat aktif. 


Selepas semuanya selesai Mummy terus call husband tercinta
Amboi husband bukan main seronok lagi, sebab dia memang dah lama ramal akan dapat baby boy..
Nampak gayanya Mummy dah ada 3 hero yang sangat penting dalam hidup Mummy lepasni :')

Tapi ramai yang ramal Mummy akan dapat baby girl..hehehe
Takpelah kawan-kawan, semua ni kuasa Allah
Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya..
InsyaAllah dua atau tiga tahun akan datang kita cuba lagi..
Tinggal 8 minggu je lagi Mummy akan bersalin, berdebar sangat menanti kehadiran anak kedua ni.
Tolong doakan Mummy semoga semuanya selamat dan dipermudahkan..InsyaAllah.


18 comments:

  1. alhamdulilah. janji baby sihat dan semua nya selamat ye mummy

    ReplyDelete
  2. Abang bley main bola ngan adik nanti ☺☺

    Dah dekat juga tu mummy. Good luck. Smoga semuanya di permudahkan olehNYA.

    ReplyDelete
  3. boleh ke pi spital putrajaya semata mata nak gi scan jeh :-)

    ReplyDelete
  4. xpe..mieqael ada geng..mummy tgu geng 3 thn lagi ek =D

    ReplyDelete
  5. takpelah daniael ada kwn utk main bola sama2... tak kisah kan boy ke girl jnji sihat
    pandai bby tu marah ek, mummy ngn daddy paksa2... jaga diri baik2 yek mummy

    ReplyDelete
  6. lepas ni boleh main bola dalam rumah la jawabnya.. hehe

    ReplyDelete
  7. Kakak pun jangkakan dapat perempuan sebab org kata kalau mama dia cantik masa mengandung anak perempuan. Tak semestinya kan. Memang Wieyna jenis cantik semulajadi bukan kerana pregnant.

    ReplyDelete
  8. Boy...alhamdulillah..hero2 yg akan jg mummy nti

    ReplyDelete
  9. hehe..nk tergelak bc entry wieyna tau..mummy n daddy eksited, so bby pon sama eksited cpt2 tjk bird dia eh..apepon,dah x lama dah kan..take ye both mummy n bby ..:-)

    ReplyDelete
  10. baby boy yea..abangnye boleh lah ajak adiknye main bola bersama nanti..

    ReplyDelete
  11. yeay.si mata boolat ada geng main bola sepak..hehe

    ReplyDelete
  12. sekejap je kan dear da dekat sis nk bersalin..rsnye br je sis bgtau preggy.. oh terharu abce entry ni, teringat sweet memories preggykan my baby boy, in shaa Allah semoga ade rezki preggy lg..amin.. akak nmpk berseri2 tau, alhmdulillah.. smga Allah permudahkan segalanya..amin.. take care sis! :)

    ReplyDelete
  13. Kak pun ada 3 Abdul kat rumah...best tau, depa jadi bodyguard kak paling setia...nyamuk gigit kak pun depa marah,hihi...
    Semoga Allah permudahkan segalanya..

    ReplyDelete
  14. baby boy ke kak..huhu..xpelah, next time girl pulak eh~~ :)

    mesti comel anak akak nanti! :)

    ReplyDelete
  15. Rasanya mcm bru je dpt tahu mommy preggy kedua..tup2 dh nk dekat bersalin ek..hehe

    ReplyDelete
  16. sekejap ye rasa..apapun semoga semua slamat ye kak... klu still xnmpak lg jantina mesti girl..apapun biarlah sehat kan?? :)

    ReplyDelete
  17. boy atau girl tak kisahlerkan... cuma kalau dah sepasangtu tak ler nanti
    orang kata tak nak tambah lagiker.. cam akakni.. dua pompuan..
    mesti nak suruh tambahler...
    kita yang menerima okjerkan...

    ReplyDelete
  18. abg ade kawan main bola la nnt. mesti dia seronok kan. hehehe.
    dia ade meragam tak sepanjang mummy preggy ni?
    ade tak dia xnak ngan mummy kalau mummy nak kiss or dukung dia?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page