HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Tuesday, 24 December 2013

Anak Gunting Rambut

Assalamualaikum dan Salam Sayang buat semua.


Jumaat lepas, Mummy habis kerja je Husband terus ajak ke Alamanda.
Mula-mula Mummy tak faham kenapa dan untuk apa nak ke sana.
Dahlah Mummy tengah penat, husband pula ikut suka hati dia je
Mentang-mentanglah dia cuti hari tu..geram je.

Dalam kereta Mummy senyap je tak bercakap langsung.
Bukan marah merajuk pun tidak tapi penat sebab tu Mummy berdiam diri.
Husband pelik kenapa Mummy diam je
Husband terus pegang tangan Mummy sambil membelai-belai manja

"Kenapa ni sayang senyap je penat ke?"
(Mummy masih diamkan diri, malas nak bercakap sebenarnya)

Tiba-tiba husband cium tangan Mummy sambil kenyitkan mata

"Ishh sayang ni gatallah!.."

"Haaaa cakap pun!"
 (husband seronok je kenakan Mummy geram je rasa)

"Kita nak pergi mana sebenarnya yang, Mummy penatlah..."
"Laaaaa kata nak potong rambut anak-anak, takkan dah lupa kot.."

Adoi malunya tetiba je sekarang ni Mummy jadi pelupa.
Padahal malam tu dah berjanji dengan husband balik kerja je
terus bawah anak-anak potong rambut.

So petang tu kami ambil anak-anak kat rumah pengasuh dan terus pergi Alamanda.
Mummy  sebenarnya dah rimas tengok rambut anak-anak.
Dah panjang sangat nampak macam dah serabai je.
Rambut husband pun kalau dah panjang Mummy suruh potong rimaslah tengok.


Anak bertuah ni kalau potong rambut pun 1 bulan sekali.
Tapi itulah setiap kali potong rambut Mummy Daddy susah hati pening kepala
sebab abang tak nak potong rambut takuuuuttt.
Belum potong lagi Abang dah cuba lari dan menangis sabar jelah..

Okaylah Mummy Daddy tak nak paksa-paksa
"Abang duduk diam-diam okay, baca buku tu elok-elok ya sayang kejap lagi giliran Abang"

Memandangkan Abang tak nak, Daddy potong rambut dululah
Tapi masa Daddy potong rambut abang asyik jeling-jeling je dari jauh tengok Daddy
kelakar pula Mummy tengok..hehehe
  
Selesai je potong rambut Daddy, Abang masih berkeras tak nak.
Puas Mummy Daddy pujuk masih juga tak nak.
Hmmm..kalau abang tak nak takpelah biar Adik potong pula


Alolololooo goodboy nya Adik. Adik relax je tak menangis pun.
Mummy yang pegang adik ni pula berdebar risau.
Risau manalah tau Adik tetiba je nangis ke apa.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar adik pun nampak okay je..hehehe


Misi tetap diteruskan untuk pujuk abang dan tetiba Daddy janji..
"Kalau Abang okay dan tak nangis masa potong rambut nanti Daddy belikan aiskrim.."
Abang diam je tetiba menyerah diri, tapi masa potong tu bergenang jugalah airmata..hahaha


Pernah sekali kami cuba potong rambut Abang di rumah
Habis rosak dan tobek sana sini sebab Mummy Daddy main belasah je
Sebab tu Abang jadi trauma kot setiap kali nak potong rambut.
Sejak kejadian hari tu kami suami isteri terus je hantar kedai
Tak naklah potong sendiri takutttt..hehehe

12 comments:

  1. Hehehe...sambil baca sambil senyum. Pandai daddy pujuk mommy kan.

    Handsome semuanya bila dah potong rambut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HEHEHE. Tiga-tiga dah potong rambut. Barulah rasa senang hati sikit tengok. Kalau sebelum ni Mummy dah rimas sangat, rasa macam nak potong je sendiri..hehehe

      Delete
  2. hahhahaha si adik lg berani yek tp sian abg bergenang air mata, tkt kot2 org tu terpotong tinge dia.... akak nih pun lum penah lg potong rambut aiyan kt kedai... tkt sbb dia jenis yg tak reti dok diam... nsb lah makngah pandai potong rambut dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah. Abang dengan Adik tu pun sebenarnya masa potong rambut tu memang jenis tak duduk diam. Nasib baiklah tukang potong rambut tu dah biasa, kalau tak memang dah putus kot telinga anak, ish seram pulak.

      Delete
  3. aloh..aloh..kesian abang..
    bergenag ayaq mata..
    hehehe..
    tp dua2 comel sangat
    mummynya pun comel

    ReplyDelete
  4. alahaa..sedihnya tgk muka abg..sebak sangat dia tu..trauma kot kan Mummy..Adik je maintai gagah perkasa..rilek je..comel plak tu..hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab dia traumalah jadi macam tu kot, kesian pula tengok. Adik tu memang sentiasa mantain gagah perkasa abang pun tak boleh lawan..hahahah

      Delete
  5. sedeynya tengok abang bergenang air mata camtu.. hehe.. takpe dah hensem dah potong rambut.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tengok pun sebenarnya sedih juga. tapi kena tabahkan hati juga. Haaa dah potong rambut ni lagi hensem kan..hehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page