HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 13 September 2013

Gambar Raya


Assalamualaikum dan Salam Jumaat Semua


Walaupun bulan syawal sudah berlalu
Masih belum terlambat kot nak buat entry pasal raya.
Mak aii.. Mummy ni, semua orang sibuk cerita pasal lepas raya
Kau baru sibuk-sibuk nak cerita pasal raya pula "Ada orang nak layan ke?!"

 Takpelah, Biarlah, layannn Jelah ye Mummy sorang ni..hehe

 Mummy rasa macam tidak lengkap pula jika tidak berkongsikan gambar-gambar time raya hari tu
Para pembaca blog ni mesti nak tau juga kan..
(Tapi yang selalu follow FB n Instagram Mummy tu mesti dah tau kot..)

Okay Mummy nak cerita seringkas yang boleh, tak nak cakap banyak
Biar gambar yang menceritakan segalanya..



Okay ini gambar semasa kat airport KLIA. Mummy balik 2 hari sebelum raya.
Macam-macam kejadian yang berlaku hari tu.
Ingatkan tanpa Daddy senanglah nak bawa anak-anak ni balik kampung (Sabah)
Rupa-rupanya bukan senang nak handle adik beradik ni, nasib baiklah adik (Tazz) Mummy ada
Bolehlah tolong apa yang patut. Tazz pegang Adik, Mummy pula pegang Abang.

 

Mesti korang pelik kenapa abang yang duduk dalam stroller tu dan bukannya adik..
Mummy terpaksa ikat abang ni ketat-ketat dalam stroller
Mummy dah tak sanggup nak kejar budak bertuah yang lasak sangat ni.
Dahlah ramai orang, kang tiba-tiba hilang mampus Mummy dengan Daddy.
Kalau Daddy ada takpe juga bolehlah main kejar-kejar dengan Abang
Tapi Mummy sangat-sangat tak larat, penat sangat, lagi-lagi puasa..huh!
Cara terbaik dan untuk keselamatan, Mummy sanggup dukung Adik daripada kejar Abang.
So duduklah Abang dalam tu..hehehe



Tapi dukung Adik ni boleh tahan juga. Tangan Mummy sampai cramp!
Terpaksalah bertukar-tukar dengan Tazz.. 



Punyalah semangat nak balik kampung, beg pun bawa besar-besar
Macamlah nak tinggal berbulan-bulan kat Sabah tu, padahal 11 hari je pun..hehe
Jangan salah faham okay, kalau korang nak tau semua tu barang keperluan anak-anak tersayang
Semua pun Mummy sumbat dalam tu, malas nak pening-peningkan kepala.
Senang tak payah susah-susah basuh baju, tukar je terus..(dasar Mummy pemalas..hehe)



Okay ini gambar bersama Mama Papa tersayang (mertua)
Merekalah yang hantar kami ke KLIA hari tu. Sempat posing sebagai kenang-kenangan...



Sebelum berlepas kami anak beranak sempat posing
Macam nilah sepanjang dalam pesawat, Abang dengan Adik duduk dengan Mummy
Nasib baiklah adik okay je, tak meragam langsung senang hati Mummy.





Abang pula.. jangan cakaplah memang tak duduk diam
seronok sangat naik kapal terbang, Mummy suruh tidur pun taknak
Nasib baiklah naik MAS ni selesa sikit, siap ada tv kat tempat duduk masing-masing
Abang apa lagi layannnnnn katun teruss..hehehe


Dannish Riffqie kali pertama naik kapal terbang
Alhamdulillah tak meragam, goodboy je..
Sepanjang perjalanan Tazz dengan Adik tidur jeee
Mummy dengan abang je tak tidur seronok layan katun..hehe


Hmmmm..kata tadi nak buat entry pasal hari raya
Nampak gayanya kena tunggu entry seterusnyalah kot..
Minggu depan Mummy sambung cerita ye..
Selamat Berhujung minggu semua..Tata!



13 comments:

  1. cepat2 update ye sis..rindu nak baca kisah sis ngan anak2..

    ReplyDelete
  2. geramnya tengok si adik..dan terhibur dengan gelagat abang
    tahniah kerana tabah jaga depa ber2 tanpa ayahnya di sisi..
    kak ni anak2 dah besar pun kadang semput nafas..
    bertuah suami mummy

    ReplyDelete
  3. lama x singgah sini huuu...singgah je eh tgk dah 2 anak dah..hot mommy...still gojes =)

    ReplyDelete
  4. so cute dedua ye
    mummy nyen pun comey jer
    salam perkenalan
    jemput singgah blog saya ye
    umielman.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Hai dear..bestlah blog awk..penuh warna warni kehidupan..jemputla ke blog saya dan kita bertukar-tukar link pulak..:)


    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Suke lh bc....huhuhu...best2... mummy....

    ReplyDelete
  7. Suke lh bc....huhuhu...best2... mummy....

    ReplyDelete
  8. Betul juga Wieyna daripada nak kejar abang baik ikat bagi dia duduk dlm stroller...

    ReplyDelete
  9. nasib baik si abg nak jgk duduk dlm stroller tu....

    comel adiknya...macam jepun...

    ReplyDelete
  10. sis nmpak muda...best nye anak dah besar2 :)

    ReplyDelete
  11. mujur adik ok eh sepanjang perjalanan...kalu tak sian gak mummy nak handle..hihi

    ReplyDelete
  12. cantiklah akak ni.. anak-anak pulak comel jer :)

    ReplyDelete
  13. Akhirnya berjaya jugak balik sabah with anak2 kan mummy!Mummy is SuperMummy tau!!Nanti mummy beli carrier tuk carry adik..nak jalan dengan anak2 pon tak risau dah..hehee..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page