HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 16 October 2013

Hadiah Husband Tercinta


Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidiladha..

 
Pemberian Husband tercinta sangat-sangatlah dihargai.
 Setiap pemberian husband, walau sekecil mana pun Mummy amat-amat hargai...
Tuhan je yang tahu betapa Mummy happy yang amat, semua Handbag COACH pula tu
Kalau nak harap gaji Mummy memang tak termampu kot nak beli semua ni.
Mujurlah Husband jenis yang faham dan memahami Mummy minat handbag macam ni.
" Terima Kasih yang, Mummy sukaaa dan hargai sangat.."

Sebenarnya semua ni Husband beli semasa awal-awal pergi US hari tu.
Baru seminggu kat US Husband dah shopping sakan untuk kami anak-beranak.
Mummy tak minta pun semua ni, tapi husband memang selalu macam ni, senyap-senyap je beli.
Husband tak tanya kita pun, tiba-tiba je semua ni ada depan mata. 
Bila Mummy tanya kenapa tak cakap beli handbag, Husband selamba je jawab 

"Alaaaa nanti taklah Supriseee, nak juga tengok Sayang nangis.."

Amboi sukaaaa tengok kita nangis rupanya, geram jee Mummy.
Tapi serius Mummy memang nangis pun tengok semua ni, happy sangat-sangat!
 Setiap kali Mummy pergi kerja Husband akan call dan tanya itu ini
 Soalan yang selalu Daddy tanya 

" Hari ni Mummy pakai handbag apa? "Alaaaa kenapa tak pakai, tak suka ke?
 Kalau boleh Husband nak Mummy tukar-tukar setiap hari, kalau tak pakai dia sedih katanya.

Mummy bukan tak suka, Mummy SUKAAAA sangat tau
Tapi masalahnya Mummy tak sempat nak tukar pun. Nak bawa pergi kerja pun susah.
Sebab Mummy bawa beg besar yang boleh letak semua set pump susu, dan segala keperluan anak
Lagi pun Mummy rasa senang sikit, semua pun Mummy sumbat je dalam tu.
Takkanlah beg mahal-mahal macam ni nak letak pump susu kot.
Kang tiba-tiba susu tu tertumpah ke apa, Mummy pula yang sedih nanti.
Tapi Husband tak faham, bila kita cakap macam tu mulalah MERAJUK
Kata kita tak sukalah itulah inilah..Adoi!


 Tapi Mummy paling sukaaa pakai dan setiap hari Mummy pakai clutch ni
Senang nak bawa pergi mana-mana.


2 hari lepas Husband baru balik. Semalam sempatlah kami anak beranak beraya bersama.
Anak-anak pun happy je Daddy dah balik, terutama sekali Abang.
Sejak Daddy balik ni, Abang 24 jam berkepit dengan Daddy, kesian rindu sangat kat Daddy kot.

Pagi tadi Husband hantar Mummy pergi kerja.
Sepanjang perjalanan Husband membebel, sebab Mummy tak pakai handbag yang dia belikan.
Siap main ugut-ugut pula

"Lepas ni kalau Mummy tak pakai semua handbag tu bagi kat pengasuh Abang jer.."
Sedih pula Mummy dengar :'(

Okay lepasni, Mummy terpaksalah pakai semuanya.
Ugutan Husband tercinta merisaukan Mummy..hehehe.



Husband balik baru-baru ni bawa beg lagi besar dari sebelum ni.
Mummy tak sempat nak selongkar lagi. 
Daddy pun macam sengaja je buat Mummy tertanya-tanya
Geram je Mummy dengan Daddy ni! Nak bagi Mummy nangis lagilah tuuu GERAMM!




*Maaf bukan nak menunjuk-nunjuk tau sekadar berkongsi kegembiraan saje :')

16 comments:

  1. hehee..sonoknya Mumy dapat handbag coach lagii..berbaloi sebagai upah jaga anak bile dady takde ..hihih..tak sabar nak tunggu Mumy selongkar bag besar ituu..heee

    ReplyDelete
  2. Bestnye!! Hepi for u supercuteeeemummy!! ;))

    ReplyDelete
  3. memamng gembira sampai tahap menangisler kalau akakpun juga yang dapatnyer.. bestnyer.. kalau akak meamng tukar hari2ler.. takper hand bagpun bawak.. beg untuk seaneka jenistu cari beg lain... ha.. baruler tak merajuk sang suami...

    ReplyDelete
  4. wowwww.. byknye koleksi.. cantik2 smue.. :)
    hehe.. lame xsinggah sini.. masa terhad sgt. :( xsmpt nk bw. :)
    Selamat hari raya haji.. eh... xlewat lgi nk wish ni :)

    ReplyDelete
  5. beruntungnya mummy.. Congrats, dear!
    i'm happy for u. :)

    ReplyDelete
  6. Banyak tu HB coach. Untunglah mummy ☺☺

    ReplyDelete
  7. Kakak suka yg kanan sekalu tu Waniey. Cantik dan padan dgn purse pink sebelahnya...

    ReplyDelete
  8. wahhhhh..bestnya..sume beg COACH..

    ReplyDelete
  9. bestnyer...anyway...Salam…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sis n kalau sudi follow la saya balik yer…

    ReplyDelete
  10. bestnya sis dapat hadiah..dah la COACH punya.. banyak pulak tu.. wajib menangis sbb terharu la ye.. ape2 pun selamat hari raya aidiladha:)

    ReplyDelete
  11. Cantiknya beg..huhu..dapat tgk gmbar pun jadila..slam jumaat...sya folo blog supercute mummy..jika sdi,snggh ke blog sya ya :)

    ReplyDelete
  12. jangan kata mummy, kak pun boleh nangis bukan sampai keluar airmata je, air hidung sekali..heee..
    semua kak suka sebab favourite colour. pandai lak cik abang mummy memilihnya..
    kak ni merasa pakai coach yang fake aja..hee

    ReplyDelete
  13. bestnyer dpt husband lak yg memahami... siap ugut2 lg kalo takmo beli..... akak nih lum mampu nk pakai hbeg mahai2 gini... yelah ikut kemampuan kan... pandai lak tu husband pilih cantik2 belaka...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page