HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 25 September 2013

Gambar Raya # 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua



Okay Mummy sambung cerita pasal raya hari tu ye
Sorry entry Mummy asyik tergantung je sekarang ni.
Terima kasih kerana terus bersabar..hehe.

Okay raya tahun ni nak kata best tu, bolehlah..
Ish bunyi macam tak best je..
Alaaa biasalah Daddy kan takde, itu yang rasa kurang best tu..
 Lagi satu Mummy rasa macam sekejap sangat dapat bersama dengan family
Mummy tak dapat cuti panjang, dapat cuti 11 hari jee  :'(
Tapi okaylah sekurang-kurangnya dapat juga beraya dengan family tersayang.

Sepanjang berada di sabah, kerja Mummy asyik ambil gambar je
Daddy pula asyik call tanya gambar anak-anak bila nak post nak tengok rinduuuu..
Kalau boleh hampir setiap masa Daddy nak gambar kami anak beranak
Kalau line internet okay takpe juga, ini tak semua line tak okay buat sakit hati je..
Kalau orang lain call pun asyik tak dapat, geram je Mummy masa tu..
Sebelum ni okay je, mentang-mentanglah Daddy takde semua line internet buat hal!
(ish ishh..tetiba hot pula..)

Okay entry kali ni Mummy sertakan gambar raya kami sekeluarga
Penat juga nak ambil gambar anak-anak, ada saja yang tak kena tapi tetap comel..hehe
Beberapa gambar diambil secara candid
Okay jom layannnnn..

Mummy bersama dengan kembar Daddy
Setiap kali rindu Daddy, kembar dia nilah jadi mangsa Mummy..hehe

Kalau Daddy ada mesti gambar ni dah lengkap dan comel.
"Alahai Adik buat mukalah pula..hehehe"

Posing dengan anak-anak di pagi raya..

Abang memang pantang nampak Adik dia, mesti datang dan kiss berkali-kali
Seronok je Mummy tengok..


Sejak Abang dah besar ni, rajin dan sukaaaaa sangat kiss Mummy dengan Adik.
Bahagia je rasa tengok Abang ni jadi seorang yang penyayang..


Adik selalu jadi mangsa Mummy, memang kena kiss kaw-kaw geram je rasa..hehe

Anugerah paling terindah dari yang maha esa dapat anak-anak comel.. Syukur!


Bersama Adik beradik Mummy..
Abaikan gambar anak buah Mummy yang tengah merajuk tu..tehehe


Kami yang gojes..hahaha




Gambar Keluarga bahagia Mummy.
Setiap kali tengok gambar ni, mesti rasa rinduuuuu sangat
Mesti rasa macam nak balik Sabah :'(


Okay ini je yang Mummy sempat share kat korang semua.
Gambar banyak lagi sebenarnya, tapi Mummy tak sempat nak masukkan semua.
Kalau nak tengok gambar yang banyakkkkkk sangat tu bolehlah follow instagram atau facebook kita.

Okay kesayangan Mummy semua, nanti Mummy update cerita lain pula ye.
Tata muahh..



30 comments:

  1. cantik2 sume gamabr raya tp mana pasangan masing2... ni kire gambar perempuan2 je ke dulu....
    tp kan melampau tau ko dik, dh nk msk raya haji baru letak gambar raya pose

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHA..Sorrylah tak sempat nak update awal pasal raya puasa ni sibuk sikit.hehehe
      Pasangan masing-masing ada tapi tak letak dalam blog ni je. Tapi kalau awak tanya pasal pasangan kita memang takde :(

      Delete
  2. seronoknya dapat raya ngan adik beradikni..tak pe..next year raya ngan daddy yee

    ReplyDelete
  3. Mujur juga keluarga ramai dan dapat balik kampung kalau tak Wieyna dgn 2 hero aje beraya mesti airmatalah menjadi teman. Macam ini meriah lupa sekejap daddy diperantauan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah nasib baik family ada, kalau tak memang airmatalah jadi peneman raya tu..

      Delete
  4. Cantek green theme raya gituew ai loike
    Ur sisters semua kawaii2⃣ la ❤️

    ReplyDelete
  5. Mummynya pun lawa..hehe..sure ank pun comel!!

    ReplyDelete
  6. mummy nya cantik..anak2 pun comey2 belaka..

    ReplyDelete
  7. Suka tgk gambar semua..cantik!adik beradik mummy pon cantik2 sangat..Anak2 super duper comell!!heheh

    ReplyDelete
  8. wah..mummy baru muncul ye...adik badik mummy sume gegirl ke? 7 org gegirl? sume cantik2 cuma muka lain2. Klu tak bgtau adik badik pun org percaya tau :) :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami adik beradik 12 orang. 9 perempuan 3 lelaki. Muka kami memang lain-lain, tapi semua sehati sejiwa..heee

      Delete
  9. wow cantiknya mummy~ adik beradik sume cantik~,salam kenal dr rara =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih! salam kenal juga. kita dah follow blog awak tau.. :)

      Delete
  10. adik beradik yg sgt lah gowjes:)

    ReplyDelete
  11. suka sangat tengok abang..sayang sungguh dia dengan adiknya.
    dah ramai2 macam ni, kuranglah sikit rasa sedih beraya tanpa daddy anak2 ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun seronok tengok abang macam tu, sayang sangat kat adik dia..hehe.

      Delete
  12. alahaiiii..sweetnya mummy n anak2 berbaju raya..=D

    ReplyDelete
  13. sweet sangat²...like 100 kali :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page