HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 14 November 2013

Bila Anak Sakit


Assalamualaikum & Salam Sayang Buat Semua.

Dalam 2 minggu ni Mummy sibuk dan penat sangat.
Ya Allah memang penat sangat. Sampai demam dibuatnya.
Husband pula baru je pergi Myanmar atas urusan kerja selama 2 minggu.
Dalam 2 minggu tu Mummy rasa stress yang melampau.


 3 hari sebelum Husband pergi Myanmar,
Anak-anak tetiba je demam serentak. 
Selalu sangat macam ni, setiap kali Husband outstation anak mesti demam.
Terutama sekali si Abang tu. Siang malam asyik cari Daddy je sampailah demam.
Husband pula asyik outstation jauh-jauh je, kesian kat anak anak. Geram je Mummy. 
Nasib baiklah Daddy pergi 2 minggu je kalau 2 bulan 
Confirm meroyan tak sudah lagilah Mummy sorang ni..huhuhu 
Tapi bila fikir fikir itulah rezeki kami anak beranak yang terpaksa Daddy korbankan.

"Mummy sayang Daddy!"


 Bila anak anak demam YA ALLAH susahnya hati. 
Lagi-lagi kalau anak tak boleh tidur malam. Rasa macam nak menangis pun ada.
Sedih sangat sebab tak sanggup tengok anak-anak sakit, rasa macam nak mati je.
Nak ambil cuti macam rasa bersalah pula dengan bos, sebab kerja banyak sangat.
Cuti tahunan Mummy pula dah tak banyak. Cuti habis pun sebab anak anak je. 
Tapi takpelah anak anak lagi penting. Nak tak nak terpaksa juga ambil cuti.
Abang demam sebab tak nak berpisah dengan Daddy kot.
Adik pula demam sebab tumbuh gigi. Sekarang Adik dah ada 5 batang gigi..Syabass!! 
 Alhamdulillah sekarang anak-anak dah sihat, dah aktif macam biasa.

 Setiap Malam Daddy akan call. Tak cakap lama pun sekadar bertanya khabar.
Orang pertama yang akan Daddy tanya sudah pasti anak-anak kesayangan dia.
Hmmmm..nampak gayanya Mummy dah jadi yang ke-3 dalam hidup Daddy.
Mummy dah tak sepenting dulu kot (tetiba sedih).
Tapi takpelah bukan orang lain pun anak-anak kami juga. 
Kalau orang lain memang Mummy kerjakan Daddy kaw-kaw..hehehe!

Ohh yaa.. hampir terlupa hujung minggu ni family sabah nak datang.
Ya Allah happynya. Tak sabar nak jumpa mereka..rinduuu sangatt!!!
Okay kesayangan Mummy semua, jumpa lagi babai :')

9 comments:

  1. bila anak demam mmg susah hati kan.tambah pulak bila hubby xde.lg lah nk nangis rasa kan.

    ReplyDelete
  2. inshallah mummy kuat..bertabah ye mummy ..

    jom support kawan2 like page
    https://www.facebook.com/attyfircloset
    tq :)

    ReplyDelete
  3. alahai cian nyer abang n adik demam yee....windu kat daddy tak abis lagi kot tu

    ReplyDelete
  4. Mummy..kesiannyaa..anak2 sakit serentak!tapi memang musim pun tau sekarang ni babies sakit..Medina pon selsema batuk tak hilang lagi..Hopefully penyakit ni akan pergi main jauh2 dari anak2 kita kan..Amin!

    ReplyDelete
  5. anak demam apa pun tak bolehkan..
    susah hato cyah cakap la..

    ReplyDelete
  6. Sungguh comel2 hero2 shierwiena :D

    ReplyDelete
  7. Biasalah tu wiena. Memang susah hati klo anak tak sihat. Nak gi kerja pon hati tak tenang. Terpaksa korbankan cuti utk jaga anak2. Bertabah yer mummy.

    ReplyDelete
  8. mummy memang superwoman:-))

    ReplyDelete
  9. sabar eh dear.. fiza pn selalu mcm tu, anak demam time suami keje..so, kite kdg2 rs sedih sbb suami xde kat sisi bila anak demam..saber ye! doa byk2, in shaa Allah kita akan kuat dan tenang amin :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page