HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 31 July 2013

Beraya Tanpa Daddy Tersayang




 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Cepatnya masa berlalu, tak lama lagi kita semua akan menyambut hari raya.
Mesti ramai yang sibuk buat persiapan untuk raya tahun ni kan..
Mummy tengok orang lain termasuk rakan-rakan sepejabat beria sungguh buat itu ini untuk raya.
3 bulan sebelum raya dah siap-siap beli baju raya..huh jeles pulak tengok.

Kenapa jeles?!

 Sebab tahun ni Mummy takde mood sangat nak beraya.
Mummy tak pernah lagi ada perasaan macam ni,
tiba-tiba je tahun ni takde hati sangat nak sambut raya.
Alahai sedihlah pula. Orang lain excited je nak beraya,
Mummy sorang ni jelah yang entah apa-apa..haihh!
Mesti korang tertanya-tanya kenapa dan mengapa kann?!
Okay sebenarnya macam ni. Perasaan nak beraya tu ada, cuma tak happy sangat 
sebab Husband tercinta tak dapat beraya bersama 
Kesiannyee anak-anak Mummy beraya tanpa Daddy tersayang :'(

 
 Dah nak masuk 3 tahun kahwin,
 Rasanya inilah pertama kali Mummy dan anak-anak kena beraya tanpa Daddy
Mesti sedih  sangat tak dapat nak bayangkan :'(
Mungkin orang yang dah biasa lain cerita lah kan?
Tapi Mummy pula setiap kali fikir pasal ni mesti nangissss!!!

Sejak Mummy masih dalam pantang lagi husband dah pergi luar negara atas urusan kerja
Bukan senang melalui semua ni, tapi bila fikir-fikir balik,
husband pergi pun untuk masa depan anak-anak kami juga.
Mummy tak boleh salahkan husband sebab husband sendiri terpaksa
duduk berjauhan dengan kami anak beranak. Husband pun sedih juga.
Tapi takpelah, insyaALLAH tahun depan kami dapat beraya bersama.

3 minggu lepas husband dapat cuti balik malaysia selama 2 minggu.
Tuhan je yang tahu betapa kami anak beranak happy tak terkata.
Ehh.. yang happy tu anak-anak ke Mummy? hehehe...


Selama 2 minggu itulah kami gunakan sebaik mungkin untuk luangkan lebih banyak masa
bersama anak-anak tersayang. Sepanjang Daddy cuti kami tak pernah makan kat rumah
sebab Mummy takde masa nak masak.
Susah sebab tak terlayan nanti anak-anak yang perlukan perhatian kami.
Selalunya kami akan makan kat luar ataupun husband beli makanan.

Alhamdulillah ramadhan pertama sampailah puasa ke-10 kami suami isteri dapat bersahur dan berbuka bersama. Kadang-kadang masa bersahur tu anak-anak kami pun akan join sekali, seronok sangat!
Tapi saat gembira tu sekejap je, tapi Mummy tetap bersyukur..




Baju raya anak-anak dah beli ke Mummy oii..?!

Mummy tak perlu susah-susah fikir pasal baju raya anak-anak.
Sebab husband dah shopping sakan kat US tu..hehe
Bayangkan husband balik malaysia bawa 3 beg penuh dengan baju anak-anak dia je..heheeh
Memang beraya sakanlah anak-anak Mummy ni ;)


 Baju raya Mummy pula takkan takde kot?!

Hmmm..cakap pasal baju raya ni memang mengeluh panjanglah Mummy.
Bila Husband ajak beli baju raya haritu, Mummy buat muka, moody...
Mummy fikir macam tiada makna nak pakai lawa-lawa sebab husband takde pun.
Mummy siap bagitahu husband lebih baik Mummy  pakai jelah baju-baju lama, 
tak kisahlah orang nak cakap apapun. Janji anak-anak Mummy ada baju baru. 
Mummy takde baju raya pun takpe.. 
Tapi husband kecil hati pula sebab katanya nak belanja baju raya untuk Mummy
 tapi Mummy taknak pula. Alahai terpaksa jugalah cari yang sedondon
 dengan anak-anak janji husband happy.


Tahun-tahun sebelum ni tak sah kalau takde 5 pasang baju raya.
Itu tak termasuk lagi kasut, dan macam-macam lagi
Tapi tahun ni, MALAS nak fikir semua tuuuu..


Okaylah kawan-kawan semua, rasanya cukup setakat ini dulu..
lain kali Mummy update lagi ye cerita-cerita terkini..
 Selamat bersungkai semua..babai ;')



9 comments:

  1. alahai sedey pulok sue baca...kalo sue kat tempat mummy vogue ni pon sue sedey jugak...tak pe ada hikmah semua tu kan..alhamdulillah husband tak lupa je keperluan utk anak2 N bini dier..alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. Kesiansi kecilkam...alahai geramnya tengok adik..
    Beraya di sabah juga ke mummy?

    ReplyDelete
  3. Alahai mummy, sedih membacanya. Jgn sedih2 yer.

    ReplyDelete
  4. la..ye ke..memang la sedih sangat kalau raya..apala maknanya raya kan tanpa suami..saba ye sis

    ReplyDelete
  5. geram tengok anak2....comell

    ReplyDelete
  6. alahai sian nyer, kalu akak pun rasa tak best kan... dh tu bile lg en suami balik malaysia?berapa lama tk US nun? takpe yek mummy semoga anak2 bujang 2org tu boleh menceriakan diri time raya nnti yek...

    ReplyDelete
  7. bertabah yer, dear... hepikan anak2 yg rindu papa mereka...

    ReplyDelete
  8. semoga tabah menghadapi hari2 mendatang

    ReplyDelete
  9. Sabarlah mummy..jnji dpt raya d sabah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page